Bagi si ‘kaki travel’, perkara wajib yang memang korang kena buat sebelum terbang bercuti tentulah menukar duit Ringgit kepada mata wang asing negara yang akan dilawati, kan?

Berikut senarai lokasi untuk tukaran mata wang asing atau ‘money changer’ yang popular dengan kadar termurah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1. My Money Master, Midvalley

Kalau sebut pasal nak tukar duit asing, money changer ini mesti terus tergambar dalam fikiran mana-mana kaki travel sebab ia antara yang menawarkan rate termurah. Terletak di LG040- Centre Court di pusat beli belah Midvalley, kedai ini selalu dipenuhi orang yang beratur panjang walaupun kadang-kala hingga 5 kaunter terpaksa dibuka. Paling cepat habis di sini adalah tukaran mata wang Riyal dan USD!

2. MV Forex, Midvalley

MV Forex ini selalunya menjadi pilihan kedua sekiranya pelanggan malas untuk beratur panjang di My Money Master kerana ia terletak bersebelahannya sahaja. Tapi, tukaran di sini tak kurang murahnya juga. Jadi ikut koranglah mana yang berkenan di hati, ok!

3. Vital Rate, Pavillion

Sebenarnya Vital Rate ini juga terdapat banyak cawangan lain seperti di Suria KLCC, Sungei Wang Plaza dan KL Sentral, tapi kadar tukaran di cawangan Pavillion dikatakan paling murah dan terbaik. Ia terletak di Aras 1, Lot 1.24.00.

4. Max Money, Sungei Wang Plaza

Max money ini juga ada beberapa cawangan seperti di Maluri, Midvalley dan Port Klang. Tetapi, di Sungei Wang Plaza ini juga yang dikatakan menawarkan tukaran paling murah dan ia terletak di Aras LG153.

5. Sky Xchange, Jalan Masjid India

Di Jalan Masjid India terdapat banyak money changer, tapi yang paling murah adalah Sky Xchange ini. Ia sederet dengan kedai-kedai yang menjual fabrik dan pakaian serta terletak betul-betul di bawah kedai Pengedar Alat Jahitan Boon Trading.

6. Antara Duit, Avenue K

Kalau sebelum ini cawangan Antara Duit ada di pusat beli-belah Ampang Park tapi sejak bangunan itu dirobohkan, korang boleh pergi ke money changer berkenaan yang kini terletak di Avenue K atau lebih tepat di Lot C7, Concourse Level.

7. Jalinan Duta, NU Sentral

Korang jangan keliru pula sebab Jalinan Duta ini ada 2 iaitu di dalam KL Sentral dan juga di NU Sentral. Tapi kebanyakkan kaki travel lebih gemar menukar wang di cawangan NU Sentral kerana dikatakan lebih murah sedikit berbanding yang di KL Sentral.

8. Global Millenium Trading, IOI City Mall

Bagi siapa yang berada di kawasan Kajang, Bangi dan Putrajaya korang boleh singgah ke IOI City Mall, Alamanda dan cari money changer ini dengan nama singkatannya GMT yang terletak di Aras LG bernombor 43C.

9. Spectrum Forex, Sunway Pyramid

Di kawasan Bandar Sunway juga ada sebuah money changer dinamakan Spectrum Forex yang korang boleh buat tukaran mata wang dengan kadar terbaik dan termurah. Ia terletak di Aras LG2-61. Dekat sini pun boleh tahan orang ramai selalu beratur panjang. Jadi memang kena bersabar sikit la ya!

10. NS Cashpoint, Sentul Boulevard

Ini antara money changer terbaik di kawasan Gombak dan Sentul kerana di sini banyak disediakan note wang kecil untuk kemudahan pelanggannya.

-FKRileklah

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge