
KEMBARA EROPAH EDINBURGH, SCOTLAND | TIP & ITINERARY. Entry ni dah masuk Part 4 dah. sebelum tu korang boleh baca part 1,2 dan 3 pasal Stadium Chelsea, London dan juga Glasgow. Masa aku tulis entry ni aku masih kat Dublin. Episod Dublin maybe 3 hari akan datang bila aku kat Istanbul. Aku stay di Edinburgh tak lama dalam 3 hari jer.
Untuk pengetahun korang Edinburgh ni bandar kedua selepas Glasgow di Scotland tapi banyak perbezaan antara glasgow dan edinburgh ni. Seni bina building lebih kurang cuma di edinburgh lebih meriah. So kalau korang fly ke scotland aku cadangkan korang wajib datang ke edinburgh nih.
Hotel kat edinburg ni agak mahal sikit berbanding glasgow so kalau korang nak jimat aku sarankan korang stay je kat glasgow then amik train or bas untuk ke edinburgh. Tak jauh pun dalam sejam jer. Lagipun banyak gila train ke edinburgh nih.
Seriously masa aku mula mula sampai di Edinburgh ni aku terkagum kejap sebab city dia punyalah meriah. then view dia cantik sangat. Ko keluar je dari stesen train tu ko akan amaze sebab ko akan nampak building macam castle gitu. Sangat cantik masa tu jugak aku buat live facebook. hahah
Pasal bab makanan pun korang tak perlu risau banyak kedai halal kat sini. Cuma mahal sikit kot dari glasgow. Ni aku shared sikit summary atau itinerary aku sepanjang 3 hari kat sana.
DAY 1 (Edinburgh)
- check out
- Train from Pollocksheild to Glasgow Central £1.9 one way
- Glasgow Central to Edinburgh £8.5
- Chips Kat Edinburgh £6.5
- Edinburgh House Hotel B&B 3D2N £55
- HRC £35
- Dinner £6.5 (Mini Market)
- Scotland Tour £35
DAY 2 (Loch Lomond)
- Brekfast £3.5 (Croissant + Coffe)
- Stirling Castle £12 (Ticket)
- Loch Lomond
- Lunch chips £6 (OAK tree Inn Bar)
- Whisky (bagi non muslim heaven lah)
- Dinner kat Khushis restaurant £16.5
DAY 3 (Edinburgh)
- Breakfast £3.6 (Croissant + Coffee)
- Bas ke Leith £1.6
- Bas ke skyscanner £1.6
- Lunch kat Namyang Malaysia Restaurant £16
- Edinburgh castle
- Souvenir £24
- Tiket ke glasgow by train £8.5
untuk dua malam aku kat sana aku stay di Edinburgh House & Hostel B&B. Orang kata macam reban ayam tapi bagi aku dah cukup selesa dah. Walaupun kecik. Buat apa nak stay hotel mahal mahal dan besar aku bukannya nak stay dalam bilik sangat. Keluar pagi malam baru balik. Cukuplah untuk tidur. B&B ni about 15 minit jalan kaki ke city center. Kalau tak larat boleh naik bas jer. Naik bas dah £1.60. Mahal woooo. baik aku jalan kaki ja.
Ni belanja aku sepanjang 3 hari kat sana.
- Hostel / B&B = £55
- Makan-makan = £45.60
- Survenir = £24
- Hard Rock Cafe = £35
- Transport = £20.20
- Ticket + Tour = £47
untuk Tour tu korang boleh juga amik dari Glasgow. Ada banyak jenis tour depend kepada diri masing masing kemana korang nak pergi. Aku sepatutmya nak amik tour ke Loch Ness tu tapi aku termiss bas so aku tukar ke Loch Lomond. Tour ke sekolah harry potter pun ada cuma buka pada pulan april sampai ogos jer.
Tips dan Info Scotland!!
- Always use words “Please” & “Thanks”. Org kat sini berbudi bahasa
- Bank note kat scotland x sama ngn Britain. Ada dua jenis ikut bank. Tp bank note Britain still leh pakai
- Masa kat europe sgt punctual kalau lambat tinggal
- Loghat Scottish pekat sini. Klau x faham boleh mtk diorg repeat
- Train ada tp bas lagi byk klau nk ke mana2.
- Kalau naik bas bila nk turun tu make sure korang dah berdia 1 stesen sebelum nk turun. Sb dia stop kejap je
- Bykkan guna google maps masa naik bas supaya x termiss pit stop
Ok tu jelah kot… Ni beberapa keping gambar di Edinburgh.
Waverley Sts. kalau dari Glasgow turun sts ni. Edinburgh ada byk sts.
Ni Reindeer. kena kurung sebelum Christmas.
Tram. Bila lah kat Malaysia nak ada ni.
Laluan masuk ke Sterling Castle
Sterling Castle
Sterling Castle
Sterling Castle
Sterling Castle
Sterling Castle. aku tak tau gaya apa aku buat ni
Sterling Castle. Ni pagi2 kalau minum coffee pun best ni
Sterling Castle
Loch Lomond
Loch Lomond
Loch Lomond
daun daun pun dah kering dah. Basah pulak tu. Menandakan tempat ni boleh tahan sejuk
Walaupun ada matahari tetap sejuk weh. Ni dalam jam 3 ptg
itik kepala hijau. Biasa tgk dlm gambar jer
Loch Lomond
Loch Lomond
Loch Lomond
Loch Lomond
Loch Lomond
bas ke Loch Lomond
otw balik ke ke Edinburgh tour ni singgah kat tempat buat whiskey. Haha aku tgk je lah. Diorang ada bagi minum free whiskey yg berusia 12 tahun. Haha aku ada bau macam minyak wangi
Depan Hotel
Angin terlampau kuat masa ni. Sampai org yg main benda ni tepi jalan pun boleh goyang beb.
Edinburgh Castle
Edinburgh Castle
Edinburgh Castle
Edinburgh Castle
Edinburgh Castle
Leith
Leith
Ni hostel yg aku stay. org kata macam reban ayam. hahaa bagi aku ok jer. selesa kot.
Kebanyakkan building di Edinburgh ni sangat klasik dan unik. Serius aku boleh mengadap bangunan bangunan di sini berjam jam kot. Sangat cantik dan rasa eropah sangat. Rasa macam nak amik gambar di setiap sudut bangunan kat sini. Kalau aku pergi berdua ni memang banyak dah aku posing tapi sayang aku datang sorang sorang so just enjoy my time here dengan sebaik baiknya. Seni bina di Edinburgh tak sama dengan seni bina bangunan di eropah lain ya. Kat sini personally bagi aku paling cantik.
Building di Edinburgh
Till Then…See u on Dublin Ireland
Faizal Fredley – London Dec 2016
sy plan nk tido edin smlm glasc smlm tp lps bc entry ni nmpk nyer kn tkr plan
salam en.faizal boleh saya tau apa nama hotel tu?
Bestnya dapat kembara ke Eropah sampai 38 hari… Lama tu… Full Time blogger boleh buat macam ni… Kalau Part Time blogger memang tak mampu nak buat macam ni…
Tengok daripada gambar pun dapat rasa Edinburgh lagi menarik daripada Glasgow. Glasgow macam lemau je.. Hehehe
Cantiknya gambar u ambik! Yup loghat Scottish tu mmg memula susah nak faham kan.