Home HOTEL & RESORT Trip Sabah 3 Hari 2 Malam Di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu...

Trip Sabah 3 Hari 2 Malam Di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu Review

920
0

Trip Sabah 3 Hari 2 Malam Di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu Review | Sabah merupakan antara destinasi pelancongan yang selalu menjadi pilihan dalam Malaysia. Mempunyai pelbagai tarikan seperti pesisiran pantai yang memutih dan pulau seakan-akan Maldives sudah pasti memberi vitaminSEA buat pelancong yang datang. Antara pulau yang sering mendapat perhatian adalah Boheydulang dan Pulau Sipadan.

Tetapi tahukah anda, selain pulau-pulau yang bertaraf antarabangsa itu tadi, Sabah juga menawarkan banyak lagi pulau yang cantik antaranya Pulau Mantanani. Jika Timur Sabah sinonim dengan percutian pulau, Utara Sabah juga tidak kurang hebatnya. Air laut di Laut Cina Selatan lebih hangat dan kejernihannya juga setaraf dengan lautan pasifik. Fakta ini datang dari diri sendiri tetapi tak tahu lah pula jika ada kajian tentangnya ataupun air yang hangat itu datang dari punca air yang lain. 

Pulau Mantanani

Pulau Mantanani terletak bersebelahan dengan Kota Kudat dan memerlukan pemanduan selama 2 jam dari Kota Kinabalu. Ianya terdiri daripada tiga gugusan pulau kecil yang membentuk satu daratan yang cukup indah dan sesuai jika nak rasa berada di dalam filem Cast Away. Tetapi jangan risau korang pasti akan bertahan kerana di pulau ini terdapat juga kampung serta resort yang best.

Trip 4 hari 3 Malam di Sabah

Ini bukanlah kali pertama aku ke Sabah, boleh dikatakan setiap tahun pasti akan ada trip ke negeri di bawah bayu ini. Bezanya kali ini, trip ke Sabah khas untuk bercuti di hotel rangkaian Sutera Harbour. Al maklumlah bila umur dah meningkat dewasa ini, setiap percutian perlu banyakkan rehat bukan aktiviti. Bukankah itu tujuan untuk bercuti kan? Ianya sepatutnya dapat merehatkan diri bukan memenatkan diri.

Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang dua jam setengah. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami di jemput mesra oleh wakil Sabah Tourism Board. Nampaknya airport KK tak banyak berubah sejak kali terakhir aku ke sini sebelum zaman Covid.

Menara Tun Mustaph

Dari airport kami teruskan perjalanan ke Sutera Harbour Resort. Di dalam perjalanan kami singgah sebentar untuk menikmati keunikan Menara Tun Mustapha yang menggunakan teknologi bangunan tergantung. Bangunan 30 tingkat yang dibina daripada aluminium dan kaca ini merupakan salah sebuah bangunan yang luar biasa di negara ini.

Bangunan yang dibina mengikut konsep arkitek dan kejuruteraan yang berani ini tidak lepas daripada kesangsian orang ramai akan keupayaan membinanya. Konsepnya merupakan yang pertama dan belum pernah dicuba di rantau ini. Bangunan ini berstruktur poligon 72 penjuru dengan dinding yang diperbuat daripada 2,160 panel kaca reflektif khas yang boleh menahan kelajuan angin sehingga 272 kilometer sejam. Bangunan ini berdiri pada sebatang tiang utama, di mana tiang ini disambungkan dengan steel radical brackets, 96 batang logam keluli tahan regang untuk memegang bangunan 30 tingkat ini.

Little Sulap Restoran

Dengan cuaca di Kota Kinabalu yang agak panas ketika itu, kami singgah sebentar di restoren Little Sulap. Uniknya restoran ini menyajikan makanan-makanan trandisional Sabah. Jadi korang kalau nak rasa sendiri “taste of Sabah” korang kena datang makan dekat sini. Setelah makan dekat sini baru korang akan tahu rasa sebenar makanan Sabah.

Antara makanan kampung yang korang boleh rasa dekat sini adalah tuhau, ikan basung, nantung atau ambuyat dan sebagainya. Ada set Original Sabahan, Set Ambuyat, ada Kek dan banyak lagi. Rugi rasanya jika ke Sabah korang tak merasa makanan tradisional diorang sebab susah tau nak jumpa kat tempat lain melainkan korang kena masuk kampung-kampung diorang.

Kota Kinabalu City Mosque

Sebelum kami check in hotel, niat di hati nak juga lah singgah masjid terapung di Kota Kinabalu ni, tetapi ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Bagi mengelakkan kesesatan lalu lintas kami tak dapat nak tunaikan solat Zohor di masjid ini. Tak mengapalah sebagai musafir kami dibenarkan untuk solat jamak sahaja dekat hotel. Sayang sekali dari luaran masjid ni cukup indah. Kita datang lain kali sahaja lah.

The Magellan Sutera Resort

Disebabkan trip kali ini merupakan trip geli-geli maksudnya bukan hardcore trip, kami habiskan banyak masa di hotel sahaja. Dari airport ke The Magellan Sutera Resort hanya mengambil masa lebih kurang 10 – 15 iminit sahaja. Tak jauhpun. Lokasi yang terletak dekat dengan airport dan juga tidak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu menjadikan hotel ini begitu sesuai untuk korang yang ingin bercuti di Sabah.

Bukan itu sahaja, hotel ini terletak betul-betul tepi laut guys. Jadi petang-petang macam tu korang boleh jalan kaki sahaja ambil udara segar tepi laut dan juga boleh minum petang bersaksikan pemandangan matahari terbenam yang cukup indah. Kiranya dekat sinilah best spot untuk tengot sunset di Kota Kinabalu.

Melangkah ke lobby hotel kami disambut penuh ramah mesra dari staf hotel dan juga suasana hotel yang nampak mewah berserta hembusan bayu yang menyapa menambahkan lagi mood percutian kali ini. Dari lobby pun korang boleh terus nampak laut terbentang luas. Proses check in juga tidak mengambil masa yang lama dan boleh dikatakan agak lancar.

Kami diberikan bilik di tingkat 5 dengan pemandangan yang cukup memukau. Dengan pemandangan sebegini tak dapat pusing-pusing bandar pun tak mengapalah. Antara salah satu ciri-ciri hotel yang selalu menjadi pilihan aku ketika bercuti gaya santai macam ni adalah bilik perlu ada balkoni bersama view menarik. Dari balkoni korang boleh nampak laut yang tenang sesekali dapat dilihat bot-bot nelayan mencari rezeki, langit yang membiru dan pepohon kelapa melambai menjadi rencah yang sempurna untuk sebuah percutian. Dapat pula secawan kopi dari roomate lepas tu layan lagu “Island in The Sun” memang rasa tak nak keluar lah dari bilik tu.

Processed with VSCO with l6 preset

Selain balkoni, keadaan bilik yang luas dan bersih juga turut menyumbang keselesaan kami. Tandas pun cukup luas untuk korang yang jenis suka “me time” lama-lama dalam toilet. Cumanya tingkap kayu dekat toilet sesekali menampakkan bayangan dari luar. Haha. Tilam dan bantal tak perlu dipersoalkan lagi, aku yang jenis susah nak tidur di tempat baru pun letak jer kepala terus lena sampai pagi.

Horizons Restaurant The Pacific Sutera Hotel

Aktiviti di waktu malam pula sangat santai. Tak perlu untuk keluar dalam hotel ni pun dah banyak pilihan restoran yang ada. Makan malam pada hari pertama, kami ke Horizons Restaurant yang terletak di Roof Top The Pacific Sutera Hotel. Bersebelahan sahaja dengan The Magellan boleh jer jalan kaki ataupun boleh juga dapatkan khidmat transport dari pihak hotel.

Terletak di tingkat 12 sudah pasti menjanjikan pemandangan yang superb. Dekat sini pun korang boleh layan sunset juga tapi sayang cuaca hari itu tak mengizinkan. Jadi kami hanya fokus dekat makanan sahajalah. Jika makan tengah hari tadi kita dah rasa makanan tradisional, waktu malam pula kami ubah selera dengan hidangan barat versi Sabah. Well semua makanan yang dihidangkan menepati cita rasa semua orang aku rasa. For the western macam biasa tak perlu komen lagi cuma apa yang buat dinner kali ini lebih membuka selera adalah hidangan ikan basung goreng rangup dia. Memang layan habislah.

Dah habis makan niat nak keluar cari happy ending tapi hotel selesa sangat, masuk bilik terus dah malas nak keluar dah. Jam 11 malam perut pula nak rasa mengunyah sesuatu nasib baik ada restoran dekat lobby yang buka sampai pagi. So kami lepak sambil coffee talk tambah fries dekat lobby sampailah jam 1 pagi.

Keesokkan harinya kami bertolak ke Sutera@Mantanani Island Resort sebelum kembali pada hari ketiga.

Next review aku akan kongsikan aktiviti-aktiviti dan review penuh untuk Trip Sabah 2 Hari 1 Malam Di Sutera Mantanani Island Resort Review.

Info lanjut: 

Website: www.suteraharbour.comwww.sabahtourism.com

Facebook: Sutera Harbour Resort

Instagram: suteraharbourofficial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge