Melancong di Taipei Taiwan Dengan Travelmob | Alhamdullilah setelah 5 jam dalam flight Air Asia dari KLIA2 sampai juga aku di bumi Taiwan ni. Terasa lama gila atas flight sampai kematu bontot aku.
Jam 2.50 waktu taiwan dan malaysia sampai lah aku di sini. Senyum lebar mengukir bibir aku. Maklumlah kali pertama backpacker sensorang ni. Di tempat yang aku tak biasa pulak tu. Dan everything aku kena buat sendiri. Tapi Alhamdulillah semua ok. Inilah yang dikatakan Travel Like a Boss.
Sampai di Air Port lepas je check kastam aku terus buka map dan tanya kaunter information untuk double confirm ke tempat yang aku nak pergi iaitu my house guest.
Setelah confirm aku terus beli tiket bas je Zhongxiao Fuxing. Kat sana boleh naik MRT untuk ke Yongchuan. Dalam bas tu tanya gak makcik tu kat mana Zhongxiao Fuxing kot2 terlepas ke apa ker kan.
Sampai Zhongxiao Fuxing aku terus amik MRT ke Yongchuan. Sampai sana jalan kaki sikit untuk ke Guest House yang dah di tempah melalui Travelmob. Nasib baik senang nak cari walaupun 96% sign board dalam bahasa mandarin.
Sampai sana aku jumpa tuan rumah dulu untuk check in dan Toni (Tuan Rumah) bawa aku ke kedai fon untuk beli sim kad taiwan. 145 Taiwan Dollar. Duit Malaysia RM45.
Naik bas dari air port ke Zhongxiao Fuxing 135 Taiwan Dollar. MRT ke Yongchuan 100 Taiwan Dollar.
Sampai di bilik tu aku rehat dulu sementara tunggu waktu berbuka puasa. Waktu kat sini lebih kurang dengan waktu malaysia cuma maghrib awal sikit iaitu jam 6.45 petang.
Jom layan gambar-gambar yabg sempat aku snap sepanjang hari pertama.
Dah sampai di Air Port Taipei
Bas ke Zhongxiao Fuxing
Disebabkan aku pergi sensorang jadi selfie jer yg mampu
Structure bangunan di sini memang cantik
Katil. Amat selesa
Juadah berbuka di hari pertama di taiwan
Lepas ni aku nak jalan-jalan kat night market. Orang kata night market kat sini best. Jadi kita tengok apa yang best nanti….boleh tapau makanan untuk sahur esok…
Thanks sebab share post yang penuh dengan maklumat ni. Kalau ada rasa nak pergi ke Taiwan ni semula, feel free untuk hubungi kami melalui link ni. http://www.pakej-percutian.com.my/negara/pakej-percutian-ke-taiwan/
Fuh, Seronoknya tengok…
kemaju ke kematu?
Maggi cup tu bahan wajib ke mana-mana kan. hehee
jgn buka puasa maggi hari-hari dah ah bro. hehe
xajak aku.. choii
wah best pergi tempat orang hehe
harga bilik berapa tu? Cantik biliknya.
Seronok nampak jalan-jalan di bulan Ramadhan. :). Semoga dipermudahkan urusan di sana nanti.