Sebab Kenapa Sarawak Perlu Jadi Destinasi Travel Anda 2019. Bagi kaki travel kalau ditanya mesti akan jawab destinasi luar negara yang akan menjadi pilihan pada 2019 nanti. Tanpa mereka sedar dalam Malaysia sendiri pun masih banyak lagi tempat yang belum diterokai.

Salah satu destinasi yang aku dah masukkan dalam senarai travel aku untuk tahun depan (2019) adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Pernahlah aku jejak sekali di Kuching tu pun tahun 2012 bersama penerbangan pertama Malindo Air ke Kuching.

Sarawak ni banyak lagi destinasi yang perlu kita discover. Negerinya yang besar mungkin makan masa berminggu untuk di terokai secara menyeluruh.

Bersempena dengan majlis pelancaran logo baru dari Sarawak Tourism Board yang berlansung di JW Marriot Hotel Kuala Lumpur semalam, Visit Sarawak telah pun melancarkan logo baru dan juga hashtag #SarawakMoreToDiscover sesuai dengan Sarawak yang menawarkan sisi-sisi travel yang korang tak akan jumpa di tempat lain. Dengan kepelbagaian budaya, pengembaraan, alam semulajadi, makanan, dan juga pelbagai festival yang akan diadakan.

Pada majlis yang berlansung samalam juga, Menteri Pelancongan dan kebudayaan Sarawak berkata mereka mengjangkakan peningkatan sebanyak 12% pelancong dari Malaysia untuk ke Sarawak pada masa akan datang. Ini kerana Sarawak mempunyai kepelbagaian untuk dtawarkan kepada pelancong.

Majlis semalam juga dihiburkan oleh penyanyi yang cukup berbakat iaitu Dayang Nurfaezah. Weh ketaq tangan aku weh masa nak record video Dayang menyanyi. Cantik sangat!

Pelancaran Logo Baru Visit Sarawak!

Visit Sarawak

Logo baru ini sangat kena dengan tema More To Discover yang diketengahkan. Nampak lebih simple, friendly dan mesra tanpa menghiraukan alam semula jadi di dalam logo.

Merah dan Kuning : Melambangkan warna bendera Negeri Sarawak

Oren: Semangat dan tenaga kaum yang wujud di Sarawak

Hijau: Alam semulajadi

Biru: Ketenangan laut biru di Sarawak

Huruf S: Menunjukkan seni reka yang selalu digunakan oleh orang Dayak dan Orang Ulu.

Kepala burung Hornbil: Logo yang cukup popular menggambarkan Sarawak Bumi Kenyalang.

Tagline More To Discover

Logo Baru Visit Sarawak

Seperti yang aku cakap tadi tagline ni menggambarkan Sarawak yang menawarkan sisi-sisi travel yang korang tak akan jumpa di tempat lain. Dengan kepelbagaian budaya, pengembaraan, alam semulajadi, makanan, dan juga pelbagai festival yang akan diadakan.

Dengan tagline ini juga menggambarkan Sarawak ni adalah diluar jangkaan imaginasi kita. Terlampau banyak perkara untuk kita terokai di sana.

Discover Culture

Tahukah korang di Sarawak ada 27 etnik yang tinggal? Tak tahu kan? Aku pun baru tahu. Hehe. Mereka juga bercakap dalam 45 jenis bahasa dan dialek, setiap bahasa ada kisahnya tersendiri. Ini sahaja membuatkan kita begitu teruja untuk mendengar dan menyaksikannya sendiri.

Aku bagilah contoh sikit. Kaum Iban memang cukup terkenal dengan skill memburu yang cukup gembak. Kalau nak try cubalah suruh diorang sumpit ko masa ko kat atas pokok. Gerenti kena.

Discover Adventure

Ni bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Kita traveller ni memang ada yang suka buat aktiviti mencabar seperti hiking, jungle trekking dan banyak lagi. Di Sarawak juga mereka menawarkan pelbagai aktiviti seperti ini. Kalau jenis suka masuk gua di Sarawak memang terdapat banyak jenis gua. Sukan air pun banyak, memancing, mendaki dan banyak lagi lah.

Nak lagi best korang boleh cuba aktiviti kaum di sana dalam menghasilkan kraftangan yang menarik. Boleh belajar dari orang tempatan.

Discover Nature

Ok yang ni memang jenis yang aku minat. Tahukan korang Sarawak mempunyai keluasan hutan terbesar iaitu meliputi 75 peratus? Ini menjadikan Sarawak adalah satu-satunya Negeri yang mempunyai Hutan Hujan Tropikal Terbesar di Dunia. Kalau korang nak bayangkan Hutan Hujan di Sarawak adalah seluas Negara Austria di Eropah.

Sudah tentu dengan 75% hutan ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di dalamnya. Macam-macam spisis yang korang boleh jumpa.

Taman Negara Mulu juga meruapakan tapak warisan UNESCO sejak dari tahun 2000 lagi bersama dengan Taman Negara Kinabalu di Sabah. Taman Negara Bako pula mencatatkan wujudnya manusia pertama yang menjejakkan kaki di taman ini dengan terjumpanya tapak kaki manusia pada tahun 1958 menjadikan ianya tapak kaki paling tua di Malaysia. Manakala Gun Niah pula merupakan tempat tinggalnya masyarakatt zaman Paleolitik dan Neolitik. Zaman ni kira zaman sebelum wujudnya tamadun manusia.

Discover Food

Makanan tak yah cakaplah orang kita ni memang suka kalau bab makan ni. Sarawak juga mempunyai pelbagai makanan traditional yang patut korang cuba. Contohnya, Mee Kolok, Laksa Sarawak, Pucuk Midin, Kueh Chap, Manok Kacangma, Buah Dabai, Melanau Umai dan banyak lagi.

Discover Festival

Gawai Dayak Festival in Borneo
Kuching Festival 2017

Dengan adanya 27 etnik di Sarawak sudah pasti akan wujudnya pelbagai festival di Sarawak. Tapi October Fest tak der yer! Jangan risau. Sarawak tak akan buat benda-benda negatif dari semenanjung. Aku nak senaraikan semjau festival yang ada kat sini memang 2 hari lah tak habis lagi. Nanti kalau korang datang Sarawak tahulah apa festival yang akan ada kat sini.

*****

Dengan kepelbagaian yang ditawarkan ini pastinya membuatkan aku lebih teruja untuk menjejaki Sarawak. Banyak lagi aktiviti yang menarik boleh kita discover jikalau   jejakkan kaki di negeri ini. Jadi korang jom kita masukkan Sarawak dalam senarai travel tahun 2019 nanti. Eh nak pergi sekarang pun boleh.

Maklumat lanjut : https://sarawaktourism.com/

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge