Selepas seminggu penat kerja apa salahnya manjakan diri dengan weekend getaway bagi luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga kan. Nak buat trip weekend getaway ni tak perlu pun spend banyak duit atau habiskan masa travel jauh-jauh. Cukuplah pergi yang dekat-dekat jer.

Sesekali boleh cuba bercuti di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur, percayalah feel stay dekat hotel di KL dan pergi kerja dekat KL beza banyak tau. Lagipun kalau yang ada anak kecil tu boleh bawa anak-anak berjalan dekat sekitar KL ni banyak je tempat best dan bermanfaat korang boleh bawa budak kecil.

Ini tak hujung minggu je bawa anak-anak dekat shopping mall, tahulah Malaysia ni banyak shopping mall tapi banyak lagi tempat yang boleh pergi kot. Ada Pusat Sains Negara, KL Bird Park, Planetarium Negara dan banyak lagi.

Jadi, baru-baru ni aku sempat luangkan weekend getaway selama 2 hari 1 malam dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC. Saja tetiba teringin pula nak jadi orang KL kan. Ramada Suites ni terletak di Bukit Ceylon, KL. Teringat dulu-dulu masa aku fresh grad kerja pertama aku dekat sini lah, then company bagi rumah dekat Kondominium Bukit Ceylon. Banyangkan, dah lah aku datang dari negeri kayangan Perlis, pastu kerja pertama dekat Bukit Bintang dan tinggal pun dekat Bukit Bintang.

Masa tu aku masih suci lagi, tak berani nak explore tempat menarik sekitar Bukit Bintang ni, yang aku tahu adalah laluan jalan kaki dari rumah ke office. Lepas tu dekat kawasan ni banyak kedai makan melayu yang murah-murah. Boringkan hidup aku yang dulu.

Selepas 5 tahun, aku kembali lagi menginap satu malam dekat Bukit Ceylon, banyak perubahan dekat kawasan ni, bangunan yang dalam pembinaan dahulu sudah siap sepenuhnya. Hotel dekat kawasan ni pun dah banyak bertukar nama.

So, selama 2 hari dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC, aku jadi city boy lah. Banyak sebab kenapa aku pilih nak stay di sini sedangkan banyak lagi hotel dekat sini. Salah satunya adalah lokasi.

Stay dekat sini aku tak payah nak drive sebab public transport banyak ada LRT, MRT bagai. Lagipun nak ke Bukit Bintang dan Pavilion just jalan kaki je.

Tujuan aku weekend getaway kali ni sebenarnya aku nak rehat je. Rutin harian aku selepas check in jam 2 petang adalah lunch dulu dekat Hugo’s KL! Hugo’s KL ni dekat lobby Suites ni jer, malas pulak aku nak jalan jauh. So dah segalanya ada dekat area Suites ni, aku tak perlulah keluar mana-mana untuk hari pertama. Dekat Hugo’s KL! waktu malam paling meriah weh. Baru rasa duduk dekat Bukit Bintang kan.

Petang tu aku lepak je dalam bilik sementara tunggu cuaca redup sikit nak mandi swimming pool. Paling best bilik dia jenis service apartment, so feeling dia pun rasa macam dekat rumah jer tapi rumah sebelah KLCC, ko ado?

Waktu malam, aku dinner dekat area sini jer, lepas tu sempat singgah Pavilion sekejap sebab dah lama tak pergi, saja nak tengok suasana tempat orang kata mall paling mahal di Malaysia.

Sebelum tidur, macam biasa kalau malam minggu aku lepak minum dekat Hugo’s KL dengan member. Best juga lepak kat sini sebab meriah satu hal, then makanan dia pun boleh tahan dan paling penting harga dia berbaloi dengan apa yang di serve kan. Seriously harga dia tak begitu mahal.

Dekat Hugo’s KL korang boleh dapat makanan traditional Malaysia, masakan Indian dan ada juga western. Paling best kat sini ada live performance tau, pada hari rabu, khamis dan jumaat bermula jam 8.30 malam. Boleh dikatakan Hugo’s KL adalah salah satu lokasi nak chill out di KL terutama pada waktu petang selepas penat balik dari kerja. Sementara tunggu jammed tu leh lepak sini dulu.

Buffet Breakfast:

  • 07:00 am – 10:30 am (Monday to Friday)
  • 07:00 am – 11:00 am (Weekends)
  • Operation Time: 07:00 hours – 01:00 hours
  • Room Service: 12:00 hours – 22:00 hours

Rooms

Dari segi keselesaan memang tak dapat dinafikan ianya mencapai standard aku sebagai seorang traveler yang sangat fussy terutama dalam bab penginapan. Feeling bila mula melangkah ke lobby lagi aku dah rasa macam rileks not too serious mungkin sebab ada Hugo’s KL di lobby kot.

Bila masuk bilik pula, ada rasa luxury gittew. Aku stay dekat bilik jenis Studio Executive King, agak luas jugaklah dalam 42sqm. Design dia aku suka ada ciri-ciri earthy yang melambangkan kemewahan. Bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king, balcony, ruang dapur, Microwave, peti ais, Dining table, Extra bed, Desk, Toaster.

Selian itu, ada High speed Internet access, 50-inch LCD television, Air-conditioning, Toiletries.

Overall aku puas hati stay dekat Ramada Suites by Wyndham KLCC. Tidak hairanlah Hotel ini berjaya dinobatkan Best 4-star hotel in KL City Centre oleh Malaysia Tourism Council 2018. Manakala di Asia Pacific Travel and Tourism Federation 2019 hotel ini berjaya meraih Best Business Class Hotel in KLCC.

Selain itu ada juga bilik jenis:

  • Studio Executive Suite
  • 2 Bedroom Executive
  • Studio Family Quadruple
  • Studio Family Triple

Facilities & Services

  • Meeting and Function rooms on site
  • Complimentary high-speed Wi-Fi in the rooms and lobby area
  • 24-hour Gymnasium
  • Infinity Swimming Pool
  • Self-service Laundrette
  • Security and Front Office – open 24 hours
  • Car rental services

Address:

Ramada Suites KLCC | No 1, Lorong Ceylon, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur, 50200, Malaysia

Jika berminat nak stay sini korang boleh tempah melalu booking.com, agoda dan laman web seangkatan dengannya. Boleh layari ramadaklcc.com untuk info lebih lanjut.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge