Watak Dalam Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Artikel ini khas untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak untuk tonton filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald.

Filem kedua ini akan memaparkan kisah sebelum wujudnya Harry Potter. Kalau yang baru nak tengok kami sarankan untuk anda lihat dulu filem Fantastic Beasts and Where to Find Them yang ditayangkan pada tahun 2016. Nak lagi lebih faham bolehlah pelan-pelan layan siri Harry Potter dari pertama sampai ke tujuh.

Timeline Ringkas Fantastic Beasts, Harry Potter Dan Cursed Child

Tinggal beberapa hari saja lagi Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald nak keluar. Baca ini dulu supaya nanti tak adalah blurr sangat bila tengok filem ni nanti.

1. Newt Scamander

Kalau Harry ialah hero dalam Harry Potter series, Newt pula hero untuk Fantastic Beasts series. Dua-dua perlu menentang Dark Wizard, & dua-dua ada mentor yg sama, Albus Dumbledore. Untuk Fantastic Beasts 2, dia perlu tolong Dumbledore untuk tewaskan Grindelwald.

2. Gellert Grindelwald

Dark Wizard untuk Harry Potter series ialah Voldemort, manakala Grindelwald ialah Dark Wizard untuk Fantastic Beasts series. Dalam Fantastic Beasts 2, dia lolos dari tahanan dan menuju ke Paris untuk agenda seterusnya.

3. Albus Dumbledore

Sebelum terbentuknya Dumbledore yg kita kenali dalam Harry Potter series, kita akan lihat era awal kerjaya Dumbledore sebagai guru di Hogwarts serta konflik menentang rakan lamanya Grindelwald.

4. Credence

Dalam Fantastic Beasts 1, dia just ditonjolkan sebagai seorang Obscurial yg didera secara mental & fizikal oleh his adoptive mother, Mary Lou. Dalam Fantastic Beasts 2, Credence dilihat mencari asal usulnya. Credence dikatakan half-brother kepada Leta Lestrange.

5. Leta Lestrange

Dalam Fantastic Beasts 1, kita hanya nampak gambar dia, katanya girlfriend Newt. But in Fantastic Beasts 2, dia berkerja di Ministry & bertunang dengan Theseus Scamander, abang Newt. Leta dikatakan half-sister kepada Credence & Yusuf Kama. Dalam Harry Potter, kita ada Bellatrix Lestrange tapi tak pasti samada mereka ini ada kaitan atau tidak.

6. Theseus Scamander

Abang Newt Scamander, but diorang berdua tak rapat/tak ngam/awkward. Dia juga tunang kepada Leta Lestrange. Berkerja untuk Ministry. Theseus ialah seorang war hero (ada mentioned dalam Fantastic Beasts).

7. Nagini

Yes, ular Voldemort tu. Dalam Fantastic Beasts ni kita akan lihat zaman sebelum dia permanently jadi ular (she’s a maledictus). In trailer, Nagini singgah Hogwarts. Well, tempat dia mati 70 tahun nanti In Harry Potter series, Dumbledore already knew Nagini.

8. Yusuf Kama

Ibunya dirampas oleh Corvus Lestrange yang nantinya melahirkan Leta Lestrange. So Yusuf ialah half-brother Leta. Dalam Fantastic Beasts 2, dia dikatakan membuat Unbreakable Vow (macam Snape & Narcissa in Harry Potter series) untuk mencari Credence.

9. Nicholas Flamel

Pencipta Philosopher’s stone dalam Harry Potter 1. In Fantastic Beasts 2, kita akan ziarah rumah kawan lama Dumbledore ini di Paris. Maybe dia juga akan bantu Newt.

10. Jacob Kowalski, Queenie & Tina

Basically diorang juga akan ke Paris dalam Fantastic Beasts 2 ni. Jacob akan tolong Newt macam biasa, Tina cari Credence, and interestingly Queenie dikatakan akan join Grindelwald side, maybe la.

********

Aku dah tengok tapi still tak puas hati dengan watak Nagini. Maybe dalam FB 3 baru dia bagitau macam mana Nagini boleh jadi jahat..

Overall aku bagi 8/10 rating untuk Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

 

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge