
Buffet Ramadhan Flora Kafe Ampwalk | Kafe yang terletak di Plaza AmpWalk ini menyajikan hidangan makanan dan masakan melayu tradisional yang murah,enak dan hebat. Dekorasi bergaya urban dalam suasana santai menambahkan lagi keunikan persembahan secara keseluruhan
Parnah satu ketika dulu aku dijemput oleh rakan blogger Puan Nadia sebanyak 2 kali untuk review Flora kafe ni. Banyak kisah aku di Flora kafe ni. Kat sini lah aku mula kenal ramai blogger yang boleh bergosip. Sebelum ni aku just kenal blogger untuk lepak jer. Serius memanjang. Tapi dengan geng blogger flora kafe ni lain sikit. Ramah diorang buat aku selesa untuk lepak bersama.
Tujuan aku buat review lagi sekali ni disebabkan entry aku dulu-dulu hilang. Aku rasa silap plugin Link Broken Checker. Auto delete entri lama-lama. Jadi keyword yang lama pun dah tak masuk sekrang ni.
Disebabkan rasa bersalah aku buat review sekali lagi memandangkan mood menulis aku semenjak dua tiga hari ni rajin lain macam jer. Menulis blog jer rajin report final haram malas nak tulis.
Mengenai Review Flora Kafe ni aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. memang makanan sedap dah layanan puas hati. Ramai juga artis yang selalu lepak kat flora kafe nih.
Buffet Ramadhan Flora Kafe Ampwalk
kalau tak silap aku dua2 kali aku datang ke flora kafe ni masa bulan puasa untuk review buffet ramadhan diorang. Makanan banyak pilihan dan sedap-sedap belaka. Memang puas hati. Sesuai untuk booking untuk berbuka puasa. memandangkan puasa pom dah tak lama lagi baik korang yang dekat-dekat tu usha flora kafe nanti.
Seingat aku ada beberapa kuih tu cepat giler habis. Sempat makan sikit jer masa tuh.
Aku rasa ramai juga blogger yang dah review pasal flora kafe ni. nampaknya hubungan pemilik flora kafe dengan rakan blogger ni memang rapat.
Apapun yang pasti Flora Kafe mamang OK!
Flora CafeLot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.03-21618010 / 03-2858 6090
Tak semestinya untuk buffet ramadhan je boleh makan dekat sini. semua jenis event atau semua jenis sambutan boleh sambut dekat sini. birthday ke, anniversary ke, annual dinner company kee, semuaaa la senang cite. better korang call Mell di nombor telefon dekat atas tadi atau hp dia 017-3024112. Flora Cafe ni beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. atau nak senang, korang boleh contact Mell dekat facebook, Flora Cafe Ampwalk atau like page Facebook Flora Cafe Ampwalk
Rasailah keenakan dan kelazatan masakan kami bak seperti hidangan masakan ibu di rumah.Kecantikkan dan keindahan dekorasi kami ternyata luar biasa,malah layanan perkhidmatan pelanggan kami yang mesra telah jelas terbukti. Ramai yang sudah teruja dan merasainya. Apa lagi yang ditunggu ? Jom ke Flora Kafe.
Untuk lihat senarai menu boleh ke Buffet Ramadhan Flora Kafe Ampwalk
Selain Buffet Ramadhan di Flora Kafe Ampwalk aku cadangkan juga korang try Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort, Restoren Tupai Tupai serta Buffet Ramadhan di Casa Ombak. Dan untuk senarai Buffet Ramadhan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur boleh juga ke Senarai Buffet Ramadhan Di Kuala Lumpur 2014.
brp ek hrge dia specifically? tulis ni RM50++ and bawak kwn kwn sklh biar boleh sediakan bajet.. tq
apsal balak dua orang aje nih..
aku rasanya baru 3 kali jumpa blogger face to face.
tu pun segan nak sembang,
sembang dalam blog boleh pulak..hehe
tunggu sbb 2015 bro.
tu lah..aku pun segan…kalau jumpa mesti senyap…sbb ari tu pom x join gak…