Home HOTEL & RESORT Hilton Garden Inn Puchong Review

Hilton Garden Inn Puchong Review

7256
1

Hilton Garden Inn Puchong Review. Bermula bulan september sampai desember aku banyak review hotel memandangkan hujung tahun ni jadual aku agak padat jadi nak travel ke luar negara tu memang susah sikit. Jadi di kesempatan ini aku buat review hotel sahaja.

Kiranya setiap mingu aku akan stay di hotel sampailah hujung tahun ni. Kadfang-kadang rasa macam orang nomad pulak hujung minggu je stay kat hotel. Sia-sia je beli tv besar-besar kat rumah, langgan netflix, astro bagai tapi jarang ada kat rumah.

Hotel yang aku review kali ini hanya ambil masa 5 minit sahaja drive dari rumah aku, kira darihotel ni boleh nampak rumah aku. kalau jalan kaki adalah dalam 15 minit.

Tak jauh hotel pilihan aku kali ini adalah HILTON GARDEN INN PUCHONG yang terletak di Puchong Permai sebelah dengan Puchong Perdana dan Puchong Prima. Rumah aku di Puchong Prima.

Sebenarnya aku ikuti perkembangan hotel ini dari mula-mula buat lagi. Maklumlah hari-hari lalu depan hotel ni. Dalam hati dah siap nanti aku akan review. Dah Alhamdulillah setelah sebulan beroperasi aku diberi peluang untuk review ini hotel. Thanks to PR yang invite aku!

Hilton Garden memang ramai orang tau namun, bagi cawangannya yang terbaru iaitu Hilton Garden Inn Puchong masih baru dah tak ramai yang tahu. Percaya atau tidak kat Puchong Permai ni dah ada hotel bertaraf 4 bintang okay.

Hilton Garden Inn Puchong Review

Bilik

Bilik yang aku dapat ni antara bilik executive, luas dah selesa. Disamping view tasik prima memang cantik, memang tak percaya Puchong cantik sekali. Tapi view dari rumah aku pun cantik jugak bezanya rumah aku tingkat 16, bilik hotel ni tingkat 22 kalau tak silap.

Apa yang aku suka tentang bilik ni adalah lantainya yang pakai karpet. Aku ni kalau hotel yang guna tile ni susah sikit, sebab sejuk pagi-pagi pastu basah pulak lepas keluar dari bilik air.

aku suka ruang kerja ni

Katil king cukup selesa, ada meja untuk buat kerja. Ini paling best sebab aku ni jenis kerja sambil bercuti. Walaupun orang nampak aku bercuti tapi hakikatnya aku bekerja.

TV besar! Puas tengok movie weh.

Swimming Pool

Swimming pool bukan . jenis infinity pool ya tapi bagi aku swimming pool kat Hilton Garden Inn ni agak private, orang luar tak kan nampak dan saiz pun besar. Kira kalau korang berenang dari hujung ke hujung tu boleh tahanlah penat nya.

Toilet

Untuk tandas aku bagi 5 bintang sebab bersih, moden, ada tab mandi, besar dan luas. Dah lama weh tak berendam!

Shopping Mall

Antara hotel terbaik yang aku stay adalah bila hotel itu ada connection dengan Shopping Mall. Begitu juga Hilton Garden Inn Puchong. Di bawahnya ada Shopping Mall iaitu Parkson. Actually parkson ni baru lagi buka. Tak ramai warga Puchong yang datang kat sini. aku pun tak tahu kenapa aku pun warga Puchong tapi ini juga pertama kali aku datang ke Parkson untuk beli barang dapur atau shopping. Mungkiin sebab ada pasaraya OTK di depan ini atau orang ramai lebih suka ke IOI City Mall atau IOI Mall.

ruang makan ni bukan dalam Mall tapi dalam hotel. taraf 5 star punya restoran bagi aku

Aku rasa kalau Parkson ni ada wayang aku akan datang tiap-tiap minggu kot, Sekurang-kurangnya ada juga hiburan bagi menarik orang membeli belah. Orang Malaysia ni kadang-kadang bukan suka sangat shopping diorang lebih suka hiburan.

Harap one day ada wayang kat Parkson Puchong Permai ni. Tak kisahlah TGV ke GSC atau MBO janji ada wayang.

Selain itu, staff kat sini sangat peramah, berjam jugaklah aku sembang dengan Encik Hafiz kat Reception tu, dan terima kasih juga kat Nurul yang begitu peramah sekali.

Parking no hal. Banyak parking. Jangan risau pasal tu.

Rating Hilton Garden Inn Puchong Review

Rating aku bagi dari pandangan aku sebagai seorang travel blogger dan pendapat ini dari aku tak ada pengaruh mana-mana pihak ye. Review jujur gitu!

  • Price: 4/5
  • Location: 4/5
  • Facilities: 4.5
  • Cleanness: 5/5
  • Overall: 4.5/5

Tempat Menarik di Puchong

Kalau korang datang Puchong takkanlah nak stay kat hotel je kan. Jadi aku recommend tempat makan dan tempat lepak yang best di sekitar Puchong. Welcome to my home gituh.

  • Laksa di tepi petronas Puchong Prima (2ptg – 5ptg)
  • Nasi Kukus Bukit Puchong
  • Restoran Ayam Kampung Bukit Puchong
  • IOI City Mall
  • IOI Mall
  • Masjid Terapung Puchong Perdana
  • Nasi Kukus Kelantan depan Station LRT Puchong Prima
  • Tasik Puchong

Ok itu jelah kot yang terlintas dalam fikiran aku buat masa sekarang. Nanti aku update lagi kalau ada.


Hilton Garden Inn Puchong

Alamat: Jalan DM2, Desa Millennia, 47150 Puchong, Selangor

Phone: 03-8084 1299

Harga: RM210++

Websitewww.hilton.com/en/hilton-garden-inn/

Facebook | Instagram | Twitter | Youtube


 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge