Soal Jawab Tentang Travel Part 1. Sejak kebelakangan ini banyak soalan tentang travel aku dapat dari facebook, instagram dan juga email dari mereka yang ingin tahu tentang travel. Jadi untuk menjawab soalan-soalan itu semua aku jadikan satu entri. Senang nak rujuk untuk diri sendiri atau jika ada soalan sama yang berulang di masa akan datang.

Jawapan ini hasil dari pengalaman dan kajian yang aku buat. Pendapat dan jawapan mungkin berbeza dengan traveler lain. Jawapan yang aku berikan adalah based on amatur traveler. Suka aku ingatkan bahawa aku bukanlah pakar dalam bidang travel tapi bolehlah jawab yang mana aku tahu. Yang tak tahu aku google je atau tanya rakan-rakan traveler lain yang lebih pakar.

Soal Jawab Tentang Travel

Soalan 1 (Nurfa Honey): Hi and salam encik faizal, since awk banyak travel, sy ada beberapa soalan utk ditanya. Maaf menganggu. Last week sy ke kashmir, time pergi Alhamdulillah, everything went well,tapi time balik, ada sedikit tidak selesa bila airplane sy gegar kuat akibat turbulence. Sy suka travel juga tp blm pernah ada pengalaman mcm ni. Bolehkah sy tau, mcm mana cara hendak mengatasi trauma/ ketakutan terhadap turbulence. Apa perkara yg boleh menghalang kita dr berfikir secara berterusan tentang turbulence? Gve some advice pls. Terima kasih encik faizal

Jawapan 1: Saya pun memang jenis takut turbulence. Biasa aku tidur je. Then tak fikir apa pun, Set dlm minda flight tu di cipta untuk hadapi benda seperti tu. Macam naik kereta jalan berlubang. Anggap sahaja air rurbulance tu macam kereta langgar lubang. InshaAllah tak ada apa-apa pun. Bayangkan sekarang ni ada beribu flight kat atas tu seuanya selamat. peratus untuk berlaku kemalangan amatlah sedikit berbanding kenderaan darat.

Soalan 2 (Farah Jojo): Salam En.Faizal. Boleh tak nak tanya pasal Norway. Nak tanya kalau dari Oslo possible tak nak drive je ke Tromso? Pegi January nanti..

Jawapan 2: Boleh sahaja nak drive, kalau ada geng memang seronok kalau drive. 

Soalan 3 (Faiz Azrol): Assalamualaikum boss. Boleh bantu saya nak gi ke MAURITIUS

Soalan 4 (Farah Farhana): Assalam. Pernah pergi Mauritius ke? Boleh tahu macam mana nak dapatkan pakej ke Mauritius?

Jawapan 3 & 4: Ok, untuk soalan 3 dan 4 ni aku jawap sekali sahaja sebab soalan hampir sama. Actually aku sangat jarang travel by pakej travel sebab aku lebih suka pergi sendiri. Sama macam dengan Mauritius aku pergi sendiri dengan kawan-kawan. Bermula dari booking tiket sampai lah itinerary semua aku buat sendiri. Kalau nak ke Mauritius just booking flight, hotel (untuk hotel aku sarankan ambil Air B&B lagi murah dah selesa dari hotel dekat sana) Then, kena sewa kereta sebab kat sana public transport tak banyak.

Soalan 5 (Nur Najwa): Salam, saudara ada nak buat trip aurora lg ke, sbb saya plan nak buat hujung tahun/awal feb utk buru aurora, probably tgh try nak buat itinerary. kalau saudara ada nak buat trip, saya nak join boleh, mmg plan nak buru aurora hujung thun nie/awal 2019

Jawapan 5: So far tak ada lagi sebab masa tidak mengizinkan. Mungkin satu hari nanti. But kalau dah buat perancangan teruskan sahaja. Lagipun Aurora memang muncul pada desember hingga mac sahaja. 

Soalan 6 (Afiq Umar): Salam bro. Nak tanya sikit pasal Europe Trip ? Average kos brp ?

Jawapan 6: Soalan ni sangat general. Aku nak jawap pun susah sebab depends on how your style of travel. Kalau aku jenis takbajet dan jenis tak mewah, Just nice. Last time aku buat 11 negara 40 hari dalam RM25k. Second time negara Scandinavia 6 negara 30 hari RM20k. Tu termasuk shopping tau. Still boleh kurangkan bajet. Then kalau pergi ramai-ramai lagi boleh jimatkan. Aku pergi sorang jer tu mahal sikit.

Soalan 7 (Julia Yati): Maaf ye saya nak tanya betul kah menginap di Sunway Hotel tak boleh smoking?

Jawapan: Sitiap hotel ada polisi masing-masing. Dan ada bilik jenis smoking dan ada yang tak boleh. Sebab tu kalau jenis smoking request lah bilik jenis smoking. Sama juga dengan Sunway Hotel.

Soalan 8 : Hi bro. Nice and tempting pictures of traveling. Wanted to ask u about Prague and Budapest. Saw ur posts in bbm

Jawapan 8: Ok apa yang aku boleh katakan i love it both of this city. kalau ada peluang pergi je lah, tak rugi pun. Berbaloi lagi-lagi Prague.

Soalan 9 (Nuurlin Qaseh): Salam, Saya Nur. Saya nk bertanya tentang travel to Prague. Bantu saya bagaimana hendak dapatkan ticket bas and sharekan lokasi-lokasi menarik di sana.

Jawapan 9: Sama macam negara Eropah yang lain juga, saya hari tu fly dari Turkey dan transit di Sofia. Kalau anda dari negara EU tak perlu dah tunjuk passport melainkan dia mintak. Boleh fly ke London or Paris then fly ke Prague. Or boleh naik train juga. Public transport di Prague sangat senang. Boleh naik train jer. Hotel standard Eropah. 

Boleh baca Pengalaman saya Kembara Prague Czech Republic!

Soalan 10: Salam bro, Aku ada baca pasal kau backpacker sorang kat Perth. Kebetulan Aku jumpa flight murah . Nak la gi sana haha Tapi Aku ada soalan sikit Sebab ni first time Aku backpaker kat negara org ni.

So, soalan Aku.

  1. Macam nak bergerak secara publik kat sana? I mean mudah ke susah.
  2. Nk cari kedai islam senang ke? Usually kt area mana?
  3. Apa je preparation kene buat untuk bbackpaker ni?
  4. Ada tak Applikasi apa-apa yang kau syor kn untuk pakai?

Aku ambik flight july 2018. Musim apa tu eh? Haha

Jawapan 10: Ok Perth sangat mudah, Aku sewa kereta sebab aku pun first time sampai sana. Masa tu juga pengalaman aku tak banyak lagi sebagai seorang traveler. Bas ada kalau tak nak sewa kereta sebab mahal dan rugi kalau sorang. Boleh naik bas jer. 

Makanan halal pun senang sebab kat sana ramai student Malaysia. Ko pun akan jumpa ramai orang Malaysia kat sana nanti. Kedai makan tu aku pun tak ingat nama apa. Tapi kat situ semua pelajar Malaysia dan ko akan rasa macam masuk kedai Melayu.

Preparartion just study tempat-tempat yang ko nak pergi. How to get there. Dan siapkan mental bagai. Airport Aussie antara yang leceh nak tembus. Kalau boleh tak yah lah bawak makanan dari Malaysia sebab kat sana banyak je makanan halal.

Untuk applikasi aku biasa guna Google Maps je. Itu pun dah banyak membantu aku navigate untuk ke tempat aku nak. Kalau driving boleh guna Waze jer.

Bulan Julai kat Perth adalah musim Winter.

Kalau nak drive kat sana boleh baca Tip Driving in Perth Australia

******

Ok itu je soalan yang mampu aku jawab kali ini, InshaAllah jika diberi kesempatan aku akan jawab dalam Part 2. Korang kalau ada soalan boleh mesej aku dekat facebook or instagram. Boelh juga email. Tapi biasa email aku jenis susah nak reply.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge