Percutian ke UK (London) | Kembara Eropah 15 Hari 6 Negara. Untuk episode kali ini merupakan sambungan daripada trip ke europe di manchester. Sebenarnya aku terlebih dahulu singgah di london setelah direct dari Air Port CDG Paris dengan Euro Star. Namun dari London aku terus ke Manchester untuk memulakan journey aku bermula dari Manchester.
Di London juga aku dah muka belajar menggunakan tube underground. Sebenarnya tak susah pun nak guna tube ni. Bila dah faham konsep dia InshaAllah korang boleh ke mana-mana hanya menggunakan train sahaja sangat senang sangat.
Setelah sampai ke London dari Manchester aku terus ke Heathrow terminal 2 untuk bersama geng lain dari selamatbercuti.com yang dinamakan Taste of Europe with Faiz Dicke.







Ok dari Heathrow kami terus di bawa ke ibis hotel london untuk check in, Dalam jam 6 petang kot sampai di ibis hotel. Then masing-masing free and easy. Waktu ni aku pilih untuk hirup udara petang di london memandangkan london masih lagi cerah jam 7 petang.Faiz Dicke korang mesti kenalkan. Trip ni khas untuk gila-gila bersama dengan faiz. Perwatakan dia di dalam ig gila-gila macam tu lah faiz di luar. Sangat happening. #gerobok.
Balik dalam jam 8 malam terus membuta sebab jet lag masih lagi belum hilang.
Hari kedua di London kami di bawa pusing2 kota london dan sepanjang trip ni kami di ketuai oleh tour guide dari london aku tak ingat nama dia.





Di sana kami ke buckingham palace, tower brigde, Hyde Park dan lunch di sekitar marble arch station. Kat sini banyak makanan halal kalau korang nak cari.
Selain tu kami juga ke oxford street. Kat sini aku rasa aku tak shopping sangat kot. Tapi aku suka ke primark. Barang kat sana serius murah gila babi kot.
Sepanjang 2 hari kat london aku just pusing2 area dekat-dekat jer. Then keesokan hari nya kami terus bertolak ke Amsterdam via Brussel. Kali ni aku dapat merasa naik ferry dari london ke paris.









Tempat Menarik di London Harus Dilawati
- Hyde park
- Buckingham Palace
- Stanford Brigde
- Tower Bridge
- London Bridge
- Primark
- Oxford Street
- Marble Arch (Tempat Makan Halal)
- Edgware Road
- The Square Mile London
- Malaysia Hall London
- British Museum
- National Gallery dan National Portrait Gallery
- London Eye
- Tate Modern dan Tate Britain
- Natural History Museum
- Science Museum
- Westminster Abbey dan Parliament Square
- Tower of London
- St Paul’s Cathedral
Jelez tgk ko dpt bercuti tp knape tak puas tgk gmbr ni… we want more… hehehe
dalam masa 15 hari berada di 6 negara..memang terbaik bro
wah..boleh dijadikan panduan..
InsyaAllah akan menjejakkan semula kaki di Eropah tahun hadapan dalam projek London-KL melalui jalan darat…
Follow me at http://www.mytravellicious.com