Aku dulu-dulu selalu bayangkan lifestyle aku macam ni. Secara teorilah tapi entah kenapa nak buat macam ni bukan benda yaaang mula tapi inilah lifestyle yang aku inginkan sebenarnya.

Untuk memulakan rutin pagi yang sempurna tidak semestinya anda perlu menyarungkan pakaian mahal dan berjenama sahaja. Dengan cara bersederhana pun, rutin pagi anda akan lengkap

Malah permulaan rutin pagi yang baik dapat meningkatkan keyakinan diri agar anda tampil segar, bertenaga, kaca dan nampak smart. Sebelum melangkah keluar dari rumah, pastikan anda lakukan rutin pagi ini.

Jadikan ia sebagai amalan di pagi hari agar anda menjadi lelaki yang ada penampilan sedap mata memandang dan mudah untuk didekati.

Paling penting jangan skip breakfast anda. Ambil makanan yang sihat dan buah-buahan segar. Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein dan bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah-buahan segar, yogurt atau telur dadar bersama sayur-sayuran. Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus segar dan campurkan satu sudu serbuk protein.

Bagi sempurnakan pagi anda, pengambilan kaffen di waktu pagi juga banyak membantu untuk menambahkan tenaga dalaman anda. Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang dapat membantu mengekalkan anda agar sentiasa muda. Menurut kajian, mengambil salah satu daripada minuman ini setiap hari dalam kuantiti yang sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein dapat membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge