Malaysia Social Media Week 2014 (MSMW 2014) kembali lagi untuk tahun ketiga. Sejak adanya MSMW ni aku rasa para blogger terasa di hargai sangat-sangat. Biasanya blogger duk tengok para artis jer duk turun naik pentas ambil award tapi kali ini kita boleh saksikan blogger pula yang akan naik pentas untuk ambil award masing-masing.
Bagi tahun ni aku rasa persaingan cukup-cukup sengit terutama dari kategori Best Lifestyle Blog dan juga Best Travel Blog. Best lifestyle blog ni memang tiap-tiap tahun sangat mencabar. Jika kita singkat kembali MSMW 2012 dan 2013 award ni jatuh kepada EqbalZack.com dan AkmaOmar.com tahun ni agak-agak sapa lah yang menang yer?
Bagi kategori Travel pula tahun lepas aku rasa paling kurang pencalonan tapi tahun ni memang seperti kategori lifestyle. Dan Alhamdulillah MSMW 2013 Best Travel Blog dapat kat FaizalFredley.Com. Tahun ni sekali lagi blog ini tercalon dan harapan untuk menang tu memang teramat tipis jika lihat calon-calon lain terutama pemenang Malaysia International Tourism Bloggers iaitu KakiBerangan.
Apapun sama-sama kita nantikan kemeriahan MSMW2014 nanti yang berlangsung pada 26 Februari 2014 nanti.
Bagi yang berminat untuk join MSMW2014 dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh usha
Website: http://socialmediaweek.com.my/index.html
Facebook: https://www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek
Dan untuk lihat senarai pass winner utnuk tahun 2012 dan 2013 boleh ke
Pass Winner: http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/awards-pastwinners.htm (ada gambar aku woo)
Uiisshh…. calon feveret kategori TRAVEL NIE…. vote for u la bro…
baru saje undi untuk blog ini ..semoga kamu berjaya ^_^
minggu untuk buang undi. hoho..
all the best bro. semoga success.. blog menarik dan padat dgn cerita travel. best! 🙂
jemput lah singgah blog ye.
Good luck bro! 🙂
menang tak menang janji tercalon sudah memadai 🙂
fuhh..dicalonkan lagi tu..
Semoga sukses sekali lagi bro, iinsyaAllah sokong kawan-kawan.
Ko blogger hebat, kompem menang la tahun ni… Hehehe.. btw gud luck bro!
nampaknya tak dapat join lagi sebab time ni baru balik dari sabah..bila agaknya dapat join program bersama blogger2 malaysia ni :'(