Jejak 10 Destinasi Menarik Di Perlis Malaysia Sempena Pesta Angin Timur | Perlis merupakan negeri yang paling utara di Malaysia. Bersempadan dengan Thailand membuatkan Perlis popular dengan makanan dan pengaruh dari negara itu.

Menerima jolokan sebagai negeri Indera Kayangan membuatkan negeri ini tersimpan pelbagai hidden gems yang masih belum diterokai. 

Selain itu, Perlis yang merupakan negeri paling kecil di Malaysia begitu popular dengan sawah padi yang merupakan mata pencarian buat rakyat Perlis selain nelayan. 

Pada ketika ini, padi yang selepas dituai akan membiarkan sawah kosong, namun rakyat Perlis begitu kreatif dan telah menganjurkan Pesti Angin Timur buat rakyat Perlis dan sekitarnya. 

Perlis is So Small

Actually aku ke Perlis kali ini sebagai trip kembali ke memori 7 tahun lepas di mana aku sebagai seorang student di Universiti Malaysia Perlis selama 6 tahun.

Di sinilah aku mendapat pendidikan Diploma Kejuruteraan Mikroeleklronik dan juga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Rangkaian Komputer. Basically selama 6 tahun di sini aku dah terokai pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi  

Namun, setelah 7 tahun meninggalkan Perlis, nampaknya mereka giat aktif memajukan industri pelancongan. Surprisingly banyak tempat baru yang muncul menjadikan Perlis salah satu negeri yang wajib korang singgah. 

Tourism Malaysia dengan kerjasama Tourism Malaysia Perlis kali ini membawa aku dan beberapa lagi travel blogger menerokai tarikan terbaru di Perlis sempena dengan Pesta Angin Timur ke 8 yang dianjurkan oleh Perlis Tourism. 

Zaman dulu-dulu aku selalu juga lepak kat tepi pantai ni bila putus cinta. Hahaha
Pekena Lok Cing petang-petang memang layan habis.

Perjalanan mengambil masa 7 jam dari Kuala Lumpur, seperti biasa aku memang tidur je sepanjang perjalanan. 2 kali juga stop untuk ke toilet dan singgah makan tengah hari dekat Sg Dua Kedah.

Akhirnya sampai juga di Perlis dan cuaca memang seperti di jangka panas lit lit orang utara cakap. So korang nak datang Perlis musim panas sila bawa baju yang sesuai. Pastikan pakai kasut sebab musim panas ni akan ada banyak debu. Kalau tak nak kaki korang discrub dengan debu bolehlah pakai selipar. 

Check in dekat Regency Hotel dalam jam 3.30 macam tu. Sempatlah kami mandi dan rehat sekejap sebelum mulakan episod jalan-jalan di Perlis. 

Ladang Nipah Kipli

Ladang Nipah Kipli
Iinilah rupa nira nipah, rasa memang aummm…
Menu yang ada, semua sedap.. Cuma rasa dia tak se-umphhhh dulu
Old time favourite Laksa Perlis

Destinasi pertama kami adalah di ladang nipah kipli. Tempat ni kira macam tenpat lepak petang-petang makan cendol lah. Masa aku dekat UniMAP dulu tempat ini dah wujud dah dan aku pun pernah update pasal ni. Menariknya ladang nipah kipli ni, korang boleh makan cendol atau laksa di dalam ladang nipah.

Tempat sejuk dan agak redup. Seperti biasa kalau datang sini jangan lupa rasa sendiri minuman air nira dari nipah. Agak manik tapi sedap. Kalau minum nira sejuk ni perghhh lagi sedap. Bau dia pun mengancam sebenarnya.

So dekat sini aku order pulut ayam, laksa perli dan air nira nipah. Laksa agak mengecewakan sebenarnya sebab seingat aku masa aku detim dekat sini 7-8 tahun lepas, laksa kat sini sangat sedap. Tapi entah somehow macam ada something missing dalam laksa aku. Maybe kuah dia tak pekat sangat kot. 

Apapun buat mereka yang kali pertama datang ke Perlis wajib singgah sini kalau nak tengok gaya hidup orang Perlis. Lagi satu apa yang aku boleh highlights dekat sini adalah the view sekitar Ladang Nipah Kipli.

Kalau aku datang musim panas ni aku boleh dapat view kekuningan sebab padi baru lepas dituai. Masa ni lah korang nak bergambar berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi yang kekuningan. 

Ladang Nipah Kipli terletak di kampung Sanglang. Dekat sahaja dengan Kuala Perlis. 

Masjid Terapung, Kuala Perlis

Masjid Terapung, Kuala Perlis

Perut dah kenyang, kami terus meluncur ke Masjid terapung bagi meluangkan masa sebentar melihat sunset. Dalam perjalanan kami singgah beberapa tempat untuk bergambar dan melihat aktiviti penduduk tempatan pada waktu petang.

Terkenang pada zaman menjadi pelajar unimap satu ketika dahulu. Dekat sinilah tempat aku habiskan waktu petang kalau tak ada kelas. Sangat best terutama untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di garisan pantai. Korang kalau nak lepak sambil makan-makan lokching bersaksikan matahari terbenam datanglah kat sini.

Habiskan satu hari di Kuala Perlis jika korang bercadang ke Langkawi melalui Kuala Perlis. 

Restoran Asputra Ikan Bakar, Kuala Perlis

Siakap 3 rasa wajib cuba
Kerapu bakar

Petang tidak lengkap jika tidak merasa keenakan ikan bakar dari Kuala Perlis. Selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Terapung kami singgah isi perut yang sudah mula berkeroncong di Restoran Asputra Ikan Bakar.

Pilihan ikan bakar di kawasan ini sungguh banyak dan malam ini kami singgah di Asputra Ikan Bakar. Jika 7 tahun lepas, tapak restoran ini masih belum wujud dan hanya beberapa meter dari restoran ini merupakan tempat kelas harian aku di unimap.

Menu yang wajib korang cuba jika singgah di sini adalah sudah semestinya ikan bakar Kuala Perlis (jenis ikan terpulang kepada selera masing-masing), satu lagi makanan laut yang teringin kami rasa adalah mentarang. Jangan tidak tahun mentarang di sini cukup popular dan mempunyai beberapa jenis cara masakan seperti bakar dan masak pedas. 

Pesta Angin Timur 2020 (PAT 2020) – Hari 1

Pesta Angin Timur 2020 (PAT2020)
Cayalah orang Perlis, ramai-ramai support PAT
Antara barangan kraftangan yang ada dijual di PAT

Perut dah kenyang, tibalah masa kami ke tapak Pesta Angin Timur buat kali pertama. Sebaik tiba di tapak kami dihiburkan dengan Persembahan Malam Irama Kerohanian oleh kumpulan Far East. Sebaik tamat persembahan kami merayau di sekitar tapak pesta.

Sungguh mengejutkan tapak pesta ini sangat luas dan makanan yang dijual di sini pasti membuat sesiapa yang singgah kecur air liur. Pelbagai pilihan dengan harga yang murah sekali. 

Fakta: Tapak Pesta Angin Timur di adakan setiap tahun dan tapak asal merupakan tapak bendang yang kering dan telah diratakan untuk didirikan tapak pesta. Disebabkan angin yang kuat. Korang digalakkan memakai mask dan kasut. 

Warung Tepi Sawah, Bintong

Pagi-pagi dah turun bendang, sapa nak buat menantu?
Sempoi je tempat dia tapi orang punyalah ramai. macam biasa sila datang pagi-pagi
Mana nak cari kat tempat lain?
Menu pagi di Perlis

Bermula hari kedua kami mulakan hari dengan sarapan pagi di Warung Tepi sawah yang terletak di Bintong. Warung ini merupakan salah satu tempat baru yang menjadi viral dan pilihan penduduk tempatan serta pelancong yang datang untuk melihat pemandangan sawah padi yang terbentang indah.

Bukan sahaja ianya menawarkan pemandangan yang tenang, bahkan menu makanan yang ada di sini cukup banyak dan makanan tradisional negeri Perlis juga boleh di dapati di sini.

Pelbagai menu yang aku pertama kali dengar pun ada. Menjadi pilihan aku adalah pulut bersama ikan kering. See orang kampung macam aku ni memang tak kan lari dari menu ini. 

Bintong dan Wang Ulu juga merupakan lokasi yang tidak asing bagi aku disebabkan aku pernah menetap di kolej kediaman wang ulu pada tahun 2012. Jalan Bintong juga menjadi laluan harian aku jika ke kelas yang berada di Kuala Perlis.

Korang bayangkan hari-hari untuk ke kelas aku meredah banjaran sawah padi yang menghijau serta angin pagi yang cukup dingin. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 

Gua Kelam 2

Gua Kelam 2
Laluan masuk gua yang di gunakan untuk transport biji timah keluar dari gua.
Cave Stalagmite
Hasil tinggalan pelombong biji timah
Eeee katak gua, comel kan?
Buat buat dengar je semua ni, hehe, nak masuk sini kena pakai helmet ye for safety
Ada laluan gua yang cukup sempit
Cave Stalagmite

Dari Bintong kami bergerak untuk ke Gua Kelam 2 yang mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Tempat ini juga merupakan tempat berrekriasi di hujung minggu bersama teman-teman dan keluarga. Memang best luangkan masa dengan kawan-kawan sambil BBQ dihujung minggu.

Namun pada tahun 2020, Gua Kelam 2 telah dibuka kepada orang ramai melakukan aktiviti adventure menerokai jauh ke Gua Kelam 2. Kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk explore dengan menyeluruh ke dasar gua. Banyak tinggalan sejarah yang ada di sini dan ada diantaranya masih belum diterokai lagi.

Sejarah pelombong biji timah di Gua Kelam 2 ini juga cukup menarik minat aku dan sesekali timbul juga perasaan seram dalam diri apabila mendengar cerita dari tourist guard. 

Untuk masuk ke dalam Gua Kelam 2 ini korang perlu daftar dan perlu mempunyai kelulusan oleh pihak Gua Kelam dan perlu ada pegawai pelancongan untuk masuk di dalam gua disebabkan bentuk gua dan keadaan gua yang gelap boleh mengelirukan anda. Bagi mengelak dari sesat korang tidak dibenarkan masuk sendirian tanpa pengawai yang menemani. 

Pada masa akan datang mereka juga akan membuka laluan Gua Kelam 3 di mana laluan semakin mencabar dan melibatkan laluan air. 

Banjaran Nakawan, dalam tu lah Gua Kelam 2, ada Flying Fox juga

Fakta: Gua Kelam 2, terletak di Banjaran Nakawan, Kaki Bukit, di sini merupakan salah satu tempat bersejarah terpenting kerana menjadi satu-satunya gua di negara ini yang pernah dijadikan kawasan perlombongan.

Restoren Tok Mek

Restoren Tok Mek

3 Jam habiskan masa tracking di dalam Gua, kami singgah sebentar untuk makan tengah hari di Restoran Tok Mek untuk makan tengah hari.

Perlis begiru popular dengan hidangan nasi campur di waktu tengah hari, ada banyak restoran di sekitar Perlis yang korang boleh singgah untuk mereka yang mahukan nasi campur dengan beraneka lauk pauk yang disediakan. Salah satunya adalah Restoran Tok Mek yang terletak di Jalan Kaki Bukit.

Lokasi Restoran Tok Mek ni lebih kurang 20 minit ke Padang Besar. Dekat area Beseri (tepi jalan dan berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh )

Alamat: KM 17, Jalan Kaki Bukit, Kampung Padang Malau, 01000 Kangar, Perlis

Pesta Angin Timur 2020 (PAT 2020) – Hari 2

Pertandingan Menangkap Itik
Pertandingan Mengail Cili Padi

Kembali semua di Tapak Pesta Angin Timur setelah berehat dan kasi fresh diri sendiri dekat hotel. Almaklumlah dah 3 jam bergelumang dalam gua kan. Badan pun dah rasa macam biji timah dah ni.

Di hari kedua kami di PAT 2020 kami dihidangkan dengan pelbagai permainan tradisional dan tarian yang cukup memukai. Walaupun aku sejenis manusia yang lahir pada Era baru, aku tetap enjoy dengan persembahan yang begitu hebat oleh mereka yang terlibat.

Antaranya adalah Persembahan Gendang Terinai dan Persembahan Penglipurlara Awang Batil.

Korang mesti tak tahu kan persembahan ni macam mana. Kalau nak tahun jangan lupa dapat PAT akan datang. Panglipurlara Awang Batil ni kalau tak silap aku pada zaman dahulu ianya di persembahkan oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti wanita namun disebabkan oleh agama yang melarang lelaki menyerupai wanita, untuk tarian mereka mengambil orang perempuan. Dia kira macam wayang kulit versi utara Malaysia lah kot.

Bagi permainan yang ada ini cukup menarik, walaupun cuaca di Perlis ketika itu cukup panas namun ianya tidak sedikit pun menghalang penduduk Perlis menyertai pertandingan yang diadakan. Antaranya adalah Pertandingan Menyerkap Ikan, Pertandingan Menangkap Itik dan juga Pertunjukan Kayuh Gerek Atas Titi.

Pada hari kedua juga berlangsung Majlis Perasmian Pesta Angin Timur Perlis 2020. PAT merupakan karnival tahunan bagi negeri Perlis. Pesta Angin Timur ini adalah program pelancongan budaya daripada sembilan program yang diadakan di peringkat negeri bagi merancakkan lagi Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dr Noor Zari Hamad berkata, Pesta Angin Timur (PAT) yang memasuki edisi kelapan ini merupakan salah satu program di bawah kalendar pelancongan budaya dan bertujuan untuk menyerlahkan lagi keunikan seni budaya setempat sebagai salah satu produk pelancongan.

Matlamat utama pesta ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara penduduk setempat dan kerajaan dan ianya juga dapat membantu meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan melalui aktiviti jualan.

Hannah Cookies Coffeehouse

Sebelum pulang ke hotel kami singgah sebentar untuk makan malam di Hannah Cookies, siapa kata kat Perlis tak ada tempat hipster? Perlis dah maju kot sekarang.

Sesuai dengan banner yang selalu menjamu mata aku ketika belajar di Pelis 10 tahun dahulu “Perlis Maju 2020”. Kalau tak percaya silalah datang ke sini. Agaak ramai orang dekat sini, menu dia pun perghhh serius kau tak tipu sedap gilerrr. Korang kena try!

Kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta.

  • Alamat : Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
  • Tel: 04-976 2790

#TAMBAHAN

Kangar Street Art

Jika korang ada masa singgahlah sebentar di Kangar Street Art, ianya hasil 80 mural dari anak muda tempatan. Menjadikan dinding lorong belakang bangunan usang di tengah bandar ini sebagai ‘kanvas’, semua mural itu dipersembahkan dengan kreativiti tersendiri untuk menampilkan tarikan serta keunikan yang selama ini sinonim serta menjadi identiti Perlis. 

Nat Pokok Getah, Pauh         

Hari terakhir sebelum kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami sempat ke Nat Pokok Getah yang terletak di Pauh, Nat Pokok Getah merupakan sebuah pasar sehari yang bertapak di kawasan ladang pokok getah.

Memang rare sangat bagi aku yang dah lama tak pernah pergi pasar pagi. Apa yang ada kat sini? Fuhh macam-macam beb ada kat sini. Banyak benda yang ko tak pernah tengok pun ko boleh jumpa dekat sini.

Salah satunya adalah barang antik dan duit syiling Malaysia sebelum merdeka lagi. Korang pun mesti tak pernah tengok rupa dia macam mana kan ?

Korang kalau nak pergi sini sila pergi di awal pagi ya! Sebab kat sini kalau korang datang lewat korang sah tak kan jumpa parking dan orang ramai gile. Kalau nak sarapan pagi sini pun boleh tapi macam aku kata korang kena datang awal pagi. Jam 8 pagi tu korang dah kena sampai dah.

Dah alang-alang singgah sini aku bawa balik kopi Perlis jenis timbang tu dan juga daun rokok dan tembakau sebagai buah tangan dari Perlis. Buah mangga kat sini pun murah-murah weh. Aduhh tak leh tahan rasa macam nak pergi lagi.

Pesta Angin Timur 2020 (PAT 2020) – Hari 3

Pesta Angin Timur 2020 (PAT 2020)

Memandangkan trip kami kali ini untuk merasai PAT 2020, kami singgah sebentar tengok apa aktiviti di hari terakhir. Sewaktu kami tiba aktiviti yang sedang rancak berlangsung adalah jom belajar Tarian Terinai, Jom santai Karaoke dan juga Persembahan Gendang Terinai.

Hari ketiga agak panas, jadi kami tak dapat nak stay sampai habis memandangkan perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur masih lagi belum bermula.

Anjung Keli

Anjung Keli

Sebelum pulang memang kami singgah di Anjung Keli, memang tak sah kalau datang Perlis tak singgah makan di sini. Kira tempat ini adalah tempat aku datang makan pada hujung minggu semasa menjadi pelajar unimap satu ketika dahulu. Makanan masih lagi banyak dan kawasan pun dah bertambah besar.

Begitulah dah kenyang perut kami terus bertolak bali KL, tamat sudah kembara jejak Perlis kali ini. Boleh dikatakan, trip kali ini adalah trip kembali ke zaman dahulu.

Kadang-kadang aku tersenyum sorang diri tatkala memori menjadi seorang pelajar terlintas di fikiran. 6 tahun di Pelis dan di sinilah banyak mengajar aku erti kehidupan. Kita tak perlu mewah dan maju untuk hidup gembira.

Perlis 2020

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge