Best Homestay in Melaka The Hut Serkam Review. Melaka antara tempat favourite buat warga kota untuk habiskan cuti di hujung minggu. Selain hanya mengambil masa 1 jam perjalanan, Negeri Melaka juga terkenal dengan makanan yag sedap-sedap. Paling menjadi tumpuan sudah tentu coconut shake, kuih keria dan asam pedas. Kira memang tak boleh miss lah makanan ni kalau pergi Melaka.

Bagaimana pula dengan tempat tinggal? Di makakah kebiasaanya pilihan anda untuk homestay di Melaka?

Baru-baru ini aku berpelung ke Melaka, Saja nak tenangkan fikiran. Lagipun Melaka ni tak jauh sangat. Just 1 jam pun dah boleh sampai. Jimat masa dan tenaga.

Di Melaka aku stay di The Hut Serkam. Terletak di Merlimau, The Hut merupakan salah satu homestay yang agak unik di Melaka. Dengan hanya beberapa unit sahaja di sediakan menjadikan The Hut salah satu homestay yang cukup laris di Melaka. Kira limited lah. Sebab tu kalau korang teringin nak stay di The Hut aku sarankan kena booking awal. Kalau last minute nanti penuh pulak. Lagi-lagi kalau hujung minggu. Hari bekerja InshaAllah masih ada tapi harus buat booking awal.

Apa yang istimewanya The Hut?

Aku suka The Hut ni banyak sebab. Salah satu lokasi dia. Tak terlalu jauh dengan bandar dan kemudahan di sekitar juga banyak. Hari minggu di depan The Hut ada pasar malam. Jadi kalau korang suka jenis street food di Malaysia pastinya The Hut pilihan yang bijak.

Selain pasar malam, The Hut juga terletak berhampiran pasar pagi atau pasar ikan. Ini salah satu sebab juga aku suka stay di homestay. Senang nak masak.

Kalau jenis suka makan ikan bakar, terletak hanya 2km dari The Hut ada Umbai Ikan Bakar. Kedai yang agak famous tu. Sesuailah kalau nak bawak family berciuti. Semua ada kat sini.

Di Depan The Hut pula ada pantai. Kot-kot lah nak tenang kan diri kat tepi pantai ke layan perasaan ker. Boleh ler berbuat demikian. Satu lagi The Hut ni popular dalam kalangan orang Singapura. Sebabnya berhampiran The Hut terletaknya Jeti Nelayan Pantai Siring (6KM).

Aku kat the Hut satu malam je tapi puas hati. Paling aku suka lepak kat swimming pool. Best gila. Waktu malam pulak dengan cahaya lampu neon tu lagi menaikkan suasana kampung. Jadi korang kalau ke Melaka jangan lupa bawa baju swimming. Lagi-lagi kalau datang dengan anak-anak.

Harga

Bab harga ni memang memain peranan yang besar. Sebab itu aku sarankan The Hut kalau korang bercuti ke Melaka. Sebab harga sangat berpatutan. Dengan apa yang disediakan di sini aku gerenti memang berbaloi.

The Hut features a total of 5 rooms. 3 rooms are equipped with twin single size beds and 2 rooms with queen size beds

For normal seasons: 

  • RM160 / room / night (Check-in on Sunday to Thursday)
  • RM180 / room / night (Check-in on Friday & Saturday)

For peak seasons (Public & school holiday seasons):

  • RM180 / room / night (Check-in on Sunday to Thursday)
  • RM200 / room / night (Check-in on Friday & Saturday)

FACILITIES

Antara kemudahan yang ada di sini adalah:

  • Fully equipped kitchen
  • Dining with TV
  • Barbecue  Area
  • Bicycles for rent
  • Free WiFi
  • Free parking
  • 24 hour CCTV monitoring for security pruposes

FOOD & BEVERAGES

Untuk korang yang nak buat BBQ ke apa ke. Boleh request dengan owner untuk disediakan. Menu boleh bincang. Dah harga pun boleh bincang. Senang kan. Diorang akan sediakan semua.

ATTRACTIONS & ACTIVITIES

  1. Masjid Jamek Serkam (200m, less than 5 min walking)
  2. Medan Ikan Bakar Serkam (500 m, 5 min walking)
  3. Jeti Nelayan Pantai Siring (2 km)
  4. Medan Ikan Bakar Umbai  (6 km)
  5. Medan Ikan Bakar Muara Sg. Duyung (14 km)
  6. Melaka City Centre (23 km, 25 min drive)

Jadi guys kalau nak ke Melaka memang aku recommend lah The Hut Serkam ni. Antara Best Homestay in Melaka!

Rating

  • Kebersihan – 4.5/5
  • Harga – 4.5/5
  • Lokasi – 5/5
  • Kemudahan – 5/5
  • Overall 4.5/5

Untuk pertanyaan dan tempahan bilik bolehlah diajukan terus kepada Encik Khairul Afnan, pemilik bersama The Hut di talian +60123202611.

The Hut @Serkam

Lokasi : KM 18, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka

Waze: (The Hut @Serkam)

Facebook: The Hut Malaysia

Instagram: The Hut Malaysia

Villa Serai

Selain The Hut korang juga boleh cuba Villa Serai.Villa Serai terletak cuma 2 km daripada The Hut @ Serkam. Villa Serai menawarkan penginapan banglo dan chalet yang sesuai dijadikan tempat percutian keluarga.

Terdapat 3 buah bilik di banglo dengan ruang tamu dan ruang makan yang sangat selesa. Berada di Villa Serai ini terasa seakan berada di rumah sendiri.

Ruangan dapur kering dan dapur basah diasingkan. Ruangan dapur basah dan juga tempat memasak terletak di luar rumah di mana meja makan, ruangan BBQ dan tempat bersantai disediakan.

Untuk sebarang tempahan boleh hubungi :
  • Whatsapp/Tel : +60123202611

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge