assalamualaikum semua…

sape layan bola antara malaysia lawan iran..ape komen korang???

prghhh…terbaik iran lol..memang malaysia x boleh cabar langsung…pantas giler ar pemain iran, bola beberape saat jer berada di kaki pemain malaysia…

rata-rata pemain malaysia macam duk kejar bola jer sepanjang permainan…kecian aku tengok….memang perbezaan dia macam langit dan bumi…kalau macam ni memang x tahu bila lah malaysia boleh masuk piala dunia…

tapi bagi penjaga gol malaysia khairul fahmi che mat boleh di beri pujian kerana banyak gak lah bola yang berjaya di save…kalau dia tidak secemerlang macam tu konpen malaysia dah kena banyak dah…

untuk first haft team malaysia jugak boleh diberi pujiaan kerana walaupun di asak oleh pemain iran sepanjang masa namun malaysia berjaya mengikat kedudukan 0-0 dengan iran..kira ok lah tu kan…

pada separuh masa kedua pulak iran nampaknya menambah kepantasan dan kecemerlangan hingga berjaya menjaringkan 3 gol untuk menewaskan malaysia..walaupun pemain malaysia cuba sedaya upaya untuk menembusi gawang pihak lawan namun sia-sia sahaja kerana di kawal ketat oleh pemain pertahanan iran…

sebanyak 4 kad kuning di layangkan oleh pengadil kepada pemain malaysia dan nasib baik peristiwa kad merah ketika lawan tuan rumah chinna tidak berulang…

terima kasih juga kepada norshahrul idlan talaha kerana menjaringkan gol saguhati malaysia menerusi sepakan penalti untuk menjadikan keputusan 3-1…malaysia 1 iran 3…

p/s: tahniah malaysia walaupun tewas di tangan iran namun ucapan tahniah layak diberikan kerana berjaya ke pusingan ke-2…




Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge