Cuma sejam perjalanan dari Tanah Besar Australia, Tasmania masih mengekalkan keindahan dan kurniaan alam semulajadinya. Satu pertiga daripada aset asli di lindungi melalui rangkaian Taman Negara dan kawasan Tasmanian Wilderness World Heritage.
Ibu kota Tasmania, Hobart dibina sekeliling River Derwent berhampiran pelabuhan dan Constitution Dock, yang dipenuhi dengan kapal layar mewah, kapal trawler dan kapal yang ingin ke Antartica.
Hobart pernah menjadi sebuah penempatan banduan, lokasi utama untuk aktiviti menangkap ikan paus, pelabuhan pembinaan kapal dan bandar tepi pantai. Ia dinamakan Lonely Planet’s Top 10 Cities to visit in 2013 di dalam buku ‘Best in Travel 2013’.
Museum of Old and New Art (MONA)
Antara tempat-tempat menarik di Hobart:
Salamanca Place
Tempat lepak kegemaran ramai di Hobart. Masih mengekalkan senibina Georgian sandstone asal, gedung yang awalnya digunakan untuk menyimpan gandum, epal, minyak ikan paus dan bulu bebiri kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kedai barang kemas, kafe, restoran, Peacock Theatre, kedai buku, butik dan galeri seni. Setiap Jumaat bermula jam 5.30 petang hingga 7.30 petang, pengunjung akan dihiburkan dengan alunan muzik bergenre gypsy, jazz dan swing dari kugiran-kugiran tempatan.
Salamanca Market & Penguin Market
Setiap Sabtu, Salamanca Place bertukar menjadi sebuah ‘outdoor market’, di mana hasil-hasil tani yang segar dari ikan trout, ‘smoked salmon’, minyak zaitun, keju, tiram, sosej dan madu leatherwood akan dijual. Di Penguin Market pula, anda boleh membeli beraneka jenis kraftangan tempatan seperti barangan kemas dan perhiasan, ‘giftware’ dan ‘Tasmania timber’.
Museum of Old and New Art (MONA)
Perjalanan yang mengambil masa 30 minit melalui feri dari bandar, MONA tempat persinggahan mesti buat peminat seni. Selepas menghayati karya-karya seni Damien Hirst dan melihat mumia dari Mesir, pengunjung boleh singgah di salah satu restoran ternama di Hobart iaitu The Source.
The Royal Tasmanian Botanical Gardens
Rehatkan minda dengan bersiar-siar di The Royal Tasmanian Botanical Gardens yang telah dibina pada tahun 1828. Selain konservatori, ia juga memuatkan sebuah rumah sub-Antartic dan Japanese Garden (Hobart mempunyai hubungan adik-bandar dengan Yaizu di Jepun).
Cadbury Chocolate Factory
Buat mereka yang gila coklat. Di sini, bukan saja anda dapat memuaskan keinginan anda serta mempelajari sejarah coklat dan Cadbury, tetapi lebih menariknya, Cadbury Chocloate Store memberi pengunjung ‘factory discount’ ke atas pelbagai jenis keluaran mereka.
Tasmanian Museum & Art Gallery (TMAG)
Memuatkan paparan yang merangkumi budaya orang asli, artifak dari era banduan dan ‘whaling’ serta model mega fauna yang sudah pun pupus dan harimau Tasmania, jadikan TMAG singgahan untuk anda mempelajari sejarah Tasmania. Museum kedua tertua di Australia ini antara beberapa institusi di dunia yang menggabungkan sebuah museum, galeri seni dan herbarium.
Hobart Waterfront
Female Factory Historic Site
Female Factory di South Hobart merupakan lokasi Cascades Female Factory, sebuah penjara wanita di era 1820-an. Penulis kelahiran Johannesburg, Afrika Selatan, Bryce Courtenay telah menggunakannya sebagai latar belakang untuk novel ‘The Potato Factory’. Anda boleh memilih untuk berjalan sendiri ataupun mendaftar untuk sesi lawatan bersama seorang pemandu selama sejam.
Selain Hobart, anda juga boleh pertimbangkan ke Launceston, bandar kedua terbesar di Tasmania selepas Hobart. Terletak di simpang North dan South Esk Rivers, Launceston penuh dengan peninggalan sejarah di persekitaran jalanannya.
Satu laluan menghubungkan Launceston Seaport kepada Inveresk. Di sini anda boleh berkunjung ke Queen Victoria Museum. Laluan tersebut juga membawa anda ke Home Point Rowing Course dengan menyusur Royal Park dan Kings Park, melalui Ritchies Mill (tuan rumah kepada beberapa galeri seni dan restoran) sebelum ke Cataract Gorge, di mana tebingnya yang curam sesuai untuk anda yang sukakan pendakian lasak.
Teruskan lagi perjalanan dan anda akan sampai ke perkampungan bersejarah Evandale dan Longford yang masih mengekalkan rumah-rumah ladang lama.
Untuk lebih banyak maklumat tentang Tasmania, layari www.australia.com atau www.discovertasmania.com/hobart2013
ps: Sponsor Post
Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]
Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com
Great post! I have been to Museum of Old and New Art (MONA) last year and it was a great experience.
Sarah recently posted..4 Amazing Coastal Parks to Visit Near Hobart in Your Campervan
Salam,
Boleh suggest accommodation apartment or cottage yang affordable kat hobart.
terima kasih
Berhajat pergi tassie tahun ni. Dengar khabar tempatnya cantik mcm nz
NotaKembara recently posted..[Gambar] Floriade Canberra, Australia 2013
cukup meriah Salamanca Market tu, penuh orang sampai dah tak nampak jalan. nampak memang best tempat ni, boleh masuk dalam senarai…
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress