
10 Tips Bercuti Ke Maldives. Hari ni scroll timeline FB aku ternampak tips yang awesome ni khas untuk yang nak bercuti ke Maldives. Tips ni memang terbaik. Aku sendiri pun ada juga notice benda2 ni semaga aku ke Maldives last year.
Tips ni daripada salah sorang friend aku kat FB dan antara yang aktif di dalam Group Backpackers Buddy Malaysia (BBM).
PEN-KL- MALE RETURN RM 690!!!!!! AIR TICKET
TRAVELMOREPAYLESS
10 Perkara perlu tahu!!
1) Selain dari Air Asia, Mega Maldives Airlines juga menawarkan direct flight ke Maldives.
Flight dr kl ke male dan male ke KL bukan beroperasi setiap hari. So check di website airlines terlebih dahulu. Boleh jugak naik flight dr singapore utk hari yg lebih flexible.
2) Jika menaiki Airasia flight sampai dh waktu malam. Membelah ombak & laut waktu malam utk ke pulau yg jauh selepas menaiki flight tak berapa best. Tapi jika ingin pengalaman boleh try. Usually time ni hanya speed boat sahaja yg beroperasi.
3) Duit maldives rufiyaa mmg x blh nak tukar di mana-mana money changer di malaysia. Dr malaysia standby usd siap2. Di airport maldives blh tukar. Pastikan simpan resit if nak tukar semula balance ke usd.
Hotel di public island terima je if bayar guna usd. Utk water activity, beli souvenier pun diorg terima je usd. Pergi resort pun diorg terima usd or byr guna credit card. Tkr rufiyaa utk beli barang kat kedai runcit.Maldivian sgt particular ngan notes usd. Mereka tak nak usd notes yg renyuk, lembik dan lusuh. Nk yg cantik, elok n keras/separa keras jer,
4) Maldives ni terdiri drpd beribu-ribu pulau kecil. Lebih 1200.. ada yang jika nak pergi kena tido semalaman dlm feri. Jadi boleh pilih resort2 kecil atau pulau local. Utk budget traveller biasanya menginap di local island deperti maafushi, hullumale, & etc. Jika budget lebih nak duduk resort harga rm500++ ke lebih rm15000semalam pun boleh.
5) Public ferry dr male ke maafushi reganya usd2/pax sehala. Tapi time dia terhad. Kena plan time properly. Jika x boleh naik speed boat rate 20 usd/ pax sehala. Balik ke airport dr pulau pun usd 20/ pax. Balik jika nak naik feri pagi2 dh kena check out.
6) Terima kasih pada yang baik hati dah betulkan fakta sebelum ini. Perjalanan dari male ke Maafushi bergantung pada keadaan laut & jenis transport yang anda ambil.
Kebiasaannya Lebih kurang 1 jam 30 minit bagi yang menaiki public ferry & 30 minit-45 minit jika menaiki speed boat. kalau malam lama sikit.
7) Aktiviti yg best kat sana:
- dolphin cruise. Berpuluh wild dolphin di lautan lepas.. sgt teruja.
- snorkeling & mandi laut di lautan yg cantik
- melawat sand bank since banyak kat sini.
- night fishing bagi yg suka memancing atau nak rasa pengalaman.
- diving bagi siapa yg ada lesen.
- melawat resort mewah selama sehari… x dpt tido melawat je pun jadila….
- aktiviti sukan laut lain spt scuba driving, parasailing, naik jet ski, banana boat & etc…
- ada budget lebih & travel by group bolehla naik seaplane tgk view maldives dr angkasa…
8) Tempat & view yg cantik harusla ada kamera yg ok. Kalau x abadikan dlm kenangan je.
9) X payah bawak banyak sgt brg sbb mode of transport adalah boat… bawa keperluan sekadar mencukupi. Some island x de jeti. Tapi x basahla boleh pakai kasut. Tapi jika ke resort mewah x pela sbb semua selesa. Tinggal keluar duit je.
10) Makanan halal tiada masalah sbb kebanyakan penduduk muslim. Cuma di resort mewah pastikan menu makanan kerana ada yg menyediakan pork. Breakfast selalunya dh masuk dlm harga bilik hotel. Lunch if buat aktiviti ada yg dh include. Dinner ada hotel yg menawarkan buffet lbh kurang usd 10/ pax.
Jika nak jimat boleh bawa maggi, brahims atau rice cooker jika ramai2 dan nak masak sendiri.
terbaik tips yg diberikan.. moga kita semua dapat ke maldives. hehe
sesiapa suka pantai mmg best la..
bro budget dalam berapa ribu/ratus?? pergi balik campur flight sekalilah, jangkaan jerla bro.. manalah tahu ada rezeki terpijak satu hari nanti.. hehe
mengidam nak tengok ikan lumba lumba 🙂
Wow jernihnya air laut. 🙂
tu dia.
dah sampai malives dah dia.
Tips yang menarikkk
wah..seronoknya…ini dalam wishlist teman.
Seronoknya kalau dapat snorkeling dekat Maldives… Air lautnya yang bersih dan dasar lautnya yang cantik… 😉
wah..tips yang sangat berguna ni. bagi mereka yang dah plan nak pergi sana, tips ini sangat-sangat berguna..:)