Pakej Pelancongan ke Siem Reap Cambodia 3 Hari 2 Malam | Alhamdulliah minggu lepas sempat aku habiskan weekend aku di Siem Reap Cambodia. Percutiaan ala-ala educated travel ni banyak memberi aku pandangan baru buat bumi cambodia.
Secara jujurnya sebelum aku jejakkan kaki di bumi cambodia aku lansung tak excited untuk ke sana namun tiket telah di beli dan pakej telah di tempah so why not aku just proceed jer. Lagipun minggu tu aku memang tak de planning mana-mana aktiviti.
Selama 3 hari kat sana memang aku akui agak tuff sebenarnya sebab travel kali ni banyak membuat aku berjalan demi melihat peninggalan sejarah di bumi cambodia ini.
Ni sedikit pakej yang aku amik untuk pelancongan aku hari ini.
HARI 1: KUALA LUMPUR – SIEM REAP
- Tiba di lapangan terbang Siem Reap
- Travel Guide pick up dari airport terus ke Killing Field, artisan angkor dan silk farm (ladang sutera), masuk pasar malam untuk shopping lepas itu rehat di hotel.
- Free aktiviti memandangkan aku penat sb amik flight pagi. So aku rehat.
- Makan malan di restaurant Muslim Family.
HARI 2: SIEM REAP
- Breakfast kat Hotel.
- Proceed ke tempat bersejarah angkor thom, bayon, baphuon, elephant terrace, leper king terrace and royal enclosure, taprohm temple balik makan tengah hari.
- After lunch kami terus ke Angkor Wat sampai jam 3 ptg.
- Menonton mata hari terbenam (Sunset) dan suasan perumahan di atas tasik Tonle Sap.
- Makan malam.
HARI 3: SIEM REAP – KUALA LUMPUR
- Breakfast kat Hotel
- Free aktiviti (Aku amik pilihan utk pusing2 pekan siem reap dan beli sedikit sourvenier. (USD8 sewa tuk tuk dari hotel untuk pusing2 pekan Seam Reap)
- Ke Hard Rock Cafe Siem Reap
- Lunch
- Terus ke Lapangan Terbang Siam Reap.
PAKEJ TERMASUK:
- Penginapan di hotel selama 2 malam.
- Makan dan minuman (Halal).
- Lawatan seperti didalam aturcara pakej.- Khidmat pengangkutan, driver, pemandu pelancong dan tol.
PAKEJ TIDAK TERMASUK:
- Lawatan tambahan & insuran.- Sebarang tiket penerbangan antarabangsa / domestik & cukai lapangan terbang.
- Segala perkhidmatan tambahan di hotel seperti dobi, telefon, minuman & makanan ringan yang berkaitan dengan keperluan peribadi.
- Bayaran bagasi yang berlebihan.
- Tip untuk pemandu pelancong dan driver.
TIP MELANCONG KE SIEM REAP CAMBODIA:
- No Air Port Tax
- Terdapat banyak restoren muslim
- Ramai orang islam kat sana boleh cakap Melayu
- Cuaca sekitar 28 – 30 darjah lebih kurang cuaca di Malaysia
- Perbezaan waktu 1 jam cepat berbanding Malaysia
- Mata Wang boleh guna USD
Ok setel part tip dan pakej aku move on kepada sedikit gambar-gambar yang sempat aku rakam sepanjang 3 hari aku di sana. Dan sepanjang 3 hari 2 malam aku stay di Smiling Hotel and Spa Siem Reap Cambodia.
Till Then..InshaAllah jumpa lagi….
Saya sdg bercuti di Siem Reap ketika ini. Lokasi yang amat menarik utk dikunjungi. Saya ingin recommend seorang Driver tuk tuk beragama islam. Nama beliau adalah Muslim. Beliau blh bertutur bahasa melayu dgn fasih. Abang beliau ada restoran halal disini dgn harga makanan yg berpatutan. Seorang yg amat jujur. Beliau telah lindungi saya drpd scam di tasik tonle sap. Beliau juga membantu saya membeli tiket ke cultural village dgn harga org lokal. Beliau caj 30usd shj utk pkhd tuk tuk selama 2 hari dan bawa saya ke semua lokasi menarik di sini (pagi smpi ke malam) . Beliau juga kenal ramai peniaga2 disini dan bantu saya untuk menawar harga. Tuan2 blh hubungi beliau ditalian +85599302210. Sgt berbaloi.
Saya juga perlukan sebut harga untuk tahun depan bermula 9hb-16hb Mac 2019
Harap saya dapat jawapan
This is my number whatsapp/call
01110235785
Hello everybody, just in case you are looking for tour guide in Siem Reap, I really really highly recommend Sam (Samnang Hoeung on Facebook or http://www.angkorsmilingtour.com). He is a super nice and funny guy and will help you to have the best time ever visiting the temples of and around Angkor Wat! Just contact him you won’t regret! I met him 3 times already and sent lots of Friends to visit him, thats why I really can recommend him, cause everybody just hat a good time.
Gambar 1st tu memang sangat2 menarik dan unik…
tolong bagi saya sebut harga pakej siem reap 3h 2m. plan nak pergi tahun depan january atau febuary
Berapa harga pakej 3D2N tu ye?
Menarik betul. mcm berada dizaman silam… Teringat cerita Tomb Raider lakonan Angelina Jolie yg guna latarbelakang Cambodia. Berapa harga pakej ke sana? Ada nombor contact?
Wah memang nampak menarik sangat!
Cantik-cantiknya gambar kat sana. Cambodia ni tak silap saya kalau dalam bahasa melayu di panggil Kemboja. Kalau dekat kampung dulu-dulu mereka ni orang yang selalu bawak kain untuk di jual. Rata-rata orang islam dan baik-baik orangnya.