Home LIFESTYLE Sambung Belajar di Universiti Luar Negara (University of Southampton United Kingdom)

Sambung Belajar di Universiti Luar Negara (University of Southampton United Kingdom)

5892
13

Southampton_1912501b

Sambung Belajar di Universiti Luar Negara (University of Southampton United Kingdom) | Dulu masa aku buat diploma selalu juga aku google cara-cara nak sambung study kat oversea ni. Padahal masa tu baru buat diploma dengan result diploma yang hanya cukup-cukup makan ada hati nak sambung Master di Universiti luar negara.

Kini selepas 5 tahun berlalu aku sudah pun seorang graduan lulusan ijazah walaupun perit nak habiskan ijazah ni tapi naluri untuk belajar masih lagi ada.

Jadi aku cubalah apply untuk sambung Master di oversea. Kot-kot ada rezeki kan. Universiti pilihan aku adalah University of Southampton United Kingdom. Kenapa aku pilih universiti ni adalah universiti ni terletak bukan di kawasan London. Jadi yuran dan kos sara hidup pun tak der lah terllau tinggi.

Bukan niat nak ada master sebenarnya tapi sejak dari kecil orang selalu panggil aku BODOH, x de masa depan dan nak masuk universiti pun aku tak layak. Tapi Alhamdulillah dengan cemuhan diorang semua tu aku akhirnya dapat juga habiskan diploma dan degree aku di universiti tempatan tanpa extend.

Itulah sumber kekuatan aku untuk study.

bagi korang yang nak sambung master di universiti luar negara semuanya bukan mustahil. Asalakan ada kemahuan inshaAllah boleh.

Sambung Belajar di Universiti Luar Negara

  • Survey Course yang korang minat
  • Mark University yg tawarkan Course tu
  • Apply online
  • Dapatkan Referee. Biasanya dari Majikan tempat korang kerja ataupun Pensyarah di Universiti korang dulu. (Aku guna Supervisor FYP dulu)
  • Salinan Degree dan Transcript.
  • English Test (Sesetengah universiti x perlu)
  • Dapat Tawaran baru boleh apply biasiswa atau tajaan sendiri jika korang byk duit
  • Pack barang
  • Jadi studen kembali

InshaAllah kalau ada rezeki adalah. Kalau tak der aku sambung je kerja aku sebagai Engineer cabuk ni…

13 COMMENTS

  1. Such a very inspiring sharing, im interested tu pursue master abroad too, after i finnished my degree. Im still taking my diploma now, btw would you mind to share your story with me at @evarobert98@gmail.com
    I need more motivation to study abroad

  2. Nice post bro, bro mind share dengan saya info lagi?
    Sebab sekarang saya tgh final sem dekat uum, tgh survey gak tmpat nak sambung master..tolong ye bro, really appreciate it so much
    Salam

  3. Tindakan paling bijak adalah menuntut ilmu.

    Anyway, living cost Southampton masih tinggi tetapi tidak setinggi London. Elaun pelajar tajaan pun cukup-cukup makan.

    Tapi for the experience, go for it!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here