Akhirnya Aku Terminate Juga Unifi Setelah 3 Tahun. Terima kasih untuk service yang diberikan walaupun tak memuaskan kadang-kadang tapi masih bolehlah untuk melayari internet harian di rumah.

Dulu mula-mula aku daftar stremix jer sebab area rumah ni belum ada lagi unifi. Tapi bila dah ada unifi aku bertukar ke unifi terus. Streamix 4Mbps je masa tu. Lepas tukar ke unifi dapatkan 20Mbps dengan harga RM179.

Sebelum aku daftar unifi ada juga aku tengok Maxis fiber dan TIME tapi sayang belum ada lagi tempat aku. Lepas 3 tahun tempat aku baru ada TIME. Dengan 100Mbps RM99 lebih baik aku tukar ke TIME je. Jimat lebih sekali ganda juga tu. Kelajuan pun jauh beza.

Bukan senang nak terminate macam tu sebenarnya sebab aku ni jenis malas nak uruskan benda-benda macam ni. Yelah nak gi TM Point lagi. Nak isi borang itu inilah. Tapi terpaksa sebab raouter unifi aku macam ada problem jer. Keep disconnected. Geram pun ada bila tengoh syok layan Netflix internet putus.

Lepas gi TM Point dia cakap maybe router rosak aku dah cuba test guna LAN cable pastu setting balik IP bagai tapi masih sama.

So, staff TM advise suruh aku terminat pastu tu daftar baru untuk pakej 100Mpbs harga RM129 tu. Tapi bila terminate aku dah tak leh daftar guna nama aku lagi sebab alamat sama. Dan pakej baru pun dia tak kan bagi router baru. Jadi tak de guna aku upgarde tapi masih ada masalah disconnected tu.

Last, aku terminat jer dan daftar TIME. Nak terminate unifi korang kena gi TM Point yang tertentu jer. Aku kerja kat PJ so aku pergi je TM Point Damansara Utama. Woi panjang beratuq, ambil number 8050, number semasa baru 8010. Gila kena tunggu 40 orang. Nasib aku sabar tunggu sampai number aku dipanggil. Sebab nak setel cepat ni. Bil TIME dah jalan.

Akhirnya selesai sudah proses terminate unifi. Owh dia suruh aku pulangkan Moden sebab kalau tak pulangkan kena denda RM500 pulak.

Itulah aku pun dah jadi pelanggan TIME sekarang. Speed okay but macam sama je dengan unifi 40mbps aku sebelum ni. hahaa tak pe janji murah sikit.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge