Home TRAVEL Island Travel 10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara

10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara

9925
2

10 Destinasi Percutian Pulau Menarik Dalam dan Luar Negara | Lepas raya ni memang seronok bercuti di tepi pantai atau tepi laut. Boleh lah lepak sambil layan bayu laut lepas makan lemang dan rendang pulak. Perghhh syok wooo. tu pun kalau cuti ada lagi lah. For now cuti 2018 aku dah habis dah pun di gunakan. Nak bercuti terpaksalah unpaid.

Tapi yang pasti i willing to take my unpaid anytime for travel, bagi aku masa muda ni lah nak travel tengok dunia. Dah tua nanti tak larat dah nak jalan jauh. Sebab travel macam aku ni penat maklumlah travel bajet semua nak kena plan dan buat sendiri. Lainlah kalau anak orang ada ada cakap je kat mana nak pergi semua dah siap di aturkan. Tinggal bawak diri jer.

Kenapa aku pilih percutian tepi pantai lepas raya?

Satu je sebab dia, percutian pantai ni antara percutian santai, tak memerlukan tenaga yg banyak sebab tujuannya adalah untuk lepak tepi pantai je without doing anything.

Sehubungan dengan itu, aku kongsikan 10 destinasi pilihan aku untuk bercuti di tepi pantai. Destinasi ni ada yang aku belum pergi lagi tapi teringin sekali nak pergi.

Gambar-Gambar semua ni adalah gambar-gambar daeri Google. Kalau ada sumber aku akan kreditkan.

10. Palawan Island, Philippines

Teringin nak pergi sebab bagi aku pulau ini antara pulau yang tercantik di dunia. Lagipun jarakmnya tidaklah jauh sangat dari KL. Still boleh pergi over the weekend.

9. Pulau Belitung, Indonesia

Pulau ini juga antara pulau idaman aku, maybe one day aku akan ke sini. Bagi korang yang pernah tgk cerita Indonesia Laskar Pelangi mesti tahu pulau ni kan.

8. Maldives

Aku dah pergi. Tapi memang ken repeat sebab Maldives antara negara pertama aku jejak untuk pengembaraan travel solo aku. Bermula dari Maldives lah aku dapat jejak 38 lagi negara lain. Lagi satu aku nak repeat sebab tak ada satu pun gambar cantik aku di sana. Masa tu baru lagi jadi traveller ambil gambar pun tak reti lagi.

7. Fiji

Agak jauh sikit mungkin perlukan cuti yang panjang. Namun, negara ocean ini antara negara yang sesuai untuk larikan diri dari tekanan. Negara ni kecil je terletak di laut timur Australia, dan untuk ke sini boleh transit di Singapore. Dari KL tak ada direct flight.

6. Raja Ampat, Indonesia

Kalau di Indonesia, Raja Ampat antara pulau paling cantik. Nak ke sini pun bukan senang kena naik flight domestic sahaja. Bajet pun agak tinggi kalau nak ke sini.

5. Lexis Hibiscus, Port Dickson

Kalau dalam negara aku suka lepak di Port Dickson dan Lexis Hibiscus menjadi pilihan aku sebab dekat. So far baru sekali aku stay di sini. Dan memang puas hati orang kata. Nak tengok sunset pun best. Lagi satu resort ni sangat private. Sesuai untuk honeymoon. Tapi harga agak pricy sikitlah.

4. Pulau Tioman

Belum pernah jejak lagi. Banyak peluang aku dapat untuk ke Pulau Tioman tapi tarikh je problem. Mesti ada je halangan untuk aku ke sini.

3. Club Med, Cherating

Katanya tempat orang have-have. Harga pun memang cekit darahlah kalau bukan ahli. Kalau ada duit lebih teringin juga aku nak ke ClubMed ni. Lagipun tak jauh sangat. Still boleh di jadikan destinasi untuk weekend getaway.

2. Sipadan, Sabah

Dah lama teringin. Kat sana memang banyak pulau cantik-cantik. Tapi itulah masa yang sesuai tak ada lagi. So korang kalau berpeluang pergi lah Sipadan. Gerenti tak nyesal. Masalahnya tiket agak mahal, fly ke Sabah pun lagi mahal dari fly ke Indonesia.

1. Pulau-Pulau di Johor (Mersing)

Aku pernah pergi 2 tahun lepas. Banyak juga pulau kat Mersing yang cantik-cantik tapi sekarang kebanyakkan pulau ni dah jadi hak milik Kerabat Johor. Orang awam dah tak boleh nak pergi suka hati dah. Salah satu pulau yang cantik kat sana Pulau Harimau dan Pulau Rawa.

*****

Entah bila tak tahu nak pergi tempat-tempat ni. Kerja sekarang nak amik cuti unpaid dah start sayang sebab banyak deduct. hehe. Lagipun nak target seluruh Eropah dulu.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge