Filem Harry Potter tidak perlu lagi aku kenalkan, Sejak dari darjah 6 aku mula obses dengan Filem Harry Potter ni. Masa tu aku tengok filem pertama iaitu Harry Potter and The Sorcerer’s Stone, then sejak tu teringin nak bersekolah asrama. Macam dapat bayangkan dapat kawan-kawan baru lepas tu belajar magic dengan dapat terbang. Masa itu hari-hari aku rasa aku asyik berangan dapat pergi ke Hogwarts Castle.

Antara banyak-banyak filem Harry Potter, filem pertama banyak memberi kesan pada aku. Sebab masa ni aku masih kanak-kanak so dapatlah aku relate dengan hidup aku. Dari tahun ke tahun boleh dikatakan aku membesar dengan filem Harry Potter sampailah filem terakhir. Tapi still tak leh move on bila dah tamat, nasib baik diorang sambung filem Fantastic Beasts. Dapatlah lepaskan rindu dengan Hogwarts Castle.

Tahun ni bila aku dapat offer untuk ke Universal Studios Japan (USJ), aku memang excited gila sebab masa tu aku hanya terbayang nak gi Hogwarts Castle je. Dah sampai sana aku mula bayangkan dapat pakai jubah Gryffindor, lepas tu pegang wand sambil cast spells Avada Kedavra, Expecto Patronum, Wingardium Leviosa dan banyak lagi lah. Rasa macam berada dalam mimpi jer.

Jadi tibalah masanya aku jejakkan kaki ke Universal Studios Japan. Aktiviti aku pada hari tu start dengan One Piece Water Battle, Minion Park area, The Wizarding World of Harry Potter, Water Surprise Parade dan The Wizarding World of Harry Potter sekali lagi sebab tak puas gi sekali je. Haha dapat wander dekat Hogwarts Castle tanpa buat aktiviti pun aku dah rasa best dah.

Trip kali ini aku gi selama 4 hari 3 malam, hari ketiga memang kitaorang plan nak habiskan masa satu hari full dekat USJ. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai dekat gate dah, hari tu hujan renyai-renyai, nasib bawa baju hujan dan ada staf USJ yang bagi payung.

Kalau korang nak baca cerita penuh aku 4 Hari 3 Malam dekat Osaka boleh baca dekat sini 4H3M Percutian di Universal Studios Japan, Kyoto Dan Nara Bersama KKday Malaysia.

Lepas ke Minion Park area, baru aku masuk ke The Wizarding World of Harry Potter. Sebaik sampai dekat pintu nak masuk tu, korang akan dengar bunyi yang seakan familiar sangat, bunyi hutan dengan kicauan burung-burung. Masa tu memang dah seronok sangat dah.

Memandangkan sebelum ke sini aku ke Minion Park, jadi barang-barang dari dunia tu aku tak boleh bawa masuk sebab dunia lain-lain nanti boleh kill mood ke Hogwarts.

Ok sebelum tu, korang kena tahu nak main aktiviti dekat sini bukan mudah ye. Salah satu sebab adalah orang ramai. Ko kena beratur panjang gila kalau nak join diorang punya aktiviti. So aku sarankan korang beli express pass Universal Studios Japan dekat KKday. So korang tak payah nak beratur panjang-panjang.

Aku nak cerita secara detail tak boleh sangat nanti spoiler pulak kan. So apa yang aku boleh bagi tahu adalah bila korang masuk tu korang akan mengimbau kembali filem pertama Harry Potter. Macam mana diorang sampai pertama kali dekat Hogwarts, ada kereta api semua tu. Just wow. Lepas tu suasana musim winter pula memang perghh. Gila best kot. Memang terasa lah berada dengan dunia magic.

Source: https://harrypotter.fandom.com/wiki/Harry_Potter_and_the_Forbidden_Journey

Aktiviti utama yang korang wajib cuba di sini adalah Harry Potter and the Forbidden Journey, aku ni sejenis penakut nak naik roller coaster tapi untuk Harry Potter and the Forbidden Journey aku excited gila. Rasa macam korang main Quidditch. Hahah Sumpah korang kena try. Masa ride ni korang akan jumpa watak-watak dalam filem Harry Potter yang pertama.

Selain ni, banyak lagi game yang ada tapi tak sempat nak join semua, so aku lepak dekat luar sambil minum Butterbeer berlatarbelakangkan Hogwarts Castle. Memang tak sah kalau ke Harry Potter World tak minum Butterbeer dan melekat dekat misai. hehe

Ha korang juga boleh sewa jubah 4 rumah diorang. Aku aim nak pakai jubah Gryffindor tapi masa tu ramai sangat pakai jubah Gryffindor so aku tukar pakai jubah Slytherin. Warna hijau pun macam sesuai pulak dengan aku.

Lepas dah minum, aku lepak gi jalan-jalan dekat kedai yang jual Wand dan souvenir Harry Potter. Masa ni aku terbanyang scene Rubeus Hagrid bawa Harry Potter beli kelengkapan sekolah sihir. Ada jual burung hantu, kayu magic dan scarf. Tapi tak adalah jual real burung hantu. Cuma ada pertunjukan dan korang boleh bergambar dengan burung hantu juga.

Pada waktu petang akan ada muzikal Harry Potter. So korang boleh tengok diorang berlakon secara live.

Selebihnya aku just lepak dekat sini sampailah jam 6 petang. Serius aku puas hati sangat dapat datang ke sini. Korang kalau peminat Harry Potter kena datang ke sini sekali seumur hidup pun tak apa.

Cuma barang souvenir kat sini boleh tahan mahal. Aku dapat beli gelas besi yang diorang minum dekat Hall tu je bawa balik sebagai kenangan.

Terima Kasih kat KKday Malaysia kerana bawa aku ke Osaka kali ini. Cukup berbaloi! Sekali lagi korang kalau nak beli tiket ke USJ boleh beli dekat KKday dan jangan lupa layari www.kkday.com untuk pelbagai promosi menarik.

Tips Ke Universal Studios Japan!

  • Beli express pass sebelum ke Osaka
  • Datang seawal mungkin.
  • Sediakan baju lebih
  • Rancang permainan yang korang nak singgah
  • Makanan dan souvenir agak mahal, jadi jaga bajet anda
  • Kalau bawa anak-anak, tolong awasi mereka setiap masa
  • Elakkan datang pada musim cuti atau hujung minggu
  • Penginaapan boleh ambil airbnb sekitar USJ
  • Kalau datang musim luruh atau sejuk sila bawa payung

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge