Home DESTINATIONS ASIA Persediaan Melancong Ke Taiwan 2014

Persediaan Melancong Ke Taiwan 2014

3787
3

taipei01

Persediaan Melancong Ke Taiwan 2014 | Alhamdulillah jika diizinkan aku akan terbang ke Taipei Taiwan pada 21 julai 2014 nanti bersama air asia. Segala perbelanjaan di taja khas oleh Travelmob . Sebagai Travel blogger inilah kerja aku sebelum bergelar Jurutera Sistem di Kuala Lumpur.

Percutian ke Taiwan ini hanya memakan masa 3 hari sahaja memandangkan aku masih lagi teringat sebagai Jurutera di company baru ni jadi tak beberapa manis kalau bercuti lama-lama.

Berbalik kepada Persediaan Melancong Ke Taiwan ni ada beberapa perkara basic yang perlu di titik beratkan memandangkan travel aku kali ini hanya sendirian dan tempat yang aku travel bukanlah tempat yang baisa aku pergi.

lane-104-google-map

Peta Laluan MRT dari airport untuk ke Hotel yang aku bakal check in

Study Destinasi travel.

Maksudnya study lah mana-mana tempat yang korang nak pergi nanti. Buat list siap-siap. Tempat makan mana yang halal dan tempat menarik di taiwan yang korang teringin nak pergi. Jangan lupa bajet dan cara untuk ke tempat-tempat korang nak pergi tu. Study sekali cara-cara nak ke sana.

Antara tempat yang aku dah senaraikan adalah Menarai 101 Taipei. Teringin nak selfie kat sana. Then aku nak juga try pasar malam kat sana. Dengar cerita macam meriah.

Packing your stuff

Yang ni perkara basic untuk travel walau kemana-mana pun. Perkara yang penting perlu dibawa ok. Jangan lupa pula buat list senang nanti.

Print segala Dokumen

Untuk Persediaan Melancong Ke Taiwan 2014 aku print map taipei, jadual MRT, tiket flight pergi dan balik dan juga itinerary hotel yang ditempat melalui website. Macam aku aku tempah melalui travelmob.com sebab senang.

Kalau korang nak lagi senang korang pergi je dekat tourism taiwan di KL tu. Segala matlumat pasal taiwan korang boleh dapat. Aku dapat free tiket untuk naik MRT. dah jimat dah. Lagi satu aku ambil map taipei dan juga buku panduan bagi muslim untuk travel ke taipei memandangkan travel aku kali ini pada bulan ramadhan pastinya aku nak cari restoren halal untuk berbuka puasa.

Tukar Duit 

Kalau boleh tukar duit siap-siap. Aku baru jer tukar tadi. 

Passport

Passport atau buku merah ni penting. Kadang-kadang terlupa nak bawak. Kalau lupa say good bye lah…

Yang lain-lain tu atas diri sendiri. So far yang ni jer baru aku buat….

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here