Melancong di Taiwan Dengan BlackBerry Z30 | Satu dunia tu. Siapa yang kaki travel tu sudah semestinya cita-cita nya adalah untuk round satu dunia sementara masih mampu. macam aku sudah semestinya belum mampu. Mungkin satu hari siapa tahu tetiba aku jadi jutawan ker. Boleh lah nak melancong satu dunia.
Sebelum korang baca yang selebihnya apakata korang baca dulu 3 Aplikasi Travel BlackBerry Z30 yanga ku guna semasa travel di Taiwan baru-baru ni.
Sekarang ni hanya mampu melancong 1 Malaysia sahaja. Tu pun jarang-jarang ada peluang. Selain tiada masa nak melancong masalah utama aku juga masalah keewangan. maklumlah baru habis study. Kerja pun tak sampai sebulan lagi.
Tapi tak mengapa sejak aku jadi Travel Blogger ni adalah juga peluang untuk bercuti ke oversea ni. Di sponsor lagi tapi kena ada masa yang sesuai memandangkan aku ni bukan blogger fulltime.
Baru-baru ni aku ada melancong ke Taiwan. Itu adalah backpacker aku yang pertama dalam hidup aku. backpacker alone. Snagat-sangat awesome dan mencabar setakat ni. Melancong pulak di bulan Puasa lagi mencabar nak tahan dari lapar dan dahaga.
Biasanya bila melancong backpacker ni semuanya perlu di belajar dahulu tentang tempat yang nak di tuju tu. Dan kalau boleh sediakan semuanya dari awal lagi. Jadi bila di sana tak perlulah nak kalut bagai.
Selain itu, apabila melancong ni perkara wajib adalah ambil gambar. Bagi aku pemggunaan DSLR memang penting namun aku juga memerlukan peranti mudah alih yang lebih kecil dan ringan bagi memudahkan untuk live update dan juga mengambil gambar ditempat-tempat yang agak sesak.
Jadi, semasa aku ke Taiwan baru-baru ni aku cuba menggunakan BlackBerry Z30 untuk mengambil gambar sepanjang percutian aku.
Sebab apa aku memilih BlackBerry Z30 adalah kualiti gambar adalah sangat-sangat memuaskan terutama untuk Selfie. Selain cantik kamera BlackBerry Z30 memiliki resolusi 8 Mpixel sudah tentu membuatkan gambar anda nyata jelita dan kacak.
Sebagai bukti jom kita layan sedikit gambar percutian aku di Taiwan bersama BlackBerry Z30 dan juga Travelmob.
Bandar Taipei di waktu malam. Masa ni aku OTW ke Pasar Malam
Laluan ke Guest House aku. Agak scary tapi kejiranan di sini sangat baik hati
Masa untuk jalan-jalan
Taipei 101
Best tengok jalan kat taipei. Teratur dan tak der “Power of Hand” macam kat Malaysia
Teksi diorng pun sejenis jer..
Menara yang tertinggi di Taiwan. Kat dunia sekarang aku tak pasti. Rasanya masih dalam Top 10 kot (Taipei 101)
Pintu masuk. Dalam tu lebih kurang KLCC jer…tapi harga barang dlm tu lagi mahal dari KLCC
Cuaca x berapa nak elok. Macam nak hujan
Masa ni kalau tak silap hujan renyai-renyai. Nak cari kedai makanan halal untuk berbuka puasa.
Akhirnya jumpa jugak restoren halal di Taiwan. Makanan memang terbaik cuma mahal sikit lah. Aku makan hari tu mau kena NT$850 dalam Malaysia RM85
tuan faizal..nak tanya…cuaca dia kat sana sama macam kat negara kita jugak ke?maksub saya bila tengah hari kita rasa perit sbb panas..
yup..cuaca kat sna lebih kurang dgn malaysia….cuma bila musim sejuk tu cuaca kat sana dlm 9darjah…
Nice sharing.. Gigih sungguh
wah, travel dalam bulan puasa , mesti mencabar, bukan lapar je, mata juga…heee
Macam ada sikit suasana seperti Malaysia.
Gigih … walaupun puasa, namun tetap berback pack lagi !!!