Baru-baru ni aku teringin nak bercuti, tapi masalahnya nak travel jauh-jauh macam malas sebab kerja banyak. Jadi destinasi yang aku rasa paling sesuai untuk aku pergi adalah Singapura. Dekat dan happening!

Bagi mereka yang tinggal di lembah klang macam aku ni hanya ambil masa 45 minit sahaja untuk fly dari KLIA2 ke Changi Airport. Tiket pun tak adalah mahal sangat. Kali ni aku fly dengan Silk Air, salah satu penerbangan tambang murah dari Singapore. Walaupun tambang murah, namun ianya sangat selesa. Lagipun 45 minit je kat atas awan biru tu. Nak tidur pun tak sempat.

Mengapa aku pilih Sentosa Island? Haa sebab kat sini happening. Lagipun aku jenis malas nak jalan-jalan sangat. 3 hari 2 malam ni masa untuk aku santai-santai jer. Leisure Traveller di hujung minggu. Biasa orang datang Singapore mesti nak bergambar dekat Merlion tu. Aku malas nak jadi jenis traveller macam kebanyakkan pelancong tu. Jadi aku pilih nak stay di Hard Rock Hotel Sentosa selama 3 hari 2 malam.

Actually banyak aktiviti yang korang boleh buat di Sentosa ni. Tak perlu keluar ke tempat lain. Bagi mereka yang bawa anak-anak datang bercuti di Singapore, memang aku sarankan untuk stay jer di Sentosa ni. Gerenti anak-anak pun suka sebab hanya jalan kaki 5 minit untuk sampai di Universal Studio Singapore (USS). Tempat makan pun banyak dan ada tempat makan halal di sekitar USS.

HARI PERTAMA

Sampai dekat Changi dalam jam 2 petang macam tu kot. Sengaja ambil flight tengah hari sebab kebiasaan check in hotel antara jam 2 – 4 petang. Kira ngam-ngamlah sampai jam 2 petang tu. Pertama kali aku jejakkan kaki di Changi Airport. Serious WoW! Patutlah Changi Airport dinobatkan sebagai Airport terbaik di Dunia. Airport dia pun salah satu tarikan yang menarik di Singapore.

Lepas dapatkan luggage, aku terus di ke Hard Rock Hotel Sentosa by car. Kereta ni pihak Resort World yang sediakan memandangkan aku ke sini atas jemputan diorang sebagai wakil media. Eh kalau diorang tak jemput pun aku still akan datang okay.

Malaysian Food Street
Sate & Nasi Bryani Daging
Nasi Lemak Ayam & Cendol

Dah sampai, dapat kunci bilik, aku isi perut dulu. Sebab lapar beb walaupun 45 minit je flight. Lunch di hari pertama aku adalah Malaysian Food Street dekat USS. Jalan kaki 5 minit dari hotel. Dekat sini macam food court ada banyak jenis makanan yang korang boleh cuba. Untuk Muslim ada 2 kedai halal dekat sini iaitu:

Makanan Halal di Universal Studio Singapore (Malaysia Food Street)

  • Nasi Bryani Ayam & Roti Canai
  • Nasi Lemak Ayam
  • Penang Cendol & Ais Kacang USS (Wajib try!)
  • Rojak Penang
  • Satay

Pilihan aku Nasi Bryani Ayam. Not bad lah taste dia. Memang Malaysian Food. Menurut owner perencah dan menu ni memang dari Malaysia. Portion tak banyak tak sikit. Bolehlah untuk kenyangkan perut. Sebagai desert aku pilih Cendol. Panas-panas ni dekat USS memang sedap pekena cendol beb. Portion cendol dia besar.

Lepas lunch, aku rehat jap! Mandi koolkan badan sebelum mulakan aktiviti aku di Sentosa di hari pertama ini.

Maritime Experiential Museum

Dah macam pedagang zaman moden lak

Jujurlah aku ni bukan sejenis manusia yang minat pergi muzium, tapi i do love History. Lagi-lagi kalau sejarah Asia dan Eropah. Menarik untuk dijadikan sedikit info yang berguna di dalam kepala otak aku ni. Memandangkan Muzium ni terletak dekat dengan hotel, aku tak lepaskan peluang untuk singgah sekejap di Muzium ni. Nak tahu jugalah sejarah apa yang ada dekat Singapura ni. Kita tahu Singapura ni memang antara lokasi penting untuk kapal-kapal berlabuh satu ketika dulu.

Muzium ini dibuka pada 15 Oktober 2011 dan ianya satu-satunya muzium yang ada di Singapura yang menghimpunkan pelbagai journey dan expedisi di laluan terpenting di Asia. Di sini ada disediakan ruang exhibition yang luas dah menarik tambahan pula dibantu dengan pelbagai teknologi canggih (Projection) untuk membantu korang lebih memahami dan menarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah yang di paparkan terutama untuk kanak-kanak.

Maritime Experiential Museum

Kat sini ada satu replika kapal pada zaman dahulu, dan saiz kapal ini sama saiz kapal sebenar dan diperbuat dari kayu tanpa menggunakan paku atau mesin. Orang zaman dahulu buat kapal memang unik caranya. Diorang jahit je menggunakan pelepah kelapa untuk lekatkan kapal sebesar tu. Kapal ini dinamakan Jewel of Muscat. Kapal ini berlayar selama 138 hari dari Oman ke Singapura pada tahun 2010 menggunkan cara lama pelayaran zaman dahulu. Kapal ini juga merupakan hadiah dari kerajaan Oman kepada Singapura.

Ada lebih kurang 12 aktiviti yang aku nak highlight dalam pengembaraan aku di Muzium Maritim ni. Tapi sayang panjang nanti. Jadi aku akan update dalam next artikel.

Jewel of Muscat

Typhoon Theatre juga antara satu pengalaman yang best sepanjang aku di sini. Korang memang kena try. Dapat rasa sendiri berada dalam teater 4D untuk rasa Typhoon memang satu pengalaman yang best. Cuma hati-hati korang akan basah nanti. Cerita dia berkenaan dengan pelayaran dari China yang terhempas oleh ribut yang kuat dan akhirnya kapal ini tenggelam di dasar laut sekitar kurun ke 9 dahulu. (Based on true story)!

Opening Hours & Admission

  • SGD16 Adult (aged 13-59)
  • SGD10 Child (aged 4-12)
  • SGD5 Senior (aged 60 and above)

*tiket untuk Typhoon Theater kena tambah lagi SGD3

S.E.A Aquarium

S.E.A Aquarium ni terletak bersebelah sahaja dengan Muzium Maritim tu. Dah alang-alangkan, singgah je-lah sekali. Tak rugi pun. Hari kedua baru kita masuk USS ye sebab hari kedua ada event besar di USS. Hari pertama aku chill je dulu. Menariknya Aquarium ni merupakan antara Aquarium yang terbesar di dunia. Dalam ni ada lebih dari 10,000 spesies hidupan laut, dan ada diantara korang hanya boleh jumpa spesies pelik ini di S.E.A Aquarium jer.

Antara spesies yang jenis “rare” wujud di sini adalah bumphead parrotfish, elephant fish dan juga vampire fish. Spesies ini hanya boleh ditemui di dasar laut dalam dan di sini korang boleh tengok macam mana ikan-ikan ini berenang bebas seperti di habitat asalnya. Mereka ini baru sahaja sampai di Aquarium ni dalam 4 bulan kalau tak silap. So korang yang datang ke sini jangan lepaskan peluang untuk lihat sendiri kehidupan yang istimewa ini. Memang nampak hodoh tapi berbaloi untuk dilihat dengan mata sendiri.

Spesis Kuda Laut
Macam katak mainan kan?
Ikan kerapu gergasi
Eel
Jerung berkeliaran kat atas kepala korang

Kalau korang peminat jerung, kat sini juga terdapat banyak spesies jerung yang biasa dan tak biasa korang lihat. Salah satu jerung yang menarik perhatian aku adalah jerung mengantuk atau sleepy shark. Serious aku rasa geram je nak pegang dah goncang jerung ni suruh berenang. Mata dia tu tak leh blaa… Lagi satu spesies yang menarik adalah Manta Ray. Seronok pulak tengok ikan jenis pari ini bagaikan terbang di angkasa. 30 minit aku duk tengok menatang ni jer.

Rasa dia tenang lain macam duk dalam aquarium ni. Dah habis layan perasaan dalam Aquarium, aku keluar ambil angin sekejap sebelum balik hotel untuk solat asar.

By 7pm aku dijadualkan untuk dinner di Table65. Dinner kali ni jenis fine dining. Dah lama sebenarnya tak dinner macam ni. Biasa paling sekejap pun kalau fine dining mau dekat 2 jam juga. So we have all night to dinner at Table65.

Table65

Table65 ni dibuka pada tahun 2018 oleh salah seorang chef selebriti iaitu Chef Richard Van Oostenbrugge. Ianya restoran berkualiti yang fokus makanan antarabangsa secara traditional. Food kat sini memang taste Europe, jadi korang kalau datang Singapura dan nak rasa masakan sebenar Eropah boleh singgah di Table65.

Paling rare susanan kerusi di restoran ini agak menarik sebab korang boleh layan live masakan korang disediakan. Dan korang boleh tengok sendiri macam mana chef bertaraf international ni bekerja di dapur. Memang menarik untuk dilihat sementara menunggu makanan korang siap. Dari segi presentation pula memang aku bagi 5 bintang. Sampai ada waktunya korang akan rasa sayang nak makan makanan korang sebab presentation is too good.

Perspective aku sebelum ni fine dining a bit boring. Tapi bila bila makan kat sini, fine dining agak menyeronkkan actually. Korang boleh juga sembang-sembang dengan Chef masa diorang sediakan makanan korang. itupun kalau diorang tak busy lah.

Untuk cerita lanjut tentang Table65 ni korang boleh baca:

Perut dah kenyang, jadi masa untuk balik rehat di hotel menandakan berakhir sudah pengembaraan aku di Sentosa untuk hari pertama. OTW ke hotel aku jalan-jalan layan waktu malam di sekitar Sentosa.

HARI KEDUA

Kalau ikutkan aktiviti aku, hari kedua ni bermula jam 10 pagi. Tapi biasalah aku bila travel ni lain macam sikit. Bangun awal! Jadi aku breakfast dulu dekat Hard Rock Hotel. Lepas breakfast aku bersiap untuk ke Universal Studio Singapura (USS). Untuk hari ini, USS ada event sempena ulang tahun ke-50 Sesame Street. Ada showcase, Sesame Street Birthday Blowout Zone, Big Bird’s Nest, Abby’s Fairy Garden, A Walk Down Sesame Street dan banyak lagi.

Sumpah meriah beb. Memang tak menyesallah join event ni. Walaupun masa kecil dulu aku bukanlah minat dengan siri ini tapi bila tengok depan mata seronok pula.

showcase
Sesame Street Birthday Blowout Zone
Abby’s Fairy Garden
Big Bird’s Nest

Perayaan sempena 50 tahun Sesame Street ini akan berlansung dari 8 Mac – 28 April 2019. Jadi masih ada masa lagi kalau korang nak tengok atau bawa anak-anak ke USS. Selepas pertunjukan, mereka akan menyediakan sedikit refreshment bertemakan Sesame Street.

Universal Studios Singapore One-Day Ticket

  • Adult (Age 13-59) – SGD79
  • Child (Age 4-12) – SGD59
  • Senior (Age 60 and above) – SGD41

Universal Express (Limited to one (1) time usage at each participating attraction*)

  • From SGD40

Universal Express Unlimited (Unlimited access at each participating attraction)

  • From SGD70

Dolphin Island

Pada sebelah petang, aku luangkan sedikit masa di Dolphin Island. Agak teruja juga dengan aktiviti berenang bersama Dolphin ni. Maklumlah orang kampung mana pernah tengok Dolphin secara live. Kalau tengok pun dekat TV jer. Jadi kali ni aku berpeluang untuk lihat Dolphin, malah siap boleh berenang bersama diorang lagi.

Seperti kita ketahu Dolphin ni macam manusia dia punya perangai. Dapatlah ilmu sikit pasal Dolphin ni. Actually aku nak tulis panjang sikit pasal Dolphin ni tapi untuk kali ini cukuplah setakat ini. Kalau korang berminat nak main dengan Dolphin boleh datang ke USS Dolphin Island.

Ada 5 pakej yang korang boleh buat dekat Dolphin Island ni. Antaranya

  • Dolphin Discovery (SGD98 – Adults, SGD88 – Child/Senior)
  • Dolphin Encounter (SGD68 – Adults, SGD59 – Child/Senior)
  • Dolphin Adventure (SGD128 – Aduls, SGD118 – Child/Senior)
  • Dolphin Observer (SGD58 – Adults, SGD48 – Child/Senior)
  • Dolphin VIP (SGD288 – Adults, SGD278 – Child/Senior)

Waktu bermain-main dengan Dolphin dah tamat, sementara menunggu untuk Universal After Hour, aku merayau dulu dalam USS ni. Main jelaha pa yang aku rasa nak main. Tapi itulah aku ni dah fobia dengan Roller Coaster atau yang seangkatan dengannya sejak naik Roller Coaster paling laju di dunia dekat Abu Dhabi tahun lepas.

Universal After Hour

Sebelum bermulanya After Hour, aku dinner dulu dekat KT’s Grill, dah main air semua tadi perut pun dah lapar. Elok je habis dinner, After Hour pun bermula. After Hour ni korang boleh tengok satu pembarisan Hollywood punya style. Memang menarik sangat. After Hour berlansung dari jam 7 malam – 10 malam. Ada concert dan pelbagai lagi aktiviti.

Sebelum balik hotel aku layan dulu persembahan drama aksi secara live tentang pirate dekat USS. Aku lupa dah nama dia nanti aku check balik yer.

HARI KETIGA

Rasa malas je nak balik KL, namun hidup perlu diteruskan. Selepas breakfast aku check out dan fly ke Kuala Lumpur. Semasa dekat Changi Airport sempatlah jalan-jalan dalam ni sementara tunggu boarding. Satu je nak cakap rokok kat dalam ni murah gila beb. Murah dari mana-mana airport tapi korang hanya boleg beli semasa nak meninggalkan Singapura je.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge