Percutian di Bandar Kuala Lumpur by ANSA Hotel KL. Sesekali teringin juga nak rasa bercuti di dalam bandar Kuala Lumpur. Kali ini aku cuba sepenuhnya untuk guna public transport sepanjang percutian 3 hari 2 malam di tengah-tengah KL.

Tempat-tempat yang aku pergi pun tak banyak, cuma tempat berhampiran dengan hotel yang aku menginap jer. Idea asal bukan nak bercuti sangat pun cuma nak merasa menjadi orang kota sekali sekala. Ubah mood orang kata.

Hotel ANSA Kuala Lumpur

Lobby ANSA Hotel KL. Depan Hotel ada busker

Tempat yang aku stay dekat depan Pavillion. Hotel ANSA Kuala Lumpur. Kalau korang perasan hotel ni betul-betul sebelah Fahrenheit. Dekat laluan crossing yang paling sibuk di KL.

Ternyata perasaan dia lain macam weh bila ko stay di hotel berbanding dengan ko lepak kat Pavillion balik hari. Keluar hotel ko akan nampak orang ramai lalu lalang sebijik macam kat Jepun cuma bezanya kat sini ko jumpa orang Arab lagi ramai.

ANSA Hotel KL
ANSA Hotel KL
ANSA Hotel KL
ANSA Hotel KL
Breakfast

Kala malam pula bandar KL akan bertukar bagaikan berada di Negara Arab. Hehe

Kereta aku park dekat parking, lepas check in memang dah tak guna kereta dan. Memang jalan kaki jer. Banyak rupanya aktiviti yang boleh buat sekitar hotel ni. Kadang-kadang rasa macam dekat Jepun pun ada juga.

Hari pertama aku just jalan-jalan macam orang tak ada tujuan ke Pavilion dan Fahrenheit. Lepas tu gi makan dekat food court Pavilion tu makanan kegemaran aku Yong Tau Fu. Sedap weh.

KL waktu malam

Malam-malam lepak kat pavilion atau kedai-kedai sekitar sambil tengok gelagat orang kota.

Paling best Hotel ni design dia sangat moden, bilik selesa, lepak kat lobby hotel pun seronok. Bawah ni ada kafe, pagi-pagi korang boleh makan nasi lemak hotel (termasuk dalam breakfast hotel) jadi tak payah nak pening untuk cari tempat sarapan pagi.

Muzium Ilusi KL

Selain tu korang boleh juga singgah di muzium ilusi. Ada di tingkat 2. Muzium ni merupakan muzium ke-6 di buka di seluruh dunia. Baru lagi muzium dibuka. Bagi korang yang nak bermain dengan ilusi dan camera trick bolehlah singgah. Sesuai untuk bawa budak-budak bagi minda diorang pun berkembang. banyak jugalah benda yangh tak masuk akal aku belajar dari sini.

Aku rasa kalau korang yang nak merasa jadi orang KL dan lihat sendiri KL waktu malam terutamanya bolehlah cuba menginap di Hotel sekitar KL ni. Salah satu hotel yang aku rasa memang strategik gila adalah ANSA Hotel KL ni. Sebab lokasi dan harganya yang paling murah jika dibandingkan dengan hotel-hotel sekitar.


Alamat: 101, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Contact Number: 03-2146 5000

Harga: Around RM255++


Review / Rating 

  • Price: 4/5
  • Location: 5/5
  • Facilities: 4.5
  • Cleanness: 5/5
  • Overall: 4.5/5

Attractions & Activities

  • Museum of Illusion
  • Lot 10 Hutong
  • Aquaria KLCC
  • Pavilion KL
  • Suria KLCC
  • Petaling Street
  • Batu Caves
  • Kuala Lumpur Bird Park
  • KL Forest Eco Park
  • Changkat Bukit Bintang
  • Alor Road

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge