Dunia internet, dunia tanpa batasan. Pelbagai matlumat kita boleh perolehi menggunakan internet. Rasa macam tak lengkap rutin harian anda kan kalau tak gunakan Internet dalam satu hari. Melayari Internet ni dah jadi sebati dengan diri anda yang rasa Internet tu amat penting dalam hidup anda. Nak berfacebook, twitter, instagram, youtube, whatapps dan lain-lain lagi la. Semua tu dihujung jari anda ja.

Tapi anda aware tak yang bila anda guna Internet ni, ada juga bahaya yang menanti untuk menimpa diri anda. Tapi sebelum bahaya tu menimpa anda, aku kongsikan kat bawah ni 11 langkah yang anda boleh apply untuk elakkan perkara tak baik tu terjadi kat diri anda.

Gunakan Password

Anda perlu gunakan password yang kreatif (gabungan huruf, nombor dan simbul) untuk setiap akaun yang anda ada. Password yang anda saja yang tahu. Jangan bagitahu orang lain pula. Anda juga boleh sentiasa tukar password anda bersesuaian dengan keadaan ketika tu.

Install Anti-Virus

Setiap komputer atau gajet yang anda ada perlulah dilengkapi oleh anti-virus. Penting untuk pastikan yang anti-virus tu original. Kalau pakai yang pirates dikhuatiri tak tahan lama. Satu lagi, anda kena alert dengan tarikh tamat anti-virus tu. Sentiasa update dan tukar jika perlu.

Simpan Dan Protect Maklumat Anda

Elakkan dari tinggalkan anda punya komputer atau gajet tanpa pengawasan. Pastikan anda tutup wifi atau Internet kalau anda tak gunakan. Sentiasa scan pendrive atau penyimpan storage yang lain sebelum anda gunakan di komputer anda. Pastikan anda buat back up file untuk setiap file penting dalam komputer anda.

Elakkan Dari Terpedaya

Disebabkan sekarang ni terlalu banyak isu berita palsu, anda perlu elakkan daripada terus percaya dengan bahan atau kadungan dalam laman web, blog dan email yang diragui atau dari orang yang anda tak kenal pun. Kalau perkara ni berlaku kepada anda, pastikan anda rujuk dan semak pada sumber-sumber yang sahih.

Beretika Semasa Gunakan Internet Dan Media Sosial

Anda ada hak untuk meluahkan perasaan korang dalam akaun media sosial peribadi anda tapi jangan anda komen atau menyebarkan sesuatu yang negatif di media sosial milik anda atau milik orang lain. Kenal pasti juga rakan-rakan media sosial anda.

Berwaspada Dengan Jenayah Siber

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan makumat dari induvidu yang anda tak kenal melalui email atau akaun media sosial peribadi anda. Elakkan dari melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan dan perkara-perkara negatif yang lain. Satu lagi, jangan sesekali benarkan orang lain pakai identiti anda, sama ada melalui email atau akaun media sosial anda.

Fikir Sebelum Klik

Bila anda dapat email atau link dari orang yang anda tak kenal tak kisah lah dari email atau akaun media sosial anda, janganlah anda klik dan cepat-cepatlah padam email atau link tu.

Laporkan

Laporkan email atau link yang mencurigakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Anda juga boleh laporkan pada pihak berkuasa kalau ada berlaku sebarang insiden yang melibatkan jenayah siber. Contoh macam penipuan Internet.

Sikap Ambil Tahu

Tak salah kalau anda ada rasa busybody sikit. Anda kena peka dengan trend penipuan siber terkini. Anda juga perlu faham dan waspada dengan kesan-kesan negatif berkaitan penyalahgunaan Internet.

Patuhi Peraturan

Ada perkara kita boleh buat dan ada perkara kita tak boleh buat. Anda kena tahu dan ikut semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab berkaitan penggunaan Internet ni.

SALAMWEB

Walaupun kita sering kali berwaspada semasa melayari internet namun ianya belum cukup selamat sebenarnya. Terutama untuk ahli keluarga kita. Lagi-lagi mereka yang ada anak. Pastinya nak anak-anak kita layari internet dengan perkara-perkara yang berilmu.

Apa itu SalamWEB? SalamWEB ini adalah laman web patuh syariah pertama yang wujud di Malaysia. Kiranya dengan salah satu cara untuk memastikan kandungan yang ada di internet ditapis terlebih dahulu sebelum ianya dipaparkan di internet.

Kandungan apa yang ditapis tu? Haa meh nak cerita, macam kita dah tahu sebelum ini macam-macam kita boleh jumpa di internet kan. Jadi fungsi SalamWEB ni adalah menapis info-info yang tidak sihat sebagai contoh laman web lucah, cerita-cerita yang tidak elok untuk di baca. Kira paparan yang akan dipaparkan mengikut kesesuaian ajaran agama Islam. Fungsi ini dipanggil SalamProtect.

Pelayar SalamWeb bukan sahaja akan diberikan amaran sekiranya melayari kandungan yang tidak bersesuaian, malah setiap pengguna juga boleh menyumbang dalam penambahbaikan algoritma pemeriksaan kandungan dengan membantu membuat laporan (menerusi fungsi SalamTag sekiranya terjumpa mana-mana laman web yang tidak sihat).

Matlumat yang dipaparkan juga akan ditapis mengikut landasan Islam yang sebenar oleh team SalamWEB. Dengan ini kita boleh pastikan segala matlumat adalah sahih dan benar serta boleh dipercayai. Ini juga boleh meberikan kehidupan positif kepada kehidupan harian kita serta orang disekeliling. Ini asyik duk baca cerita gossip yang entah betul ke tidak. Sesekali tu cubalah isi minda kita ni dengan ilmu yang berfaedah sikit, baru otak boleh berkembang. Nak baca info yang berinfomasi boleh ke SalamNews.

Selain itu, korang juga boleh cupa fungsi lain di SalamWEB seperti SalamChat dan juga SalamSadaqah. SalamChat ini tempat korang untuk berkongsi matlumat dengan komuniti lain melalui SalamWeb. Nak berkongsi pendapat atau nak dapatkan tip dan info yang korang perlukan boleh sahaja gunakan SalamChat.

SalamSadaqah pula adalah medium untuk korang dapatkan info tentang sedekah dan boleh juga membuat sumbangan sedekah yang akhirnya nanti akan disumbangkan kepada badan-badan amal muslim yang layak menerima.

Sesuai untuk Traveler macam aku juga.

Akhir sekali, apa yang membuatkan aku tertarik dengan SalamWeb adalah wedgetnya yang memaparkan arah Qiblat serta waktu solat. Jadi tak kiralah dimana korang berada, waktu solat dan arah Qiblat bukan lagi satu masalah.

Actually banyak lagi yang korang boleh buat dengan SalamWeb ni. Nak tahu kenalah download sendiri. Semua benda nak bagitau sampai bila korang nak kena suap je kan. hehe

Applikasi SalamWEB boleh didownload melalui Appstore dan juga Googleplay.

Untuk matlumat lanjut boleh ke www.salamweb.com

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge