The Settlement Hotel Melaka

The Settlement Hotel Melaka Review | Dah agak lama sebenarnya aku tak review hotel, disebabkan jadual agak tight sejak aku sambung study ni terpaksa aku jadi memilih untuk buat hotel review. Kalau ikutkan hati tiap-tiap minggu nak review hotel tapi itulah masa mencemburui aku *ayat cliche sangat*

Ok kali ni aku pilih untuk ke Melaka sebab dah lama sangat aku tak jejak bumi Hang Tuah ni. Seingat aku last time aku ke Melaka tahun lepas kot (2017). Itu pun sekejap je sebab ada hal.

Hotel pilihan aku untuk weekend getaway kali ini adalah The Settlement Hotel Melaka. Terletak di Jalan Ujong Pasir, hotel ini agak unik dan lain dari yang lain.

Bertemakan tradisional dan sejarah serta ciri-ciri Palembang sudah pasti dapat memberikan rasa kelainan buat pengungjung yang menginap di hotel yang memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.

The Settlement Suites
Antara barang-barang dari luar negara

Selain itu, apa yang menarik minat aku owner hotel ini juga gemar mengembara jadi tidak hairanlah dekorasi dan barang-barang di hotel ini berasal dari tempat-tempat berlainan.

Anda juga akan di hidangkan “welcome drink” sebaik sahaja jejakkan kaki di hotel ini. Begitu punya baik layanan memang patutlah dapat hotel terbaik untuk kategori 4 star.

Hotel ini menyediakan sebanyak 49 buah bilik jenis Luxury, 45 dari itu di panggil The Residences manakala lagi 4 buah bilik adalah jenis Private Malay-Style Villas. Berpeluang untuk melihat bilik jenis Villa ini membuatkan aku mengelamun sejenak untuk berhoneymoon di Melaka sahaja. Suasana yang begitu romantik dan tenang pastinya hotel ini adalah destinasi yang bijak untuk dijadikan tempat beristirehat di hujung minggu anda.

Ni katil dalam Villas
Suasana macam rumah sendiri kan

Paling aku suka adalah swimming pool yang begitu klasik dan berada berhampiran dengan bilik Villa. tapi sayangnya aku pergi masa bulan puasa. Jadi nak berendam waktu siang tidak di galakkan. Tapi jangan risau swimming pool ini juga di buka waktu malam.

Selain Villas The Settlement Hotel juga ada menyediakan bilik jenis Junior Suites, Deluxe Rooms dan The Settlement Suites. Untuk korang yang ada duit lebih boleh lah sewa bilik jenis suites. Aku cukuplah Deluxe Room sebab datang bujang kan, Itu pun dah cukup selesa dah bagi aku. I love bilik air hotel ni! Serius wehh… So sebab tu lah banyak gambar-gambar censored aku di hotel ni.

cantikkan bilik dan bilik air dia..
Dah penat berjalan-jalan sekitar Melaka memang sesuai berendam dalam bath tube ni

Actually bilik jenis suite kat sini tidak lah semahal sangkaan aku. Boleh di katakan agak murah jika nak di bandingkan dengan kualiti yang korang dapat.

Apa yang aku boleh katakan korang akan rasa seperti bercuti di rumah sendiri sebab susunan dan ruang yang disediakan memang bertemakan rumah lah. Sebab tu aku kata hotel ni bukan biasa-biasa punya hotel.

Roof Top. masa ni kami berangan tgh shooting muzik video raya kononnya

Dekat roof top pula ada garden, sesuai kalau nak buat event. Waktu malam memang cantik gila sebab ada lampu-lampu yang memeriahkan suasana malam anda. Lepas tu berlatarbelakangkan bandar Melaka pula.. Perghhh…

Ok aku belanja sikit gambar-gambar sekitar hotel!

Hujan!
Lobby & tempat makan

Swimming Pool berdepan dengan SPA
Bilik ni besar sikit dari bilik aku
Ni bilik aku stay
Deluxe Suites
Ngam ngam terutama buat traveller atau bujang
Mirror Mirror of the wall… Siapakah yg paling cantik di sini?
Hujan…

Buffet Ramadhan 

Untuk bulan Ramadhan pihak The Settlement Hotel juga ada menyediakan pakej buffet ramadhan “Selera Kampung”.

Tempat makan adalah dibahagain bawah, ada dua tempat satu dekat ruang makan berbumbung dan satu lagi berkonsepkan taman-taman syurga gittew. Sudah pasti kami pilih untuk makan di taman ini. Namun sayangnya tengah syok-syok berbuka gerimis pula mengundang. Terpaksa pindah di bawah bumbung.

Antara lauk pauk kat Buffet Ramadhan. Banyak lagi sebenarnya

Tapi tak apa janji makanan sedap! Pilihan nak kata banyak tak banyak, nak kata sikit tak sikit, sedang-sedang je. Tapi cukup untuk penuhkan perut korang itu.

Menu utama tidak lain tidak bukan adalah nasi putih dan lauk pauk masakan melayu kampung. Peghhh kecur air liur weh. Terubat rindu lama tak balik kampung. Ada ayam kurma, daging bumbu Bali, sambal sotong, udang masak hijau putik pisang, ulam ulaman, lemang, serunding, ikan masak dalam daun tu (lupa nama), pastu ada juga Char Keow Teow dan Sup, roti pita dengan ayam shawarma.

Kuih Muih yg meriah
Lemang weh. Dah lama x makan lemang

Kuih muih juga meriah dengan pelbagai jenis kuih kampung di sediakan. Makan kuih je pun dha kenyang rasanya.

Kalau korang ada berhajat nak berbuka puas adi sini boleh datang ke The Setthement Hotel, Kalau boleh booking dulu takut penuh pulak. Nanti aku akan kongsikan info tentang hotel ni di bahagian akhir posting ini.

Selera Kampung Buffet Ramadhan The Settlement Hotel

  • Dewasa RM58
  • Senior Citizen dan Kanak2 50%
  • 21 May 2018 – 12 Jun 2018
  • The Settlement Hotel Lower Dining
Alamat: THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA

No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia.

Koordinat GPS: Latitude: 2.187534 / Longitude: 102.268407

No Telefon: 06 – 2921133

Laman Web: http://thesettlementhotel.com/

Media Sosial:

Email:

  • enquiry@thesettlement.com
  • salesmanager@thesettlement.com

Berhampiran dengan hotel ni ada kedai mamak boleh lepak 24 jam, lepas tu kalau nak makan asam pedas boleh ke Pakman Asam Pedas. Dalam 4km je dr hotel ni. Paling famous boleh cuba makan di Portuguese Settlement Seafood. Terbaik!

#TIPTRAVEL Walau dimanapun anda berada, MyMed akan sentiasa memberi matlumat tentang infomasi medical travel yang anda perlukan ketika anda betul-betul memerlukannya..

#TIPTRAVEL: Sewa Pocket Wifi DISINI sebelum travell! Boleh kongsi ramai-ramai. Boleh pickup di KLIA/KLIA2. Ada 3 pilihan pocket wifi yang korang boleh cuba antaranya Samurai Wifi, TravelRecommends dan RoamingMan.

Perlukan Khidmat Translation untuk blog? Jom ke veqta.com semua bahasa boleh di translate. Bahasa Alien pun boleh!!.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge