
4D3N in Lombok, Indonesia. Alhamdulillah sekitar jam 11.40 pagi 7 april 2015 aku selamat landed di Lapangan Terbang Lombok. Penerbangan yang mengambil sekitar 3 jam 10 minit lancar berikutan cuaca yang agak baik.
Hasil dari harga promosi Air Asia dapatlah aku sambar tiket flight yang boleh dikatakan murah ni. Hanya RM99 sehala.
Untuk hari pertama ni aku tak nak cakap banyak sebab aku pun bukan rajin nak taip panjang-panjang sekarang. Sejak dah masuk umo 40 tahun ni rasa berat je jari ni nak ketuk keyboard.
Sebaik tiba di Air Port aku terus di bawa oleh Pak Mohd salah seorang agent pelancongan di lombok yang aku booking dari awal lagi.
Agent ni aku ambil asing2 antara flight, hotel dan trip. Mula2 saja ingat nak jenjalan sendiri kat sini tapi rasa macam malas pulak so aku amik je agent last minit.
Dari Air Port Pak Mohd bawak kami ke tempat-tempat menarik di lombok. Antaranya aku pun tak ingat. nanti aku gitau balik ada dalam pamplet.
Trip ni termasuk 3 kali lunch dan 3 kali dinner. Breakfast di sediakan oleh pihak hotel.
Dalam jam 6 petang baru aku check ini di Kila Senggigi Hotel. Agak mewah tenang dan selesa. Harga bilik satu malam aku amik garden view. Kurang lebih Rp. 170 000.
Malam kedua dan ketiga aku tukar aku sea view harga pulak dalam Rp. 190 000. Saja nak tukar pemandangan. bangun pagi boleh tengok laut.
Apa kata korang layan sat gambar aku snap tadi..x banyak pun….



















Kami sekeluarga nak ke Lombok Cuti Tahun Baru Cina 2017, ada contact person sbgai tour guide kami di sana?
macam mana nak dpt cntct no agent di lombok
salam..kami ada menyediakan ground pakej ke medan-lake toba-berastagi dengan harga yang berpatutan..3 hari 2 malam hanya RM370/pax…tiada caj tambahan dan paling best korang cuma perlu bawa duit shopping sahaja 🙂 selain itu ada juga pakej ke aceh, padang-bukit tinggi..
boleh whatsapp: +6012-6047593 🙂
fb/instagram @giadolairiscollection
wahh cantik pantainyaa..
Naik basikal tak faizal?
syok yer dapat gi bercuti
sawadikap….eh silap
Lombok destinasi tempat bermadu kasih.
cantik gambar-gambar .. selamat travel .. take care..
cantik LOMBOK !
Umur 40 …..nampak muda remaja le anda..Apakah rahsia anda ? Boleh menerbitkan satu entri khas le.