Pemandangan dari Deck paling atas, Tingkat 11
Asssalamualaikum…..
Pengalaman Berlayar Dengan Superstar Libra Cruise. Post ini sempena aku menyahut seruan duit raya dari Denaihati.Com dan post yang menjadi pilihan aku adalah Superstar Libra Cruise pengalaman semalaman. Kenapa post ini menjadi pilihan?
OK. First post ini berada dalam kategori Travel, dan memandangkan aku juga pernah merasai sendiri pengalaman belayar bersama Superstar Libra Cruise ni aku teringin juga untuk kongsikan sedikit sebanyak pengalaman yang aku perolehi dari pelayaran tersebut.
Perasaaan yang Awesome ini memang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hanya senyuman rakaman di dalam setiap foto mampu menunjukkkan betapa awesomenya perasaan yang dialami oleh setiap orang apabila berada di dalam cruise ini.
disebabkan pengalaman aku dan Denaihati agak berbeza jadi ingin juga aku kongsikan pelayaran yang bagi aku cukup menyeronokkan terutama kepada yang suka travel.
Dari pengalaman denaihati beliau berpeluang untuk menaiki cruise untuk 1 hari dan berlainan dengan aku yang berpeluang berada di dalam cruise selamaa 4 Hari 3 Malam dan berpeluang juga singgah di Phuket dan Krabi Thailand.
Mungkin untuk 1 malam berada di dalam cruise tidak akan merasai pelayaran yang sebenar disebabkan masa yang terhad dan lautan hanya di sekitar Pulau Pinang sahaja. Bagi yang inginkan perasaan belayar yang ‘real’ aku sarankan ambil pakej 4 hari 3 malam.
bagi pakej 4 hari 3 malam amat sesuai sebenarnya untuk pasangan yang inginkan ‘Honeymoon’ yang romantik dan sedikit kelainan.
Jika inginkan lebih cabaran di dalam pelayaran bersama cruise anda boleh juga mencuba Super star Gemini yang akan belayar di laut yang lebih mencabar lagi.
Semasa pelayaran bersama Superstar Libra Cruise berbagai aktiviti yang telah di lakukan oleh pihak cruise bagi memastikan setiap pelancong tidak berasa bosan atau kosong.
Sememangnya pengalaman bercuti di atas kapal Superstar Libra diibaratkan sebagai mimpi menjadi kenyataan apabila aku benar-benar menjejakkan kaki di atas kapal yang panjangnya lebih 216.3 meter ini.
Superstar Libra boleh menampung seramai1,354 penumpang pada satu masa pelayaran dan kapal ini menyediakan 677 buah kabin untuk para penumpang.
Star Cruises juga menawarkan perkhidmatan kapal mewah terbaik yang pasti membuatkan anda berpuas hati dengan bayaran berpatutan yang dikenakan.
Pada hari pertama pelayaran, aktiviti yang diadakan adalah Pesta Selamat Datang (Welcoming Show) yang membuatkan penumpang lebih teruja untuk terus berada di atas kapal.
Patong City di Phuket
Antara kemudahan yang disediakan untuk memenuhi kehendak dan membuatkan penumpang tidak bosan ketika belayar ialah spa dan urutan istimewa daripada tukang urut Thailand, salon kecantikan dengan khidmat mendandan rambut serta menghias kuku, selain membeli-belah di kedai bebas cukai yang terdapat di atas kapal.
Selain itu, terdapat juga padang golf mini yang disediakan bagai mereka yang meminati sukan golf serta terdapat gelanggang bola keranjang bagi anak-anak muda mengisi masa lapang.
Sememangnya aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Star Cruise ini sangat menyeronokkan serta akan mencipta pengalaman manis bersama keluarga tersayang.
Selain menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak Star Cruises, penumpang boleh bersiar-siar di sekitar kapal dan menikmati pemandangan indah serta melihat matahari terbenam di dek khas buat penumpang yang ingin menghirup udara segar di tengah laut.
Para penumpang juga boleh bersiar di seluruh kapal dan mangambil gambar adalah merupakan perkara utama yang perlu dilakukan ketika berada di atas kapal.
Setelah menikmati pemandangan matahari terbenam di dek persiaran, penumpang boleh menjamu selera di restoran yang terdapat di dalam kapal.
Bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam, anda tidak perlu risau tentang status makanan yang disediakan kerana Star Cruises telah menyediakan lebih daripada lima buah restoran untuk dipilih oleh penumpang dan empat daripadanya menyediakan makanan halal.
Phi Phi Island Krabi
Setelah seharian berlayar dan tiba di Krabi, Thailand, kapal akan berlabuh dan penumpang dibenarkan turun dari kapal dan boleh melakukan aktiviti bebas bersama keluarga seperti membeli-belah dan melawat tempat-tempat bersejarah.
Para penumpang diberi masa untuk turun dan kembali semula ke kapal. Para penumpang juga akan diberi taklimat tentang negara yang dilawati serta beberapa tips berguna yang akan membantu penumpang semasa berada di luar kapal.
Antara tempat-tempat menarik yang mesti dikunjungi pelancong jika menjejakkan kaki ke Thailand adalah Krabi Island, Phi Phi Island, Phuket Town dan Patong Beach.
Setelah empat hari belayar di lautan, Superstar Libra berlabuh semula di Swettenham Pier, Pulau Pinang tepat pukul 12 tengah hari seperti yang dijadualkan.
Setelah mengalami sendiri pengalaman berlayar bersama Star Cruises, Bagi aku memang sungguh puas hati dan gembira sepanjang pelayaran di atas Superstar Libra.
Kepada mereka yang ingin merancang percutian terhebat bersama keluarga tersayang, Star Cruises adalah pilihan terbaik yang pasti akan memenuhi keinginan anda untuk memberi yang terbaik kepada keluarga tersayang dan merakamkan kenangan manis bersama.
Pengalaman ini aku alami sendiri bagi berkongsi ulasan yang lebih mendalam lagi. Kira sambungan kepada post denaihati ar ni. cuma versi Denaihati 1 Hari dan aku sambung lagi 3 hari menjadikan 4 hari….
lagi cerita mengenai Libra SuperStar Cruise
- Pakej Superstar Libra Star Cruise Percutian Kapal Mewah
- Pelayaran Ke Phuket Dan Krabi Bersama SuperStar Gemini
- Pelayaran Mewah Redah Samudera Star Cruises SuperStar Libra
- Pengalaman Berlayar Dengan Superstar Libra Cruise
Kalau saya belum pernah sekalipun melakukan perjalanan dengan perahu, pasti sangat menarik ya, bisa langsung menikmati udara laut dan hempasan gelombangnya nie. Best lah pokoknya…
Jelous aku dibuatnya…seumur hidup aku mungkin tak dpt nikmati percutian sedemikian. Tahniah buat and dpt merasainya.
Bajet brp yg admin keluarkan untuk naik kapal ni? Teringin gak nk naik kapal ni….
Bilion terima kasih pada bro kerana menyertai kontes contest #?DuitRaya? dan semoga berjaya. Sentiasalah melawat Denaihati yer untuk mengetahui update terkini contest dari masa kesemasa.
Bila la nak merasa nak naik cruise ni?
@Faizal
Wow!.. Santai2x syok …. 🙂
Camna Krabi, p bulan bila ni?
Ikhlas,
Amin Johar
(Jurutera SEO Malaysia)
PAKAR NIAGA
wah bestnya ke sana.
mesti harga pun best 😀
pengalaman ni .. one words..
“BEST”
saya rasa cam nak ke sana juga.
pergh! cool la bro, lama den tak merasa travel. last travel ke krabi bulan 4 yang lepas.. rasa nak kena try juga la naik cruise ni skali 😀
Jauh berjalan luas lah pandangan kan Faizal. Syok tengok Faizal jalan2, saya jalan-jalan malaysia je. Tu pun banyak tepat tak pergi lagi.
Nak naik Cruise kat The Mines pun tak ternaik-naik lagi hihihi.
Arghh! Teringin nak naik jugak belayar weh ambo.. Harga guano nih? Mahal ko terr?
Pengalaman yang menarik menaiki Superstar Libra Cruise. teruja nak naik pula. All the best!