Kesan Buruk Bakal Terjadi Kepada Mereka Yang Selalu Tidur Lambat. Untuk kekalkan kesihatan diri kepada tahap maksimum, tidur yang cukup memang sangat penting. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 6-8 jam tidur setiap hari untuk mengekalkan kualiti kehidupan seharian.

Mesti korang selalu rasa tak bersemangat bila tak cukup tidur kan, lagi satu bila tak cukup tidur akan memberi kesan kepada berat badan korang samaada makin bertambah atau menurun bergantung kepada individu itu sendiri. 

Selain itu, 4 perkara ini juga mungkin terjaadi kepada korang yang mengalami masalah tidak boleh tidur.

1. Kemurungan

Menurut laporan oleh Mirror UK, 60 peratus daripada penghidap kemurungan turut menglami masalah imsonia dan tidur.

Pakar kesihatan mental dan tidur, Jane Bozier berkata: “Kemurungan boleh menyebabkan tidur terganggu seperti sukar bangun pagi dan rasa lesu sepanjang hari.

“Jika orang lain sukar untuk tidur, mereka yang mempunyai kemurungan mungkin terjaga beberapa kali dalam satu malam atau mudah terlelap tetapi bangun terlalu awal.”

2. Prostat

Jika anda kerap bangun pada waktu malam untuk ke tandas, anda mungkin mengalami masalah prostat.

“Dia mungkin tidak dapat menahan kencing, tetapi tidak dapat mengosongkan pundi kencing sepenuhnya,” kata Jane.

Ia merupakan sejenis kanser yang biasa menyerang kaum Adam pada nisbah satu dalam enam orang.

Syukurlah, kanser prostat adalah salah satu barah yang memiliki kadar sembuh paling tinggi.

3. Artritis

Artritis mungkin membuatkan anda mengambil masa yang lama untuk cuba tidur dan apabila anda sudah melelapkan mata, sebarang pergerakan boleh mengejutkan anda,” kata Jane.

Menurut fakta, 80 peratus daripada penghidap artritis mengalami masalah sukar tidur.

4. Putus haid

“Masalah tidur terbesar untuk wanita yang putus haid adalah bergelut dengan tubuh yang tidak dapat mengawal suhu badan dengan tetap,” kata Jane.

Masalah tidur meningkat tiga kali ganda dengan merasa panas, berpeluh pada malam dan hormon yang tidak menentu.

Anda boleh cuba pilih sarung bantal dan tilam yang diperbuat daripada kain kapas atau linen serta elak daripada menggunakan tilam jenis getah busa kerana ia memerangkap haba.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge