Weekend Getaway In KL Sunway Velocity Hotel. Jika cakap tentang KL ini bagi mereka yang tinggal berhampiran memang tidak cukup excited. Namun kadang-kadang kita perlu lihat ianya di sisi lain pula. Contohnya kalau korang kerja di KL, korang cuba lah buat Weekend Getaway di KL pula. Percayalah cakap aku ianya satu pengalaman yang berbeza sekali. Banyak rupanya sisi lain yang korang bole dapat di KL ini.

Macam aku stay di Puchong tapi tiap hujung minggu aku akan cuba luangkan masa untuk Weekend Getaway. Kalau kata Weekend getaway ni aku akan pilih tempat yang tidak jauh dari kediaman aku. Seperti biasa destinasi yang akan aku luangkan adalah di sekitar KL jer. Sebabnya KL di hujung minggu sangat tenang. Lagi-lagi kalau hari ahad. Waktu malam pula memang cantik.

Baru-baru ini aku memilih untuk habiskan weekend getaway aku di Sunway Velocity Hotel. Memandangkan aku ni jenis malas nak keluar gi mana-mana masa my staycation jadi bila stay di Sunway Velocity Hotel aku just boleh lepak kat hotel sepanjang hari je. Sebab hotel ni link dengan shopping mall. Paling best kalau jenis hotel link dengan mall ni. Lepas window shopping atau shopping penat je korang boleh lepak kat hotel je.

Petang-petang lepak kat swimming pool. Swimming pool kat hotel ni memang best view dan jenis infinity swimming pool. Behampiran swimming pool ada gym. Bagi yang aktif macam aku ni gym dekat swimming pool memang pilihan. Bolehlah geli-geli sikit dekat gym lepas tu lepak kat swimming pool .

Kat Sunway Velocity Hotel ini ada 3 jenis bilik. Superior, Superior Plus dan Superior Premier Rooms. Design setiap bilik juga bertujuan memberi kesegaraan kepada setiap penghuni yang berkonsepkan kontemporari dan sangat welcome.

Rooms Features

  • WiFi
  • USB Charger
  • LED Smart TV
  • Iron + Iron Board
  • Electronic Safe Box
  • Mini bar
  • Coffee & Tea

Services & Facilities

  • Outdoor Infinity Pool Level 16
  • 24/7 Fitness Centre Level 16
  • WiFi available in all public area
  • Concierge / Limousine / Transfer arrangement
  • Velocity Mall
  • Direct Connection to MRT Cochrane, MRT Maluri & LRT
  • Shuttle Service
Room Categories No. of RoomsArea (sqm)
Superior26625-28
Superior Plus6727-28
Superior Premier1828

Dining

Kriteria pemilihan hotel yang baik salah satunya adalah tempat makan. Di Sunway Velocity Hotel ini sendiri pun disediakan kafe untuk korang lepak. Ada Kaffeinate, The hotel express cafe (level 5), dan di Velocity Mall pun banyak kedai makan.

Let say korang jenis makan dekat kedai atau warung, depan hotel ni pun ada beberapa warung yang buka sehingga lewat malam kalau korang nak makan. Kena jalan sikit about 5minit jer. Ada kedai tomyam.

My room
aku suka bilik air dia
Bilik air dia modern style
Infinity Swimming Pool
Kat atas tu adalah gym

Jadi, kalau korang yang teringin nak buat weekend getaway macam aku ni bolehlah cuba stay di Sunway Velocity Hotel. Hotel ini antara hotel baru jadi dia punya bilik fresh dan design sangat menarik. Lokasi pun not bad.

Hotel ni ada provide breakfast hari tu dengan hi tea tapi aku kalau duk hotel jarang sangat nak breakfast sebab malas nak bangun pagi. Haha So i miss my breakfast. Tapi kawan aku kata brekafast di apun not bad. Kalau tak caya boleh baca Review Sunway Velocity dari Lan Careno.


SUNWAY VELOCITY HOTEL


My Rating: Seperti biasa tiap kali stay kat hotel aku akan bag rating mengikut penilaian akau sebagai travel blogger.

  • Price: 4/5
  • Location: 5/5
  • Facilities: 5/5
  • Cleanness: 4/5
  • Chilling Out: 5/5

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge