Tidung Island atau Pulau Tidung merupakan salah satu pulau yang terletak di dalam gagasan seribu pulau di utara Jakarta.

Kebanyakkan pulau-pulau di sini tidak berpenghuni dan kemudahan untuk pelancong agak kurang, namun dalam kekurangan ini jugalah dapat menjaga ekosistem pulau ini untuk kekal indah tanpa pembangunan masa kini.

Walaupun tanpa sebarang kemudahan untuk pelancong, pulau ini kian mendapat tempat dalam kalangan pelancong dalam mahupun luar negara. Dengan jarak hanya 1.5 jam menaiki ferry dari Jakarja, Pulau Tidung kini telah menjadi tumpuan mereka yang mahukan percutian pulau yang masih “dara” dari sebarang pencemaran akibat ekosistem pelancongan.

Bagi pelancong yang datang ke pulau ini, terdapat pelbagai aktiviti yang korang boleh lakukan sepanjang berada di Pulau ini. Antara aktiviti yang cukup popular adalah snorkeling, banana boat serta diving.

Buat kaki selam pula, diving di pulau yang masih lagi belum tercemar ini pastinya menjanjikan pengalaman aktiviti bawah air yang cukup berbeza. Pelbagai spesis hidupan laut dan batu karang yang belum terusik mampu menjadikan aktivti diving korang berbaloi.

Di pulau ini juga terdapat sebuah kampung tradisional yang cukup popular dan unik untuk dijelajah. Malah korang juga berpeluang untuk menginap di kampung tradisional ini supaya boleh menikmati pengalaman berada di Pulau Tidung dengan lebih dekat di hati.

How to get to Tidung

Untuk ke Pulau Tidung korang boleh menaiki speed boat dari Ancol. Bot dari pelabuhan Ancol ini akan bermula seawal jam 8 pagi dan hanya mengambil masa selaama 1 jam 30 minit sahaja. Harga tiket kalau tak silap aku lebih kurang Rp. 150,000 weekends dan 125,000 week days. Tiket boleh dibeli di kaunter jeti Ancol.

Tips: Korang hanya boleh bawa luggage max 10kg sahaja. Kalau lebih diroang akan charge lain. 5kg untuk Rp20,000. Satu lagi korang kena bayar lagi Rp25,000 per person kepada mereka yang bertugas di jeti Ancol Marina.

Selain itu, korang juga boleh ke Pulau Tidung melalui jeti Kali Adem Muara Angke. Speed boat ini akan bertolak pada jam 8.15am dari jeti Kali Adem. Harga tiket 110,000 per person.

5 Things to do on Tidung Island

Beriku aku kongsikan 5 aktiviti yang boleh korang buat di Pulau ini.

  • #1. Snorkeling or Diving trip
  • #2. Jump off Jembatan Cinta
  • #3. Sunset Beach
  • #4. Fishing
  • #5. Dolphins sightseeing

Tanjung Lesung

Selain Pulau Tidung, Tanjung Lesung juga merupakan salah satu lokasi yang cukup menarik untuk bercuti. Dengan keindahan pantai yang memutih dan masih lagi dijaga elok pastinya destinasi ini boleh membuatkan percutian korang sangat tenang.

Sesuai bagi sesiap yang ingin tenangkan fikiran dari hirup piruk kota yang mengganggu emosi. Sebagaimana Pulau Tidung, Tanjung Lesung pasti menjanjikan satu pengalaman percutian yang berkualiti, itu pun kalau korang sejenis yang menghargai alam sekitar.

Tanjung Lesung terletak di Timur Java Indonesia dan merupakan lokasi percutian berhampiran dengan Mt Anak Krakatu. Kalau korang bercadang nak lihat dari dekat Mt Anak Krakatu bolehlah datang ke sini.

Berbeza dengan Pulau Tidung, di Tanjung Lesung terdapat banyak resort mewah dan antara percutian popular sebagai destinasi bulan madu di Indonesia.

Get There

Kalau dari Malaysia korang boleh ambil penerbangan ke Jakarta. Dari Jakarta untuk ke Tanjung Lesung sejauh 160KM kalau korang nak drive. Kalau korang tak nak drive boleh naik public transport atau bus. Kalau naik bas boleh stop dekat Labuan Bus Station, dari situ boleh ambil Ojek ataupun sewa motor ke Tanjung Lesung.

5 Things to do on Tanjung Lesung

  • Coral Reef Cultivation
  • Fishing
  • Watch the fire dance show
  • Rileks and enjoy the nature

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge