Danau Toba atau Lek Toba  meruapakan salah satu tasik semula jadi terbesar di Indonesia. Pelbagai kisah dan misteri pernah kita dengar tentang tasik ini. Jika korang berpeluang ke sini cubalah tanya-tanya penduduk tempatan tentang danau toba, nescaya korang akan impress dengan fakta serta kisah di sebalik tasik yang begitu indah ini.

Jika ke Danau Toba, aku sarankan korang boleh buat aktiviti yang aku cadangkan di bawah ini. Walaupun bukanlah satu destinasi yang membangun, disebabkan keadaan persekitaran yang cantik dan pemandangan yang memukau, korang tak akan perasan pun. Lebih banyak menghabiskan masa menikmati pemandangan dan keindahan ciptaan Tuhan ni.

Di Danau Toba, ada satu pulau yang dipanggil Pulau Samosir, dan dekat sini, pemandangan dia memang lain macam.

#1. Melawat Perkampungan Batak

Antara perkara yang famous korang boleh buat dekat Danau Toba disebabkan mudah untuk diakses adalah melawat sebuah Perkampungan Batak Purba yang terletak berdekatan dengan Kampung Ambarita.

Ambarita terletak kurang lebih 5 kilometer daripada Tuk-tuk kalau ikut jalan utama lah. Korang boleh ke tempat mesyuarat yang digunakan oleh Raja setempat disitu yang dibuat menggunakan batu. Ala-ala stone table dalam Narnia lah mungkin.

#2. Melawat Mata Air Panas

Kawasan air panas terletak di tepi Pulau Samosir. Bertentangan dengan Tuk-tuk dan diluar sikit daripada Panguruan, kawasan tempat tinggal terbesar di Pulau Samosir ni. Tapi, kat sini tak boleh mandi. Satu sebab airnya terlalu panas. Dua, bau sulfur disini terlalu kuat dan berbahaya jika dihidu dalam masa yang lama.

Mungkin sekarang dah ada kawasan yang didirikan untuk mandi.

Kalau menaiki motorsikal (perlukan skill yang power), korang boleh melalui jalan yang agak mencabar untuk ke puncak dan ke ‘punca’ air panas tersebut. Dekat sini jugak, korang boleh dapat pemandangan Danau Toba dari atas yang sememangnya cantik.

p/s: Katanya gambar dekat sini paling cantik!

#3. Melawat Muzium Batak

15 kilometer dari Tuk-tuk, terdapat Muzium Batak. Menariknya, Muzium ini pada asalnya ialah rumah tradisi kepunyaan Raja pada zaman dahulu dan diubahsuai menjadi Muzium Batak. Walaupun tak berapa besar, kalau nak belajar lebih lanjut tentang suku kaum Batak ni, boleh lah ke sini.

Katanya, ada juga persembahan tarian tradisional yang diadakan disini pada jam 10.30 pagi.

#4. Samosir Island

Pulau ni berada di tengah-tengah Danau Toba. Keluasan dia macam Singapura. Kat sini agak tenang biasanya kalau datang ke Toba mereka akan stay di pulau ini. Banyak guesthouse area sini. Nak masuk boleh melalui jalan darat ataupun ferry. Nak cepat naik ferry, nak enjoy the view boleh drive.

#5. Memandu Sekitar Pulau

Kalau nak adventure, sewa motor dan bertolak awal pagi. Memang korang akan menyaksikan sesuatu yang tak dapat nak digambarkan. Kalau korang nak pengalaman yang ‘genuine’ cubalah, korang akan nampak kehidupan seharian orang tempatan.

Dari segi pemandangan, boleh tengok gereja lama dan jugak pemandangan gunung berapi. Untuk memandu di Pulau Samosir, katanya pihak berkuasa sana tak selalu check, jadi bawak ajelah. Cuma patuhi undang-undang tempatan. Jangan buat perangai driver Malaysia kat sana.

#6. Tengok Tasik Dalam Tasik

Cari Danau Sidihoni. Kalau nak diikutkan, memang sangat ‘rare’ ada tasik yang macam ni. Walaupun perjalanan ke sini agak mencabar, tapi percayalah, ianya berbaloi.

Naik motorsikal (jalan mencabar) antara Ronggumihuta dan Partungkoan, kemudian korang kena hiking sikit. Kalau sesat, tanyalah orang kat sana.

#7. Tenunan Tradisional

Di Buhit, salah satu perkampungan kecil di sini merupakan rumah kepada penenun tradisional yang membuat pakaian tradisional Batak yang digunakan untuk ritual ataupun tarian.

Dari segi lokasi, Buhit ni terletak di Utara Tuk-tuk, sebelum sampai di Panguruan dan kawasan air panas.

#8. Tele

Tempat ni kena ke Pulau Simosir dengan kereta. Kalau naik Ferry memang tak nampak lah sebab atas bukit. View kat sini memamg cantik gila. Kalau bergambar kat sini background dia macam lukisan kot. Satu lagi aku nak pesan kat atas ni sejuk sangat. lebih sejuk dari genting. Angin pulak kuat. Cuaca dekat Silangit Airport pun boleh tahan sejuk. Walau cuaca panas tapi angin dia sejuk. Rasa macam dekat Cameroon pun ada.

Tempat lain-lain tu banyak tentang sejarah, paling aku tertarik sejarah macam mana datangnya Islam di Toba ni. Walaupun majority bukan Islam namun di sini banyak juga masjid. Lagi satu kalau nak makan makanan di tepi jalan sila hati-hati. Pilih kedai betul-betul sebab orang kat sini makanan favourite adalah sejenis binatang berwarna pink.

Satu lagi aku nak pesan, makanan kat sini sedap-sedap. Kalau korang yang suka makanan pedas memang aku katanya ini tempat korang. Ada satu kedai kat sebelah airport tu sedap.

Itu antara 8 aktiviti yang korang boleh buat jika bertandang ke Danau Toba. Artikel ini dihasilkan dengan kerjasama dari Wonderful Indonesia.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge