Pada pendapat umum masalah sukar bangun pagi sering dikaitkan dengan kecenderungan sifat seseorang. Ada orang yang sukar bangun awal dan ada yang lebih selesa bangun sebelum matahari terbit.

Kenyataan ini benar. Namun, ianya tidak bermakna kecenderungan itu tidak boleh diubah atau dipupuk kepada satu tabiat yang diinginkan. Seseorang yang biasa bangun lewat boleh, dengan usaha yang betul, berubah kepada seseorang yang biasa bangun awal pagi.

1. Tetapkan tujuan untuk bangun, setiap hari.

Bagi mereka yang kebiasaannya bagun lewat, pada hari tertentu yang memerlukan mereka bangun lebih awal, mereka mampu melakukannya. Sebagai contoh pada hari peperiksaan, ada mesyuarat penting, atau pada hari mereka merancang untuk berjalan jauh, mereka mampu bangun awal daripada biasa.

Puncanya, keranan mereka mempunyai tujuan yang jelas untuk bangun pagi. Dalam setiap perkara ‘mind set’ adalah sesuatu yang menentukan adakah pekara yang ingin dicapai boleh dicapai atau sebaliknya.

Keadaan di atas, yang berlaku sekali sekala, boleh diadaptasi kepada satu rutin harian di dalam diri seseorang. Kerana satu keperluan yang mendesak, kita boleh ‘memaksa’ diri kita untuk bangun lebih awal daripada biasa.

Tetapkan niat atau ‘mind set’ setiap hari ada keperluan yang dilaksanakan pada awal pagi keesokannya. Wujudkan perasaan pentingnya perkara itu dilakukan, untuk mendorong diri kita agar percaya kita perlu bangun awal keesokannya.

Kadang kala, perkara yang dijadikan tujuan itu tidak semestinya sesuatu yang besar. Bayangkan jika kita boleh bangun seawal jam empat pagi untuk bangun menyaksikan perlawanan bola sepak, apa yang menghalang kita untuk bangun pada jam enam pagi? Kebiasaannya, kerana kita tiada perancangan untuk melakukan sesuatu pada keesokannya.

Merancang keseluruhan hari esok mungkin sesuatu yang membebankan atau membosankan pada sesetengah orang. Itu normal. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah menetapkan hanya satu perkara sahaja yang ingin dilakukan pada pagi esoknya.

Itulah yang dijadikan sebab untuk kita bangun awal

2. Pastikan tidur yang mencukupi.

Bagi kita semua yang pernah menempuh zaman remaja, pasti melalui satu masa dimana bangun lewat menjadi tabiat. Sesetengah kajian menunjukkan, perkara ini berlaku kerana faktor perubahan hormon dan perubahan fizikal seseorang remaja.

Seperti yang diterangkan pada awal artikel tadi, ia sesuatu yang benar, tapi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah. Sekiranya kita tidur selewat jam empat atau lima pagi, kemungkinan besar kita tidak dapat bangun pada jam enam pagi.

Waktu tidur yang disyorkan bagi seorang yang sihat ialah sekitar enam hingga lapan jam. Dalam kajian yang lain pula menunjukkan, tidur mempunyai beberapa fasa, daripada permulaan tidur sehingga fasa rapid eye movement (REM) yang menandakan fasa tidur lena atau tidur yang jenak, telah dicapai. Kajian ini menyatakan tempoh bagi fasa permulaan sehingga fasa terakhir mengambil masa secara purata selama 90 minit.

Sembilan puluh minit ini akan berulang – ulang sehingga kita terjaga. Key point dalam teori ini ialah dimasa mana kita terjaga. Sekiranya kita terjaga dalam fasa terakhir, maka kita akan bangun dalam keadaan yang segar dan bersedia. Namun, jika fasa tidur ini gagal dilengkapkan, kita akan bangun dalam keadaan yang ‘liat’ kerana kepuasan tidur itu belum dicapai.

Secara teori, tidur selama 90 minit mampu membuatkan seseorang bangun dalam keadaan segar. Namun semakin sedikit bilangan kitaran (90 minit satu kitaran), semakin cepat kita akan merasa kembali mengantuk.

Sekiranya kita ingin bangun pada jam enam pagi, tidurlah 90 minit, 180 minit (3 jam sebelum), 270 minit(4 jam setengah sebelum) atau gandaan seterusnya.

3. Jangan guna fungsi snooze.

Secara psikologinya, fungsi snooze ini membuatkan kita berfikir masa yang ditetapkan itu tidak penting dan kita boleh ‘melanggarnya’. Akibatnya, mungkin kita akan terlajak terus. Tetapkan hanya satu alarm sahaja dan bulatkan tekad untuk bangun pada masa itu.

Bagi mengelakkan kita tertidur kembali, ingatkan diri, kita tiada fungsi snooze dan mungkin akan terlajak. Bagi menguatkan lagi kebarangkalian untuk terus bangun, cuba jarakkan alarm dengan tempat tidur.

Apabila kita perlu duduk atau bangun untuk mematikan alarm, kemungkinan untuk terus bangun adalah tinggi berbanding jika alarm boleh dimatikan dalam keadaan kita masih baring. Pergerakan itu membantu kita untuk sedar dan segar.

4. Bangun awal pada hari cuti.

Tips yang pertama menegaskan kepentingan merancang aktiviti untuk dijadikan sebab untuk bangun pagi. Bagaimana pula pada hari cuti? Elakkan dari memanjakan diri dengan memasang niat untuk bangun lewat sedikit hanya semata mata kerana kita bercuti atau tiada aktiviti untuk dilakukan keesokkan harinya.

Rancang juga aktiviti untuk hari tersebut, walaupun ianya sekadar aktiviti ringan yang ringkas. Tujuannya ialah untuk mewujudkan satu rutin bangun pagi yang berkekalan.

Kebiasaan yang diulang-ulang secara konsisten akan kekal sebagai muscle memory yang mengingatkan tindak balas automatik badan kita. Kebiasaan inilah yang membantu kita untuk lebih mudah bangun pagi.

5. Regangkan badan apabila bangun.

Pernah lihat kucing bangun daripada tidur? Itulah regangan yang paling mudah tetapi memberi kesegaran kepada tubuh. Malah dalam ilmu Melayu regangan itu diambil sebagai satu kaedah senaman.

Bagi mereka yang lebih serius dalam senaman, mungkin yoga atau jogging menjadi pilihan. Pastikan masa untuk bangun diambil kira bagi memastikan kita sempat melakukan aktiviti tersebut.

Bagi yang melakukan aktiviti fizikal yang mencabar di awal pagi, kebiasaanya mereka mempunyai lebih tenaga berbanding orang lain pada permulaan hari.

Secara peribadi, saya mengesyorkan pembaca mendalami ilmu Senaman Tua yang diasakan oleh Saudara Azlan Ghanie jika ingin kepada senaman yang berbentuk kemelayuan.

6. Ransang fungsi badan yang belum segar.

Walaupun kita dalam keadaan jaga, ada fungsi fungsi badan yang masih belum sedar sepenuhnya. Ransangan boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Yang paling mudah ialah mengeliat, amsih lagi dalam kategori tips kelima.

Selain itu, kita juga boleh terus minum segelas air ksoong untuk membantu fungsi dalaman badan terjaga. Ataupun, kita boleh membuka tingkap dan menghirup udara segar dan sejuk (sekiranya persekitaran mengizinkan) untuk merangsang badan menjadi cergas.

7. Jadikan rutin.

Perkara yang diulang akan menjadi rutin. Dalam tempoh kita membentuk kebiasan bangun di awla pagi ini, tidak mengapa jika ada kalanya kita gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sekiranya kita telah berjaya menjadikannya satu tabiat, kita akan dapat merasakan ianya tidak lagi sukar untuk dilakukan, malah seolah-olah badan kita telah diprogram untuk bangun awal setiap hari. Secara amnya, semakin manusia itu berusia, semakin dia mampu bangun dengan lebih awal.

Namun, tidak salah kita membina tabiat ini dari bangku sekolah atau sejak usia remaja. Sekiranya tabiat ini dapat dijadikan sesuatu yang sentiasa diamalkan, kemungkinan besar displin kita dalam cabang kehidupan yang lain juga akan meningkat dengan drastik.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge