Dah lama tak update, seriously aku banyak terfikir nak menaip kat sini tapi itulah hanya terfikir tapi bila on laptop mood nak menaip terus hilang macam tu je. Sejak aku kerja sebagai professional editor nak menulis pasal diri sendiri pun dah malas.

Sejak PKP bermula pada 18 Mac 2020 hidup aku dan aku rasa ramai yang terlibat mula hilang sinar. hahah

Yelah asyik duk rumah je dah tak boleh hidup kat luar macam biasa. Dah tak leh lepak dekat mamak sampai pagi (ok yang ni sejak habis belajar dah lama tak buat).

So, basically dalam PKP ni ada masa aku kerja dari rumah dan banyak tidur jer lah. Productivity memang kurang. Yang aku perasan benda ni bukan masa PKP start tapi sejak tahun 2018 hidup aku macam makin malap sinarnya. Ya aku berjaya habiskan Master aku dalam sepanjang tahun 2017-2019, masih lagi travel dan masih lagi kerja untuk tampung perbelanjaan tapi untuk kepuasan diri sendiri aku rasa macam ada benda hilang dari hidup aku. Aku pun tak tahu apa yang hilang mungkin juga Hidayah dari Allah.

Sejak 2018 juga aku dah tak mula excited nak improve hidup aku ke tahap yang lebih baik, atau aku mungkin dah capai satu peak yang paling tinggi aku boleh sampai dalam mendaki hidup ini dan aku mula nampak peak lain yang berada di keliling aku.

Pendek kata, aku dah tak excited nak travel, nak kerja dan nak buat sesuatu perkara dalam hidup ini.

Ehtahlah I Dont Know…

Maybe one day i hope my life become normal one day. Fuh macam tak percaya aku update benda ni dekat blog, mungkin juga aku rasa blog ni tak der orang baca sekarang sebab tu aku rasa macam berani nak share benda personal sekarang. Well at least aku rasa sikit positif pasal blog ni.

Buat masa ini aku hanya mampu tengok je dulu apa yang berlaku. Aku rasa mungkin aku akan mula direction baru dalam kerja profesional kot. kerja sebagai editor mula buat aku rasa hilang identiti dan ianya bukan bidang pilihan aku pada mulanya.

******

I’ve done so many mistake in my life that effected me now a day. From the outside people may think i have a perfect life, i have everything, i achieved so many thing but people dont know what im feel inside. Everyday im fighting to move on, fighting to life without any regret and until now im still fighting dan searching what the peace im missing in my life.

Hurm dah makin panjang, biarlah sampai sini dulu nanti aku cerita lagi…

Selamat berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri, andai ini post terakhir aku, aku panjangkan seribu kemaafan buat semua jika ada silap aku samaada sengaja atau tidak sengaja. Bye!

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge