Cari Kerja First Atau Beli Kereta Dahulu? Ini Tips Untuk Graduan Muda!. Masa aku mula-mula grad Diploma dulu aku tak fikir pun nak kerja atau nak beli kereta. Masa tu aku fikir nak sambung Degree je, lepas dapat degree baru fikir pasal kerja dan kereta serta rumah. Sebelum habis degree aku bernasib baik sebab ditawarkan kerja sebagai Sistem Engineer sebelum habis final exam lagi. Tapi masa ni pun aku tak risau sebab aku dah berjaya beli kereta masa tahun 2 degrre. Rahsianya aku start dulu side income dengan blog ini pada tahun 2 diploma. Tahun 2 degree baru dapat beli kereta dengan blog ini.

Now Alhamdulillah aku dah grad Master UPM tahun 2019.

So guys buat graduan muda yang baru dapat kerja ini some tips untuk beli kereta.

Tidak dinafikan memiliki kenderaan sendiri memberi kelebihan untuk pergi dan balik kerja. Melainkan lokasi pekerjaan anda mempunyai sistem pengangkutan yang baik, sudah tentu menggunakan pengangkutan awam lebih mudah.

Bagi mereka yang telah mempunyai kenderaan misalnya motosikal ‘kapcai’, ini pun cukup melegakan. Termasuklah jika menggunakan kereta milik bapa walaupun telah berusia, itu pun dikira bersyukur kerana tidak perlu keluar duit membeli kereta baharu.

Sebenarnya, ada tips mudah sekiranya graduan atau pelajar sekolah berhasrat memiliki kenderaan sendiri apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Bukan membeli nombor ekor atau menyertai skim cepat kaya, tetapi menabung. Sekiranya anda menabung RM100 setiap bulan, dalam tempoh tiga tahun jumlah simpanannya sebanyak RM3,600. Jumlah ini cukup sebagai ‘duit muka’ membeli kereta Perodua Axia atau Proton Saga baharu jika harganya sekitar RM36,000. Kiraan ini berdasarkan anda mampu membayar ansuran bulanan mengikut slip gaji.

Kalau menyimpan RM150 sebulan, jumlahnya pula RM5,400. Jika memilih kereta sama, lebihan wang sebanyak RM1,800 boleh digunakan untuk duit minyak dan lain- lain keperluan kecemasan, misalnya menghantar kereta ke bengkel untuk servis nanti.

Boleh juga membeli sebuah motosikal baharu pada harga sekitar RM4,000 secara tunai dan anda tiada komitmen hutang. Dengan cara ini, wang gaji nanti boleh diasingkan untuk membuat tabungan lain pula.

Bagaimana hendak mencari wang untuk menabung? Itu terpulanglah pada perancangan kewangan masing-masing, misalnya melakukan kerja sampingan atau berniaga online. Boleh juga menyimpan wang kocek yang
diberi keluarga secara berdikit-dikit.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge