Jejak Jepun di Bandar Hiroshima dan Pulau Miyajima. Artikel ini merupakan sambungan kepada Kembara Jepun 5 Hari di Chugoku & Shikoku. Jadi kiranya aku berada di Hiroshima pada hari ke 4 dan ke 5 selepas ke Ehime Prefecture.

Recaps

Hari ke-3 jadual aku sepatutnya dihabiskan di Matsuyama Castle, tetapi disebabkan oleh trafik yang sesak terpaksa tunda ke hari ke-4. Pagi-pagi lagi kami dah check out dari Dogo Grand Hotel untuk ke Matsuyama Castle. Castle ini di buka sewal jam 9 pagi dan 8.45am kami dah terpacak di depan gate. Dari hotel kami gerak jam 8 pagi. Dalam 15 minit pemanduan ke Matsuyama Castle. Dari bawah we take ropeway (3 minit). Selain tu boleh juga naik chairlift. Tapi yang ni agak scary sikit. Castle ni juga satu-satunya castle yang tak ada lift untuk naik ke atas. So korang kena jalan kaki.

Hari itu pula hujan renyai-renyai membuatkan masa kami agak terhad untuk mengambil gambar terbaik. Terasa rugi pun ada sebab castle ini sengat cantik dan unik. Masa kami luangkan di sini pun agak rushing. Maybe one day i will come again to enjoy this castle.

Matsuyama Castle merupakan salah satu dari 12 original castle. Castle ini juga antara castle yang terselamat selepas perang dunia kedua. Ianya juga telah bertahan sejak zaman pasca feudal sejak tahun 1868.

Menurut Miko-san (tour guide) kami, castle ini antara castle yang sangat complex dan interesting di negara ini. Ia terletak di Gunung Katsuyama, bukit curam di pusat bandar yang pastinya menyajikan para pelancong dengan pemandangan “burung Matsuyama” dan Laut Inland Seto. Terdapat kira-kira 200 pokok sakura di atas istana, menjadikannya sebuah tempat bunga sakura berkembang indah pada musim bunga sekitar penghujung Mac hingga awal April setiap tahun. Jadi kalau nak tengok sakura inilah tempat yang patut anda tuju.

Fakta: Orang Jepun celebrates new year degan menanam pokok bamboo, plum dan pine yg melambangkan longevity. 3 jenis pokok ni akan tetap hijau pada musim sejuk.

Matsuyama Castle dibina pada tahun 1602 hingga 1628 dah di serahkan kepada keluarga Matsudaira yang memerintah Tokugawa ketika itu. Pada tahun 1820 castle tower 5 tingkat ini telah musnah akibat disambar petir dan kini ianya telah dibina semula hanya 3 tingkat sahaja.

Nak cerita semua tentang Matsuyama Castle ni 4 hari pun tak habis. Jadi apa kata korang datang sendiri kat sini.

Access

Nak naik atas ni kena menapak sikit sebab terletak di atas bukit. Sebelum ni boleh naik ropeway atau chairlift.

  • Tram line 5 dari JR Matsuyama Station (10minit, 160 yen)
  • Tram line 2 atau 3 dari Matsuyama-shi Station (5 minit, 160 yen).

Info Lanjut:

  • Dibuka dari jam 9:00 – 17:00
  • Bayaran : 510 yen

Dalam rushing untuk elakkan dari hujan kami terus bergerak meninggalkan Ehime. Destinasi seterusnya adalah Hiroshima. Agak excited sebenarnya nak ke Hiroshima, salah satu destinasi yang dalam checklist aku.

MIYAJIMA ISLAND

Dari Ehime ke Hiroshima drive lebih kurang 3 jam macam tu. Puas jugalah tidur dalan kereta. Destinasi pertama kami tuju adalah Miyajima Island. Tempat ni tersangatlah popular dan merupakan #top3 tempat paling popular di Jepun. Jadi agak rugilah kalau ke Hiroshima tapi tak ke Miyajima Island.

Lebih dikenali sebagai The Island of Gods, pulau ini juga terkenal dengan kuil terapung dan Otorii. Ianya telah lama dianggap sebagai Pulau Dewa di Laut Inland yang indah. Pulau ini begitu romantis dan dipenuhi monument  bersejarah selain ianya juga merupakan tapak Warisan Dunia.

Beratur nak naik ferry meninggalkan Miyajima Island

Miyajima atau Itsukushima merupakan sebuah pulau kecil yang terletak di Hiroshima Bay, barat Jepun. Untuk ke sini boleh naik ferry. Paling mencuri tumpuan bila datang ke sini adalah pintu gerbang besar yang merupakan pintu masuk ke Kuil Itsukushima. Ianya juga dikenali sebagai The Great Torii Gate. Dari kejauhan boleh lihat ianya tersergam indah berada dipermukaan air dan berwarna oren. Semasa air pasang Torii Gate ini tampak seakan terapung di permukaan air. So jangan lupa potretkan diri anda berlatarbelakangkan Torii yang hebat ini.

Di pulau ini juga korang boleh menikmati makanan yang sedap. Paling popular sudah tentulah Oyster dan juga Unagi (Sedara mara Belut).

Aku cadangkan korang spend time masa kat sini dalam satu hari sebab banyak tempat best di pulau ini. Selain itu, ada juga Rusa yang berkeliaran di pulau ini cuma hati-hati Rusa kat sini agak agresive sikit. Pastikan jangan dedahkan plastik makanan sebab dia ingatkan makanan. Kesian dia nanti bagi harapan palsu.

Antara tempat lain yang korang boleh lawati di Miyajima Island adalah: Tahoto, Hokoku Shrine, Momijidani Park, Omoto Shrine, Daishoin Temple, Omoto Park, Machiya Street dan banyak lagi lah.

Kalau korang jenis Instagrammer kat sini memang banyak spot untuk ambil gambar menarik cuma korang kena kretif dan cari spot terbaik jer.

Access

  • Ferry (20 minit)
  • Tiket: 360 yen (return)

Disebabkan hujan nonstop pada hari itu kami ambil keputusan untuk pulang ke hotel jam 4petang. Walaupun hujan je sepanjang kami di pulau tu tapi kami tetap puas hati. Dapat jugalah beberapa keping gambar menarik di sekitar Miyajima Island. Puas! Korang patut datang ke sini kalau datang ke Hiroshima.

Check in di Hotel Granvia Hiroshima

Sekali lagi Granvia tidak pernah mengecewakan. Boleh dikatakan hotel ini sememangnya terletak di hotspot kerana berhampiran dengan train station, teksi dan juga bas. Bagi traveler yang datang ke Hiroshima bolehlah stay di hotel ini. Bilik aku di tingkat 10 sudah pasti menjanjikan view terbaik di seluruh kota Hiroshima.

Berhampiran hotel ini juga ada banyak kedai makan yang boleh menjadi santapan anda di Jepun. Restoran halal bukan lagi masalah jika bercuti di Jepun. Terlalu banyak restoran halal di sini, rasa macam kat Malaysia dah.

Selepas check in, kami jalan-jalan sekitar hotel mencari sesuatu untuk dinner. Malam ini pilihan kami adalah restoran pakistan. Sambil makan sambil sembang, maklumlah esok dah nak fly balik dah. Kami luangkan masa dengan tourist guard kami iaitu Miko-san. Thanks Miko sebab bawa kami pusing-pusing sekitar Chigoku dan Shikoku.

HIROSHIMA PEACE MEMORIAL PARK

Last day….

Sebelum meinggalkan Hiroshima kami sempat singgah di Atomic Bomb Dome sekejap. Tak sah rasanya kalau ke Hiroshima tidak ke tempat yg bersejarah ini.

Masih ingatkah korang dengan peristiwa gugurnya bomb atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945? Inilah tempat gugurnya bomb atom oleh tetera Amerika. Bomb ni meletup di udara, kesan dari peristiwa ini hampir 129,000 – 246,00 yang kerkesan. Hiroshima Memorial Park ni memang khususnya untuk memperingati kejadian letupan bom atom.

Sumpah weh hampir menitis air mata aku bila tengok video yg di tanyangkan.

Actually dalam jadual sepatutnya kami habiskan 4 jam di sini tapi di sebabkan hujan lebat kami terpaksa meninggalkan Hiroshima lebih awal.

Tetapi tak mengapa walaupun sekejap ianya mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada jiwa ini.

Dengan itu berakhirlah sudah trip 5 hari di Chugoku dan Shikoku. Kalau ikutkan memang tak sempat nak explore seluruh tempat ini dalam masa 5 hari.

Bagi korang yang ada peracangan nak ke sini di harap artikel ini dapatlah sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perjalanan korang kelak. Dan jangan lupa singgah ke Matta Fair 7 – 9 September 2018 nant iuntuk dapatkan info tentang destinasi menarik di Jepun dan juga tawaran hebat di booth kat sana. Singgah juga di Booth JNTO nanti ye. InshaAllah kalau diizinkan aku akan berada di sana juga nanti. Nak tanya apa pun dipersilakan.

*******

Muslim FAM Trip di Chugoku & Shikoku ini di bawakan khas oleh JNTO! Thanks please invite me again next trip

Special Thanks to Ikeda-san, Miko-san, Emila, Pojiegraphy, Miyatake-san and all members from Promo Tech for this awesome trip. Really have fun!

Jangan lupa untuk stay connected sepanjang perjalanan korang walau di mana jua korang pergi. Sepanjang 5 hari di Jepun aku guna pocket wifi dari RoamingMan!

Thanks RoamingMan kerana menyediakan pakej internet terbaik sepanjang perjalanan aku.

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge