Adakah korang masih memakai jam tangan dan sentiasa melihat waktu pada jam tangan? Ataupun mengharapkan telefon bimbit untuk mengingatkan korang tentang meeting yang seterusnya? Rata­-rata orang kita lebih memilih untuk mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar semata-­mata untuk melihat masa dan tarikh. Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan aku untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup aku ke arah yang lebih berkualiti!

5 sebab ini menunjukkan bahawa jam tangan lebih bagus dari telefon bimbit. Sebab tu aku selalu pakai jam tangan

JAM TANGAN MENJADIKAN AAKU LEBIH PUNCTUAL DAN CONSCIENTIOUS

Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakai jam tangan lebih punctual daripada kumpulan yang tidak memakai jam tangan. Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih waras dan bertanggungjawab.

A REMINDER ON YOUR WRIST

Aku akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar. Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar? Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kot? Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kita. Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.

BAHAN KOMUNIKASI

Jangan terkejut bila orang menilai kita hanya dari pemilihan jam tangan. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan jam tangan juga antara pembuka bicara antara kita dan orang lain. Terutamanya jika kita ni lelaki, sudah tentu pemilihan jam tangan yang tepat membuatkan kita lebih gentleman. Secara tidak langsung, jam tangan adalah bahan komunikasi kita dengan orang lain. Mungkin mereka akan bertanya di mana kita membeli jam tangan. Ataupun jenama apa yang pilih untuk spesifikasi jam tangan.

MENJADIKAN KEHIDUPAN LEBIH SENANG

Pernah tak korang alami pengalaman seperti korang di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan ko nak mengeluarkan telefon bimbit semata ­mata untuk lihat masa ketika itu. Korang terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan dalam seluar dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress! Jadi sebab itu aku akan selalu pakai jam tangan. Dengan jam tangan ianya hanya mungkin 2 saat saja masa diambil daripada aku mahu keluarkan telefon bimbit. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.

JAM AKU, STAIL AKU, DIRI AKU

Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan aku, ia membatu aku lebih dari apa yang aku sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kita. Apa yang penting, jam tangan menjadikan aku lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa.

NAMPAK LEBIH STYLO DAN RASA LEBIH CONFIDENT

Bila pakai jam ni aku rasa lebih stylo dan ada confident sikit. Kalau tak pakai rasa maacam kosong dan ada yang tak lengkap dekat tubuh ni. Kalau pandai bergaya korang boleh gayakan outfit korang dengan jam yang korang pakai.

Namun tak guna, kalau jam mahal dan stylo tapi bila keluar dengan member atau mana-mana selalu lambat.

ps: Jam tangan pilihan aku ada apple watch, aku banyak koleksi jam tangan tapi selalu aku pakai apple watch sebab ringan dan banyak kegunaan. Tapi kalau ada event yang grand aku pakai jam Tissot or Fossil.

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge