Home LIFESTYLE Me?

Me?

567
0

Title maybe antara yang paling pendek yang pernah aku tulis sepanjang sejarah aku menjadi blogger. Namun, isi yang aku teringin untuk luahkan bukanlah seringkas tajuk artikel ini.

Sejak aku mula menulis pada tahun 2009, tujuan blog ini wujud hanyalah untuk melepaskan apa yang terbuku dalam hati. Di sebabkan tak mampu untuk meluahkan dengan kata-kata, hanya blog ini menjadi satu-satunya tempat di mana aku rasa aku mampu untuk luahkan. Walaupun begitu, seiring dengan perkembangan blog ini aku tidak lagi rasa boleh meluahkan apa yang aku fikirkan terutama bila ada yang membacanya apabila ia melibatkan kehidupan peribadi.

Tahun 2022 hampir separuh telah berjalan, kehidupan perlu diteruskan. Pernah beberapa kali aku biarkan sahaja untuk blog ini hilang begitu sahaja tapi Alhamdulillah ianya masih menjadi tempat aku meluahkan kembali apa yang aku rasa sebab aku tak rasa ada yang baca blog pada zaman sekarang.

Ya hidup zaman sekarang mereka memilih untuk habiskan masa melihat video-video mengarut dan menyakitkan hati dia laman sosial. Video-video bodoh yang viral kini menjadi perhatian masyarakat kita. Ada baik dan buruknya aku tak pernah nafikan.

Pernah beberapa kali untuk tergerak untuk mula menaip di blog ini terutama dikala kesihatan mental aku tak stabil, tapi masih ada sesuatu yang menghalang aku berbuat demikian. Mungkin kerana risau aku akan meluahkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Memikirkan itu terus mematikan niat untuk teruskan.

Penulis tanpa emosi tidak akan mampu untuk menulis sebuah nukilan yang terbaik. Oleh sebab itu aku tidak mampu untuk menulis lagi.

Sudah separuh jalan tapi aku masih lagi nampaknya tidak mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa dalam artikel ini.

8 Mei 2022

Hari ini aku kembali menulis. Meluahkan 5 peratus apa yang aku rasa. Disebabkan terlalu lama hidup sendirian di Kota membuatkan susah untuk aku survive di kampung yang dikelilingi oleh keluarga tanpa menyakiti hati mereka ataupun diri sendiri.

Hari ini juga isu yang menjadi masalah utama sejak kecil kembali. Aku rasa bukan aku sahaja malah hampir 70 peratus populasi dunia B40 mengalami maalah ini.

Air

Ye masalah air. Kini kembali. Membuatkan aku rasa fade up dan memerlukan seseorang untuk lepaskan kemarahan. Masalah yang sepatutnya YB YB yang kononnya terhormat selesaikan tapi ibarat air beriak tanda tak dalam (orang yang banyak bicara/cakap (sombong dsb), biasanya tidak berisi (kurang ilmunya); orang yang suka menyombong pertanda kurang dalam pengetahuannya).

Kata-kata YB yang sombong “siapa kata Kelantan tak ada air, pergilah cedok sendiri air di sungai Kelantan).

Mendengarnya saja sudah cukup buat hati mendidih apatah lagi untuk melihat kata-kata ini keluar dari mulutnya.

Hari ini emosi menguasai diri. Disebabkan masalah air di rumah aku menunjukkan protest tanpa menuju ke sasaran yang sepatutnya.

Ya aku protest untuk tidak mandi dan minum. Towel aku jadikan sebagai alas kaki. Kata-kata tajam mula keluar dari lidah tak bertulang ini kepasa sang pemilik rumah di kampung. Ya rumah Mak aku.

Pendek kata aku merajuk sebab tak der air, tuala aku jadikan alas kaki, bermasam muka dengan ibu sendiri dan macam-macam lagi lah kerenah yang aku tunjukkan termasuk kemas baju nak balik KL. Tak nak balik kampung lepas ni.

Lihatkan YB sekalian isu air bukan hanya meruntuhkaan perpaduan malah boleh meruntuhkan hubungan kekeluargaan. Walaupun dipandang enteng pada YB tapi iaya satu masalah besar kepada kami.

Bukan kami tidak berusaha mengali perigi di zaman serba canggih ini. Tapi perigi yang digali pula bermasalah apabila sumber air tidak bersih dan buduk. 2 hari aku ulang alik ke toilet kerana masalah Diarrhea.

You Take Care Everyone But Who Gonna Take Care of You?

Aku benci untuk ungkapkan perkataan ini, tapi seringkali ianya bermain dalam fikiran, Seolah-olah Setan tidak putus-putus bisikkan kepada aku.

Tak apalah, walau apa pun bukan tugas yang mudah untuk take care of me. Percayalah ianya sukar ramai yang putus asa. Only me can take care of my self. Let it be…. I can survive on my own even it will get harder walking alone.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge