Lawatan ke DCA Tower Airport Malaysia Beri Kesedaran Tentang Dunia Aviation | Korang pernah tak tengok Air Traffic Controller (ATC) tower ni? Kenal ke tak? kalau kaki travel tak kenal ATC tower ni memang tak sah lah kan. Tiap kali ke airport mesti akan nampak ATC tower ni. Pernah tak terfikir apa fungsi menara ni dekat airport?

Dekat Malaysia Airport ada 3 menara ATC tower ni sebenarnya. 1 dekat KLIA, satu dekat KLIA2 dan satu lagi dekat tengah-tengah KLIA dan KLIA2. Cuma yang ketiga tu agak rendah sikit dan sekarang tak berapa berfungsi sangat sebab dah ada dekat KLIA dan KLIA2.

ATC tower di KLIA dan KLIA2 dikenali sebagai DCA Tower West dan East.

Dulu masa mula-mula Najib nak buat DCA tower di KLIA2 ramai yang tak setuju sebab membazir katanya. Orang kata DCA tower di KLIA dah ada buat apa nak tambah lagi kan. Sebenarnya DCA Tower West yang dekat KLIA 2 memang perlu untuk mengawal trafik udara di bahagian barat iaitu KLIA2 dan juga runaway 3.

Ok Lapangan Terbang Malaysia ada 3 runaway semuanya.

  • runaway 1 di gunakan hanya untuk landing,
  • runaway 2 di gunakan untuk landing dan take off
  • runway 3 untuk take off

Selain itu, DCA tower west ni juga berfungsi sebagai back up ATCT in case ada emergency dekat tower east. Kalau tak silap awal may 2018 tower east di tutup dan semua operasi di pindahkan kepada tower west. Lagipun tower west ni lagi luas dari tower east.

DCA tower di KLIA pula di kenali sebagai DCA Tower East untuk mengawal trafik udara di bahagian timur dan runaway 1.

Baru-baru ni aku berpeluang untuk melawat kedua-dua tower ni, ianya merupakan satu peluang yang dah lama aku inginkan. Maklumlah dapat tengok view airport dari atas memang best. Dapat tengok flight pun jadilah walaupun tak dapat travel.

Paling best dapat lihat sendiri macam mana pekerja Air Traffic Controller ni buat kerja kat atas tu, satu tugas yang agak mencabar namun menarik bagi mereka yang sukakan bidang aviation ini. Setiap penerbangan yang nak berlepas atau nak mendarat perlukan di berikan kebenaran oleh pihak ATCT ni. Selagi tak dapat kebenaran selagi itu, mana-mana flight tak boleh nak berlepas atau mendarat. See betapa pentingnya tugak seorang ATCT ni.

Bagi kroang yang nak kerja sebagai ATCT ni korang haruslah power bahasa Inggeris. Paling kurang pun kena dapat band 4 – 6 kot… ke band 6 je. Hahaa lupa..

Pernah ada kes di mana pilot dari China tak tahu bahasa English, so nak communicate pun susah, lama juga lah flight tu berlegar legar kat udara sebab nak kena dapat kebenaran untuk mendarat.

Satu lagi yg aku dapat tahu adalah signal secara manual untuk pilot berhubung dengan ATCT incase ada problem dengan komunikasi. So, diorng akan gunakan satu spotlight untuk bagi guide kat pilot utk mendaratkan kapal terbang. Kalau waktu malam senang sikit nak bagi signal tapi waktu siang agak susah dan belum pernah lagi terjadi.

Memang menarik weh. Seronok aku duk dalam fefeling aku kerja dalam tu pulak..

Untuk pengetahuan korang DCA Tower West dekat KLIA2 pernah menjadi menara ATC paling tinggi di dunia dan merampas kedudukan itu dari ATC Suvarnabhumi International Airport, Thailand pada tahun 2013.

  • Ketinggian DCA Tower West : 141.3 meter
  • Mempunyai 33 tingkat

Air Traffic Controller

ATC merupakan perkhidmatan yang disediakan untuk menggalakkan aliran trafik udara yang selamat, teratur serta cepat dan efisien. Keselamatan terutamanya bermakna menghalang pesawat daripada berlanggar dengan pesawat lain dan halangan, dan terhempas; membantu pesawat mengelakkan cuaca buruk; memastikan pesawat tidak terbang dalam ruang udara di mana penerbangan dilarang; serta membantu pesawat dalam kecemasan. Aliran trafik udara yang teratur serta cepat dan efisien memastikan kecekapan operasi pesawat di sepanjang laluan yang dipilih oleh operator.  Ia dilaksanakan menerusi peruntukan sumber sistem yang saksama kepada setiap penerbangan. -www.dca.gov.my

Tugas pengawal trafik udara?

  • berhubung dengan pesawat melalui radio dan/radar;
  • memandu arah pergerakan pesawat semasa penerbangan atau di lapangan terbang;
  • mengarahkan pesawat supaya naik atau turun dan menguntukkan aras penerbangan akhir;
  • memberikan maklumat tentang keadaan cuaca kepada pesawat;
  • memastikan jarak minimum di antara kapal terbang dikekalkan;
  • menangani peristiwa yang tidak dijangka, kecemasan dan trafik yang tidak mengikut jadual.

Menarik kan… Lepas ni cara aku pandang menara ATC di mana-mana airport akan berubah sebab kita dah ada ilmu sikit tentang apa yang terjadi kat atas tu.

Dengan lawatan ke DCA tower ini ternyata memberi kesedaran buat aku tentang pentingnya ATC kepada dunia Aviation.

ps: gambar2 dalam DCA tower ni x boleh di kongsi! snap pun tak boleh demi keselamatan negara…

Dapatkan tip dan info penting tentang travel di www.triphackerz.com

Sewa Pocket Wifi ketika travel di sini [Samurai Wifi] [Roaming Man]

Khidmat translate semua bahasa di VEQTA.com

4 COMMENTS

  1. salam boleh saya tahu proses untuk lawatan ni macam mana? sebab saya nak buat lawatan ke DCA juga tapi tak tahu cara nak buat lawatan tu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge