Tips Bijak Menguruskan Kewangan Dari Usia Muda. Golongan muda di Malaysia mencatatkan jumlah tertinggi dalam senarai mereka yang di ishtiharkan muflis. Dengan pengurusan kewangan yang tidak bijak dan perbelanjaan yang mengikut nafsu membuatkan golongan ini terdedah kepada muflis.

Oleh sebab itu, pentingnya dalam pengurusan kewangan bijak buat mereka yang berniat memperbaiki taraf kewangan terutama bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga di usia muda.

Berikut kami kongsikan tips bijak menguruskan kewangan dari usia muda.

Kita andaikan:

Gaji Lelaki: RM2,000

Gaji Wanita: RM2,000

Gaji meningkat RM100 setahun.

1. Lelaki boleh guna dahulu motor, jangan terlalu tergesa-gesa untuk membeli kereta. Bagi wanita pula boleh beli sekurang-kurangnya Axia dengan bayaran bulan sebanyak RM500.

2. Lelaki boleh buat pembiayaan ASB RM100K dalam tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Kalau boleh jangan usik dahulu dividen simpanan selama 3 tahun.

Dividen terkumpul: 3 tahun 7.25% dividen tahunan RM23,300 + Sijil RM4,500 = RM27,800 cash.

Wanita buat pembiayaan ASB RM50K komitmen bulanan RM275. Jangan usik dividen 3 tahun.

Dividen terkumpul: 3 tahun 7.25% dividen tahunan RM11,650 + Sijil RM2,250 = RM13,900 cash

3. Apabila berkahwin jumlah simpanan cash lelaki + wanita RM42,700. Bajet untuk majlis kahwin RM10K. Kalau pihak ibubapa nak buat majlis besar besaran bolehlah mintak mereka support. Tak perlu malu pun buat majlis biasa-biasa. Dengan baki RM31,700 boleh boleh membeli asset positif yang akan membawa positif cash flow.

4. Lelaki boleh cari rumah kos rendah dahulu, bawah RM100K pun ok jugak kalau ada. Kalau tak jumpa jangan putus ada boleh cari rumah subsale atau lelong. EPF untuk akaun 2 ada dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10K untuk urusan ini tambah dengan RM5,500 dalam EPF akaun 2. Mana-mana fee yang boleh dimasukkan dalam pembiayaan bank boleh masukkan. Bayaran untuk rumah tersebut dalam RM450. Andaikan sewa rumah tersebut RM600 sebulan dan buat tenacy agreement. Wanita juga boleh cari rumah seperti tadi.

5. Pasangan boleh sewa rumah dulu untuk tempoh 3 tahun. Kalau menumpang rumah mak bapak lagi bagus. Untuk sementara waktu boleh save sikit bajet. Baki simpanan masih lagi ada RM11,700. Baki EPF akaun 2 pasangan boleh menampung RM150 sebulan untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah masing-masing. Jadi komitmen rumah masing-masing hanya RM300 seorang.

6. Dari pendapatan sewa pasangan ini RM600 + RM600 buat pembiayaan ASB RM100K setiap orang . Gunakan pendapatan duit sewa tersebut untuk bayar buanan. Jangan usik dividen selamat 3 tahun. Jumlah dividen terkumpul RM46,700 + jual sijil lelaki RM6,300 = RM53,000. Jumlah cash di tangan sekarang RM46,700 + RM6,300 = RM64,700. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB wanita sehingga habis temph pembiayaan dan komitment bulanan RM600 secara konsisten lagi 22 tahun. Jumlah simpanan terkumpul adalah RM516,000.

7. Belbekalkan cash itu tadi, beli pula rumah utnuk duduk sendiri. Sebagai contoh rumah RM300K. Buat pembiayaan bersama lelaki dan wanita jika perlu. Baki duit cash yang ada boleh digunakan untuk renovasi minor dan perkakas rumah yang lain.

8. Setidak-tidaknya dalam tempoh ini mereka sdudah ada 3 property, kereta pun dah nak habis bayar, gaji pun ofcoz dan meningkat ketika ini. Bila semua dah stabil bolehlah upgrade ikut keperluan mana yang patut.

****

Walaubagaimanapun ini hanya sekadar ilustrasi. Boleh ambil yang mana sesuai.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge