Mungkin satu hari nanti bila tiba masanya aku akan hilangkan diri. Tak lama dalam 2 – 3 bulan sahaja. Masa tu aku nak hilangkan diri macam tu sahaja tanpa memberi hint langsung kepada sesiapapun. Nodody will know where i am going and what im gonna do. Just missing like wind blowing.

Actually this post pun satu hint dah. Kalau aku hilang nanti ketahuilah aku akan berada di salah satu tempat ini. But jangan cari aku, just sekadar pengetahuan sahaja. I will return one day.

Pernah tak korang terfikir nak buat kerja gila macam ni? Aku sejak dari kecil lagi pun selalu impikan benda ni. Walau nampak gila maybe one day aku akan buat. Who know right? But not for now. I have to do something dulu before i missing. Dan lagi pun banyak lagi benda aku nak buat untuk masa sekarang.

Ok ini 5 tempat aku mungkin berada untuk hilangkan diri. Tapi ianya mungkin berubah dari masa ke semasa.

1. Ireland

Kenapa Ireland? bagi aku Ireland adalah salah satu negara yang tenang dan sesuai untuk hidup sendiri. Dari segi living cost aku rasa masih boleh bertahan untuk sebulan dua. Transport pun should not be a problem sebab kat sana public transport senang.

Pilihan pertama aku mungkin London. Tapi dengan kos sara hidup kat sana yang agak tinggi aku beralih kepada Ireland. Actually London kalau pandai bajet pun boleh je survive untuk 2 bulan. Harga bilik kalau nak sewa pun dalam RM1,200 sebulan boleh dapat.

2. Lombok, Indonesia

Untuk bajet yang kecil, aku mungkin akan ambil keputusan ke Lombok sahaja. Berada di kawasan pantai atau pulau boleh memberi terapi buat minda untuk hilangkan segala kekusutan di jiwa. Lagipun Lombok cantik juga. Sewa murah, makan murah, makanan halal pun senang cari.

Tapi dengan keaadaan di Lombok yang tengah bergelora dengan gempa bumi mungkin buat masa sekarang ianya bukan satu pilihan yang bijak untuk aku hilangkan diri ke sana. Atau mungkin juga kalau aku ke sana aku akan hilang terus dari muka bumi ini?

Haha…we will see..

Al-Fatihah buat mereka yang terkorban akibat gempa bumi Lombok.

3. New Zealand

NZ juga salah satu negara yang mungkin aku akan pergi. Negara ini agak tenang juga. Tapi makanan halal agak mencabar nak cari kalau korang jenis tekak melayu macam aku. If you willing to be vegetarian boleh lah ke sana.

Living cost juga agak mahal, dengan bajet yang aku ada sekarang aku boleh bertahan dalam masa sebulan sahaja kat sana. Tapi mungkin aku akan ke NZ dalam seminggu then terus ke Fiji or negara-negara kepulauan di sana. Mungkin juga Vanuatu, Cook Island, Tuvalu, Nauru.

4. Scotland

Aku penah ke Scotland before, and i fall in love with Edinburgh but living cost in Edinburgh is too expensive la. Maybe boleh try Glasgow kot. Glasgow still macam kampung tapi ada macam-macam kemudahan. Kos sara hidup kat Glasgow pun lebih rendah dari Edinburgh. Cuma nak hidup sorang di Glasgow agak boring sikit. Melainkan korang ada aktiviti boleh di buat.

5. Thailand

Negara jiran ni juga salah satu tempat yang sesuai untuk hilangkan diri. Malah ianya antara tempat yang popular bagi traveler solo habiskan masa yang panjang. Kebiasaanya mereka dari Eropah sangat suka habiskan masa kat Thailand.

Makanan pun aku rasa tak susah nak cari. Living cost pun lebih kurang sahaja dengan Malaysia. Budaya dan gaya hidup pun tak jauh beza. Cuaca pun sama. Tapi nak hilangkan diri kat Thailand macam dekat sangat, orang nak cari ko nanti senang. Ataupun incase ada kecemasa boleh je nak balik terus.

******

Ok itu je negara yang mungkin aku akan pergi untuk hilangkan diri. Tapi bukan 100% betul. But if aku missing nanti ada ke orang yang cari? haha atau nothing will happen dan orang tak sedar pun aku tak ada? Aku harap orang tak cari aku kalau aku hilang nanti. Just hormat yang aku perlukan “me time” seketika…

So, kalau korang negara mana jadi pilihan korang untuk hilangkan diri?

 

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge