Homestay at Yilan Taiwan | Farmland BNB. Sebelum ni aku ada cerita yang aku telah secara tak sengajanya maybe terinvited untuk ke Ynilan sponsor by Yilan County Government dan juga Creative Industry Centre of Chinese Culture University in Taiwan.
Aku sangat-sangat berbesar hati untuk menerima tawaran ini dan jutaan terima kasih buat pihak sponsor atas semua yang dilakukan sepanjang aku berada di Yilan City Taiwan. Memang sangat puas hati dengan aktiviti, makanan dan layanan yang sangat baik.
Untuk entry aku kali ini aku nak cerita sikit tentang homestay yang di sediakan untuk aku sepanjang 3 hari aku di Yilan.
Sebuah homestay yang sangat unik dan im really love it. Homestay yang dikelilingi oleh ladang dan sawah padi memang membuatkan aku rasa tenang menguhirup udara segar dan pemandangan desa yang cukup indah.
Homestay yg aku maksudkan adalah Farmland BNB. Terletak di kawasan sawah padi, depan homestay ada ladang bunga dan belakang homestay ada ladang sayur milik homestay ini sendiri.
Tuan punya homestay sangat baik. Peramah cuma mak dan ayah dia tak reti cakap orang putih tapi nasib baik anak dia boleh cakap orang putih. jadi tak der laha ku boring sangat sepanjang duk sana.
Ni aku belanja sikit gambar2 aku di homestay tu…










cantiklah deko dalam bilik tu. Warna merah, hitam dan putih tu matching saya tengok.
hang memang rajin berjalan ehh..
Best bila kita berada dalam situasi yang berbeza dari negara kita.