DASH Resort Langkawi

DASH Resort Langkawi Tampilkan Sisi Lain Percutian Di Pulau Lagenda. Bila sebut je Langkawi mesti terbayang Cable Car, Air Terjun Mat Cincang, Coklat murah, shopping barang rumah banyak-banyak, beli rokoklah. Lupakan itu semua! Dengan adanya resort terbaru yang di kenali sebagai Dash Resort Langkawi, pastinya membawa anda kepada sisi lain yang ada di Pulau Langkawi.

Bercirikan resort mewah di tepi pantai, Dash Resort begitu indah terutama bagi mereka yang inginkan percutian mewah dengan harga yang sangat reasonable. Tidak perlu lagi ke negara lain yang menelan belanja yang tinggi, kini anda dapat menikmati percutian sebenar di Langkawi. Seakan-akan berada di Santorini, Greece pun ada juga.

Dah puas lepak, kita membawang dalam pool.

Terletak di Pantai Tengah, pasti menjanjikan pengunjung satu kemudahan yang amat selesa buat mereka yang menginap di sini. Dengan pemandangan Laut Andaman yang cukup indah, membuatkan Dash Resort begitu sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti air.

Bercirikan Kolonial Perancis di tepi pantai, boleh dikatakan resort ini antara resort hipster yang pasti buat orang ramai terpegun dengan seni yang dipaparkan di setiap bengunan di sini. Tidak hairanlah resort ini di anugerahkan sebagai Best Design Resort Award for Asia at the 2018 World Luxury Hotel Award. Lebih menjadi tumpuan juga replika arnab setinggi 9 meter yang juga merupakan Maskot Dash Resort Langkawi. Mana nak cari patung arnab gergasi macam ni kalau bukan kat sini. 

Gambar ni di ambil waktu pagi. Tenang gila kat sini waktu pagi. Fresh start a new day org kata

Mengambil masa hanya 15 minit dari Lapangan Terbang International Langkawi yang hanya 14km sahaja menjadikan Resort ini pasti kena ada di dalam perancangan anda jika ke Pulau Lagenda ini. Malah jarak dari Jeti Kuah hanyalah 23km sahaja. 

Sebanyak 108 bilik di sediakan termasuklah bilik jenis Dash Villa, Dash Deluxe Jacuzzi, Private Terrence, Outdoor Jacuzzi, Dash Deluxe rooms dan juga Dash Studio rooms. Ikutlah mana mampu untuk korang stay. Bagi aku untuk kesesuaian aku yang bujang ini, aku pilih Dash Studio jer. Ini pun dah cukup selesa bagi aku. Petang-petang aku suka letak dekat Dash Beach Club sambil enjoy view of Sunset, Infinity Swimming Pool di sini juga antara swimming pool terbaik pernah aku pergi. Terletak betul-betul tepi pantai memang satu pengalaman indah percutian aku kali ini. Swimming pool ini juga antara swimming pool terbesar yang ada di Langkawi dengan pemandangan yang menarik menjadikan ianya tempat yang sangat sesuai untuk lepak.

Antara bilik yang ada di Dash Resort Langkawi. Belah kanan tu bilik jenis Dash Deluxe Jacuzzi, bilik yang Dato Seri Siti Nurhaliza stay dengan family. Belah kiri Garden View untuk mereka yang ada anak-anak sesuai

Paling best sambil lepak dekat swimming pool ni korang boleh layan lagu-lagu yang best dengan DJ bertarad antarabangsa yang bertugas. Tak adalah ko lepak saja-saja dekat sana nanti. Dengan segelas exotic cocktail perghh…

Oh selain itu, Dash Resort juga menawarkan servis Mya’s Kitchen & Cocktail Restoran serta Swim Up bar The Shack. Kot-kotlah korang lapar ke apa ke. Tak payah susah susah nak keluar cari makan. Semuanya ada di sini. 

Waktu petang pula korang jangan lepaskan untuk menikmati Mad Tart Party yang disediakan khas buat mereka yang menginap di Dash Resort Langkawi. Bertemakan Alice in The Wonderland sudah pasti akan memberi hidup anda selangkah di alam fantasi. Mad Tart ini kira macam Hi Tea, korang boleh menikmati desert dan breads fresh dari Dash Resort. 

On top of that, korang yang suka Spa boleh rilekkan diri Rabbit Hole Spa. Bolehkah hilangkan sedikit masalah tekanan di tempat kerja korang nanti. 

Boleh dikatakan hotel ini memang lain dari yang lain. Tidak hairanlah Dash Resort Langkawi juga menjadi pilihan Dato Sri Siti Nurhaliza dan keluarga apabila bercuti di Langkawi. Jangan cemburu aku berpeluang melihat secara dekat DSCT bercuti bersama keluarga secara dekat. Rasa bertuah sangat sebagai peminat DSCT dapat melihat beliau depan mata sendiri.  

Bersama Dato Sri Siti Nurhaliza
Ariff Jiwa, cucu kepada DSCT
Sesi Yoga di tepi pantai
Sorry gambar seksi sikit. haha

Hotel Perks

  • Dash Beach Club – (Infinity Pool, Mya Kitchen, The Shack Pool Bar)
  • In-Room Dining
  • Mad Tart Patisserie
  • Rabbit Hole Spa
  • Free Wi-Fi
  • 24 Hour Reception
  • Concierge & Transport
  • Services Mr & Mrs Wedding
  • Show Room Rabbit Hole Spa\
  • Dashoppee Retail
  • Flex Gym
  • The Chamber Ballroom
  • The Chamber Meeting Rooms

Dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad

Pada 25 November 2018 tercatat sejarah baru Langkawi dengan perasmian Dash Resort Langkawi oleh Tun Dr. Mahathir. Masjlis yang cukup meriah ini juga menterai kerjasama antara Dash by Ri-Yaz Group dengan Alphanam Real Estate Vietnam manage by Altara Residences Quy Nhom and  Altara Suites Sa Pa. 

Dash Resort Langkawi boleh ditempah dengan harga satu malam bermula daripada RM600. Untuk menempah serta maklumat lanjut mengenai Dash Resort Langkawi, anda boleh layari laman web ini.


Rating Review from FaizalFredley.com

  • Price: 4/5
  • Location: 5/5
  • Facilities: 5/5
  • Cleanness: 4/5
  • Chilling Out: 5/5

Dash Resort Langkawi


Penafian

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama antara Dash Resort Langkawi untuk diterbitkan di www.faizalfredley.com. Sebarang pendapat dan review ikhlas dari penulis tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Untuk matlumat lanjut dan review boleh hubungi penulis di blog@faizalfredley.com


Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge