Home OCEANIA New Zealand 7 Hari Percutian di New Zealand | Lake Tekapo dan Mount Cook

7 Hari Percutian di New Zealand | Lake Tekapo dan Mount Cook

4992
5
IMG_7624
Percutian di New Zealand

7 Hari Percutian di New Zealand | Lake Tekapo dan Mount Cook. Entry ni merupakan sambungan untuk part 1 iaitu semasa aku di Christchurch dan Akaroa. Hari ke 4 aku dah mula drive dari Christchurch ke Queenstown. Perjalanan mengambil sehingga 7 jam. Kira dah macam nak balik Kelantan dari KL.

Otw ke Queenstown kami singgah di beberapa tempat yang wajib singgah kalau korang ke South New Zealand. Antaranya Lake Tekapo, Lake Pukaki, Mount Cook, Milford Sound, Te Anau.

Untuk entry ni aku khusus kan kepada 3 lokasi iaitu Lake Tekapo, Lake Pukaki dan Mount Cook.

 Percutian di New Zealand

IMG_2301

LAKE TEKAPO

Lake Tekapo

Perjalanan dari Christchurch ke Lake Tekapo ambil masa dalam 2 jam 30 minit. Jalan sepanjang ke Lake Tekapo ni biasa je. tak mencabar sangat. Kalau korang dari Christchurch nak ke Queenstow ada 2 jalan tau. Satu melalui Dunedin dan datu lagi melalui Lake Tekapo. Aku sarankan korang ikut Lake Tekapo ni. Lagi cantik rasanya.

Kat lake tekapo ni korang boleh bermalam. Ada banyak hotel sekitar kawasan ni dan ada juga tempat perkemahan disediakan. Tapi biasanya orang yang datang kat sini bawak van yang boleh tido dalam tu. So lebih jimat.

LAKE PUKAKI 2 LAKE PUKAKI

Lake Pukaki

Lake Pukaki pula terletak atas sikit dari Lake Tekapo.Kira-kira 30 minit dari lake tekapo. Air tasik kat sini kebanyakkan warna biru turquoise disebabkan glesier yang wujud di dasar tasik ni.

Kat Lake Pukaki ni tak der apa aktiviti yang boleh di lakukan pun just view yg sangat cantik. Tapi kat sini ada ladang ikan salmon.

MOUNT COOK 2 MOUNT COOK

Mount Cook

Mount cook ni merupakan gunung tertinggi kat south New Zealand kalau tak silap. Terletak lebih kurang 1 jam 30 minit dari lake pukaki.

Dah alang-alang aku kat sana aku terus je lah drive ke mount cook ni. Untuk ke puncak mount cook korang kena mendaki lebih kurang 20 minit. Trek pendakian tak susah sgt pun. Memang di jaga dengan elok.

Lagipun view sepanjang Lake Pukaki ke Mount Cook memang awesome. Subhanallah memang aku tak dapat nak di gambarkan keindahan ciptaan Allah kat kawasan ni.

IMG_2397

Aku ingat kat atas tu boleh tengok glacier tapi hurmm..tak sempat tertanya tanya lagi dah terbaca sign board ni..Hahha..Tapi view kat atas tu tetap awesome..

5 COMMENTS

  1. I feel thazt is one of the such a lot significant info foor me.
    And i am glad reading your article. Buut want to statement on few common things, The sit taste is wonderful, the artikcles
    is in reality great : D. Jusst rivht activity, cheers

  2. Hi, i feel that i saw you visited my web site thus i got hesre
    to return the want?.I’m attempting to in finding issues to enhance myy site!I suppose iits adequate to make use of a
    feww of your concepts!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here