DJI Mavic Air Review Experience di Avillion Port Dickson. DJI Mavic Air merupakan salah satu drone keluaran terbaru. Dengan saiznya yang compact dan mampu menghasilkan video berkualiti 4K, sudah pasti drone yang dinamakan Mavic Air ini akan menjadi sebuah gadget idaman kaki travel macam aku.

Dengan kombinasi dari DJI Mavic Pro dan DJI Spark, video travel pasti akan lebih awesome. Bukan sahaja video, malah gambar pun confirm meletop.

Baru-baru ni aku diberi peluang untuk mencuba sendiri DJI Mavic Air dan merasai pengalaman menerbangkan sebuah drone. Satu perasaan yang seronok tambah excited. Jika sebelum ini aku memang ragu-ragu nak terbangkan drone sebab takut crash langgar pokok atau benda-benda lain, namun dengan DJI Mavic Air aku tak perlu risau semua itu.

Sungguh senang nak terbangkan drone ni sebenarnya. Satu ketika dulu aku pernah cuba terbangkan drone dari pasar malam, dia punya susah nak balance tu rasa nak hempas je kat lantai.

Tapi dengan Mavic Air senang je nak kawal drone ni. Tengok harga lah brader. Hehe..

DJI Mavic Air Experience diadakan di  Avillion Port Dickson selama 2 hari. Beberapa orang blogger juga terlibat dengan event ini. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk merasai sendiri Mavic Air dan menghasilkan satu video kreatif. Di akhir event, satu pemenang akan dipilih dah sudah tentunya bukan aku pemenangnya.

But, its okay. Dapat kawal drone sendiri pun tak per dah walaupun tak menang.

Sesuai Untuk Kaki Travel

Korang kalau jenis suka travel tu aku sarankan memang wajib ada Mavic Air ni, aku pun nak beli juga tapi tengah tunggu duit banyak dulu. Sebab harga boleh tahan!

Salah satu sebab aku suka benda ni sebab saiz dia. Sangat compatible untuk dibawa bersama ketika travel. Tak memerlukan ruang yang banyak untuk drone ini. Nak masuk poket pun muat.

Pasal performance tak yah cakaplah memang mantap habis. Kalau korang nak buat video travel tahap profesional memang sesuai guna Mavic Air. Blogger travel dari luar negara dah banyak guna drone.

Traveller vs Instagrammer

Menurut pihak DJI, dengan Mavic Air, mereka mensasarkan kepada traveller dan instagrammer. Ini bersesuaian dengan saiz drone yang kecil dan kompak ini. Selain kipasnya yang boleh dilipat, dron ini tidak memakan banyak ruang semasa disimpan. Ini termasuklah dengan ‘design’ alat kawalannya yang juga kompak, boleh dikatakan sebesar tapak tangan sahaja.

Design

Dari segi saiz memang tak boleh lawan dengan DJI Spark. Namun, DJI Mavic Air lebih senang untuk handle. Kipas yang boleh dilipat dan joystick yang boleh disimpan dalam body remote pasti membuatkan ruangan lebih jimat. Malah DJI Mavic Air boleh dijadikan sebagai drone pocket size.

  • Berat DJI Mavic Air = 430g
  • Berat DJI Spark = 300g
  • Berat DJI Pro = 743g

DJI Mavic Air juga hadir dengan USB-C port untuk transfer data. Kalau nak download terus boleh gunakan apps.

Hadir dengan 3 jenis warna yang berbeza iaitu putih, hitam dan merah.

Selain itu, ianya juga mempunyai microSD 8GB secara build in. Kalau memori korang penuh secara automatik data korang akan disimpan di dalam memori kad 8GB ini.

Bateri

Untuk penerbangan, dron ini mempunyai kapasiti 40% bateri lebih besar daripada DJI Spark dan ini menjanjikan masa penerbangan selama 21minit. Boleh lah kan 21 minit. Lama juga tu. Tapi boleh beli bateri spare lah senang nak tukar-tukar. Sementara guna satu boleh cas satu.

Lagi satu yang aku risau dan tertanya-tanya. Bagaimana kalau masa tengah fly, Tetiba bateri drone ko habis? Boleh ke drone jatuh macam tu jer. Hilang nanti kan?

Haa, uniknya Mavic Air ni kalau bateri hampir habis dia akan reserve sedikit bateri untuk drone tu “return home” maknanya dia akan balik secara automatik ke tempat drone tu berlepas. Then bila dah nak habis bateri satu indicator akan muncul dekat remote korang tu mengatakan berapa jauh lagi jarak yang drone korang boleh pergi. Agak-agak dah tak leh gi jauh, jangan gatal paksa dia terbang lagi. Just tekan je return home.

Keselamatan Yang Paling Canggih

Dengan adanya 3 sensor di bahagian depan, belakang dan dibawah drone menjadikan Mavic Air sebagai drone yang paling selamat untuk terbang dan antara drone yang paling susah untuk jatuh, terhempas dan hilang.

Quickshots

Untuk pengguna drone amatur macam aku ni sudah pasti fungsi quickshot. Quckshot ini membolehkan . Mavic Air berfungsi secara auto pilot. Wah dah macam menerbangkan kapal terbang je kan. Jadi video yang korang ambil akan nampak lebih ohsem walaupun korang bukanlah penerbang drone yang profesional.

Untuk Mavic Air, penambahan 4 fungsi Qucikshot pastinya menjadikan drone ini wajib dimiliki.

Macam mana nak guna fungsi Quickshot?

Untuk terbangkan DJI Mavic Air menggunakan QuickShot Modes. mula-mula korang kena turn on drone tu, pastikan ianya connected dengan remote control atau phone anda.

1. While in flight, tap the Intelligent Flight Mode icon on the left of the screen.

2. Tap ‘QuickShot.’

3. Ensure you are flying in ‘P Mode’ with a sufficient GPS signal.

4. Fly in an open area free of obstructions.

Hasilnya macam video kitaorang kat bawah ni! Mood yang digunakan adalah Helix!

Selain 4 fungsi baru ni, DJI Mavic Air juga kekalkan Quickshot Boomerang dan Quickshot Asteroid. Dengan kesemua 6 fungsi quickshiot ini membolehlah pengguna drone mempunyai lebih banyak pilihan.

Gesture controls

Zaman sekarang bukan smartphone je ada fungsi ni. Drone pun boleh jadi pintar dah. Boleh arahkan guna tangan je. Kalau nak tau lebih lanjut kena baca manual ya. Cukuplah sekadar korang tahu yang Mavic Air boleh dikawal guna tangan.

Actually banyak lagi benda best tentang DJI Mavic Air ni. Terlalu teknikal juga problem juga aku nak tulis sebab bagi pengguna amatur macam aku, cukuplah sekadar aku saiz, berat, senang nak guna, selamat, bersaiz poket dan kualiti tip top. Ini sahaja sudah cukup meyakinkan untuk traveler jadikan DJI Mavic Air sebagai drone pertama korang.

Harga DJI Mavic Air di Malaysia

Mavic Air dijual pada harga serendah RM3,300 untuk pakej standard. Untuk pakej Fly More Combo, harga saranannya adalah RM4,055. Dalam pakej itu, anda akan beroleh perkara seperti:

  • 2 bateri tambahan
  • 1 set kipas
  • hab pengecas
  • beg kembara

Jadi apa lagi guys. Kalau korang berkemampuan tak salah pun nak angkat sebijik DJI Mavic Air ni kan. Tak nyesal aih kalau beli satu.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

Dapatkan Medical Insurance terbaik ketika travel di Medical Departures 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge