Melancong atau mengembara menggunakan pesawat bukanlah satu perkara asing lagi untuk ramai orang. Namun bagi anda yang mungkin pertama kali menaiki pesawat untuk perjalanan jauh mungkin agak keliru tentang apakah panduan dan checklist penting yang harus anda buat dan apa yang harus dielak.

Mungkin anda sendiri pernah mendengar cerita daripada rakan­rakan tentang pengalaman mereka berdepan seribu satu masalah sebelum menaiki pesawat. Dan jika anda perhatika betul­betul kebanyakannya adalah silap mereka sendiri yang mungkin tak ambil tahu atau terlalu sambil lewa.

Sebenarnya jika anda mengikuti panduan dan checklist yang betul segala keremehan yang berlaku di lapangan terbang atau di dalam pesawat pastinya tak akan berlaku. Antara masalah remeh yang biasa berlaku ialah dokumen yang tak lengkap dan tidak mengambil faktor langkah berjaga-jaga dengan serius.

Antara tip paling menarik perhatian ialah untuk memastikan agar kad kredit atau debit berfungsi untuk digunakan di luar negara dan juga menangkap gambar semua dokumen penerbangan bagi tujuan rujukan dan keselamatan jika berlaku kehilangan.

Jom ikuti perkongsian penuh beliau di bawah:

12 PANDUAN TRAVEL MENAIKI PESAWATSemak butiran cetakan atau terma syarat syarikat penerbangan yang telah dipilih oleh anda.

Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan berapa RM, cukai penerbangan berapa RM, caj perkhidmatan penumpang berapa RM dan bayaran tambahan untuk bagasi yang telah beranak­pinak ketika melancong.

Semak kesemua dokumen. Pastikan pasport, visa dan tiket anda adalah sah. Boleh rujuk
kepada Travel Agensi yang menguruskan kesemua dokumen tersebut.

Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi. Samada pakej asas atau premium.

Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda. Memori phone anda besar kan?

Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang bernilai ke dalam pesawat. Jika tidak perlu bawa, tinggalkan di rumah. Kau pun nak pergi mana bawa segala harta bagai.

Tangkap gambar barang­barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.

Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara. Belanja bukan sikit kalau berjalan weh.

Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang­kurangnya 48 jam sebelum perlepasan.

Jika penerbangan ditunda selama 2 jam, anda layak menerima hidangan makanan, khidmat penggilan telefon dan akses internet. Jika tertunda 5 jam, anda layak mendapat penginapan hotel. Jika dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.

Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.

Jika kau tak ada duit, kau berangan jer dulu. Nanti ada duit, boleh lah travel menaiki pesawat. Berangan itu percuma. Senarai semak ini dibawakan kepada anda oleh flysmart dengan kerjasama Lutfi Lokman.

Bukan sukar pun untuk anda ikut semua panduan­panduan di atas. InsyaAllah perjalanan anda akan lebih lancar dan teratur jika mengikuti tip dan checklist yang penting. Terima kasih saudara Lutfi Lokman di atas perkongsian yang cukup berguna ini.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge