Home OCEANIA New Zealand Bercuti di New Zealand Queenstown dan Milford Sound

Bercuti di New Zealand Queenstown dan Milford Sound

3732
1
IMG_2618
Bercuti di New Zealand Queenstown dan Milford Sound

Bercuti di New Zealand Queenstown dan Milford Sound.  Untuk hari ke 4 aku teruskan perjalanan dari Christchurch ke Queenstown. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam driving.

Tapi sepanjang perjalanan tu korang boleh tgk pelbagai view yang sangat awesome. Cuma kat sana hari cepat gelap. Bila dah nak sampai Queenstown tu hari dah nak gelap. So view pun tak berapa nak cantik sangat.

Queenstown ni bandar yang sangat cantik. Lebih cantik dari Christchurch. Suhu pula lebih sejuk dari Christchurch. Maybe di sebabkan Queenstown ni terletak jauh ke selatan.

Bercuti di New Zealand Queenstown dan Milford Sound

3 hari aku kat sana, aku stay di Pinewood Hotel. Hotel ni macam homestay boleh masak dan shared toilet.

Tujuaan utama aku ke Queenstown nak gi Milford Sound je. Orang kata kalau datang South New Zealand memang rugi kalau x ke Milford Sound.

Dari Queenstown ke Milford Sound lebih kurang 4 – 5 Jam. So aku sarankan korang amik je pakej. Kalau nak drive sendiri pun boleh tapi jauh sikit lah. kalau amik pakej korang leh rehat dalam bas.

Aku amik pakej dari Real Journey. pakej ni ada 2 jenis satu utk sea view satu untuk scenic view. Aku amik scenic view.

qs 1
Lindi Pass. Kira 2 jam sebelum sampai ke Queenstown

Lindi Pass. View kat kawasan ni cantik gila. Ni musim luruh kalau musim panas lagi menghijau. Memang wajib stop kat sini sebab ohsem gila view.

 

IMG_2489
Te Anau

Te Anau. Pekan kecil terletak lebih kurang 1.5 jam dari Queenstown. Kebanyakkan kat sini ada tasik yang cantik.

IMG_2505
Mirror Lake

Mirror Lake ni terletak dekat Te Anau otw ke Milford Sound. Mula2 sampai aku tak perasan pun tasik ni mirror. Bila amik gambar baru jelas nampak.

 

qs 4
Queenstown – Te Anau – Milford Sound

Sepanjang jalan ke Milford Sound ni banyak tempat2 menarik boleh stop. Kalau amik pakej depa akan stop kejap utk amik gambar.

IMG_2604
Milford Sound
qs 2
Set Lunch atas Synic Cruise. Makanan boleh request utk No Pork
qs 3
Pusing2 Milford Sound
IMG_3678
Milford Sound di keliling oleh air terjun dan gunung2

Milford Sound. Overall bagi aku just ok je. Hahaha. X de lah ohsem sangat. macam boring pun ada. Cuma part yang cruise nipergi dekat air terjun tu memang best. Aku nak amik pic pun tak sempat sebab org ramai sgt. Ada je makcik2 cina yang nak bergambar.

Overall Bajet di Queenstown

  • Pinewood Lodge – RM472 (2 Night)
  • Shopping – NZD330
  • Trip Scenic ke Mildford Sound by Real Journey – NZD245
  • Lunch day 2 – NZD25.50

Ok itu jelah. Untuk itinerary penuh, tip dan bajet keseluruh untuk 7 hari di New Zealand aku kongsi dalam Next Posting..

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here